Followers

3 Nov 2010

Roti Jala Oh! Roti Jala

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan pembaca setia BLEKROS,


Semalam aku cakap nak wat roti jalil jala, kan? Huu... Penangan teringin, balik-balik kerja terus gi dapur dan masak. Inche Kitchi dah keluarkan daging awal-awal. Jadi, by the time nak masak daging tu dah cair. Baru ada mood nak masak. Thanks Bucuk ^_^


OK

Makbed taruk resepi buat roti jalil jala kat sini untuk rujukan di masa depan. KAlau korang nak try pun buleh. Rasanya sama je kot cara buatannya dengan orang lain.


Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu garam
  • 3 cawan air
Masukkan suma dalam blender. Dan blend! Kalau rasa cam payah nak blend, tambah air sikit lagi. Kalau ratio cam ni buleh dapat dalam 20 keping jala approximately. *wah! speaking ko.



TIPS: cuba ceduk kan dan test dalam acuan. kalau masa mengirai tu ada putus-putus tanda tepung tu pekat sangat. Tambah air lagi.


Masa untuk membuat roti nya. 
Untuk proses mengirai, Makbed tak de acuan kuning yang manyak-manyak lobang tu. Tertinggal kat umah lama di Bandar Mahkota Cheras rasanya. Besides, aku ada love-hate relationship ngan acuan tu. Asyik pecah je muncung-muncungnya. 


Jadi aku cari menda ni




Ini ialah plastik beras. 
Nak wakpe? 
Menda ni aku tak buang setiap kali loading beras. 
Mesti tinggalkan 1 plastik. Bila bubuh beras baru, plastik lama buang. Plastik baru lak simpan.
Kegunaannya?
Selain untuk menyimpan barang, atau boh sampah, menda ni sangat berguna kalau nak wat roti jala. Leh jadi acuan tau.


Caranya.....

Gunting 4 segi dan gulung-gulungkan sampai jadi macam corong. Gamkan.
Pastikan lubang nya tu sesuai dengan kehendak korang. Kalu kecik sangat , jadi halus-halus lak jala tu. 




Nampak tak kesudahan origami aku? Jadi corong dah. 
Senang. 
Kalau suka boleh simpan. Kalau nak buang pun buleh. Corong ni sesuai untuk pan yang kecik-kecik. Kalau pan yang beso kedai mamak tu layak le pakai acuan kuning tu. HAHAHAA..
kalau yang kucik pakai corong, nanti roti jala tu jadi tebal jalanya dan BERTUKAR menjadi lempeng. 


Tu pengalaman Makbed yang tak reti masak la. Sapa reti tu takleh la celen MAkbed. 



Hasil jalaan aku. Comel seperti saya, kan kan kan?


Aku terlupa tanya Inche Kitchi sedapkah roti jalil jala bersama kari daging buatan Makbed. Kelihatan dari 23 keping roti jalil jala tinggal dalam 10 keping kot untuk Makbed makan. Sedap la kot kan? Sat nak sms Inche Kitchi tanya. 


Sempat juga aku beri sedikit pada pengasuh Auni. Upah dia menjaga lebih masa. HEHEHE..


 Oh.. Aku dah dapat reply Inche Kitchi dah. Jawapannya ialah...


 SODAP

*maafkan slanga ala-ala Nogori tu. Tu memang bahasa SMS kitoang sejak bercinta lagi. None of us berasal dari sana. Pelik kan?


Roti Jalil Jala bersama Kari Daging





Selamat Menchoba Jaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram