Followers

10 Nov 2010

Pesanan Ringkas dari Meja Penyambut Tetamu

  1. Sila perkenalkan diri anda ketika membuat panggilan kerana even anda berpangkat DATO' atau Ketua Polis Negara sekalipun, orang tak kenal anda. 
  2. Sila jangan bajet diri anda ARTIS ketika bercakap dengan receptionist
  3. Sila jangan panggil receptionist dengan panggilan yang tidak berhemah walaupun anda rasa anda kamceng ngan beliau. Ingat: Receptionist takkan boleh approve apa-apa tender pun. Takyah nak puji melangit. Kutuk jangan sekali.
  4. Sila dengar nasihat receptionist jika mahu appointment korang berjalan lancar. 
  5. Kalau nak buat appoinment, buat betul-betul. Receptionist tidak boleh dipersalahkan sekiranya appoinment yang anda buat gagal. Call dulu sebelum datang. Pastikan orang tu betul-betul available dan ready nak berjumpa dengan anda, BARU DATANG! Bukannya datang dahulu, then panggil pegawai tu untuk entertain anda. 
  6. Jika anda gagal berbuat demikian, bersedialah untuk membazir duit minyak dan tenaga sebab kena jalan jauh untuk sampai ke opis ini. 
  7. Tak kira company kecil atau besar, adalah penting kita buat appoinment sebelum datang. Ini menunjukkan yang kita professional dan tidak kelam-kabut.
  8. Kalau anda ada appoinment dengan sesorang yang telah diaturkan temujanjinya, bila selesai temujanji silalah balik. Tak payah la nak serbu pegawai lain yang lalu-lalang berkejaran di pintu hanya kerana nak mempromosikan syarikat anda. Kira nasib la pegawai tu layan. KAlau dia penyepak camne?
  9. Jika anda datang tanpa membuat temujanji, jangan paksa pegawai tu datang jumpa anda. Jangan paksa receptionist pujuk pegawai tu untuk layan anda. 
  10. Jangan buat receptionist macam bulu telepon. Receptionist tidak boleh mendedahkan nombor peribadi staff. 
  11. Jangan memandang rendah keupayaan receptionist dalam bidang beliau. Bila dia kata TAKDE means orang tu TAKDE. Jangan accuse receptionist menipu. Buruk padahnya!
  12. Sila jangan melakukan harasmen telinga ke atas receptionist.
  13. Soklan berbunyi "Bila agaknya orang tu nak habih cakap telepon?" tidak akan dilayan. Kalau agak-agak tak dapat call, try call balik esok!
  14. Hormatilah masa dan etika kerja orang lain. 


Entri khas untuk Pushpa.... HAHAHAHAHHAHAH

Dia ni marketing exec syarikat TUUUUUUUUUUTTTTT. Aku tak suka dia yang banyak mulut. Setiap kali dia telepon, aku mmg menyampah gila. Dia panggil aku 'budak arab saudi'. Suka-suka je. Walaupun mungkin niat dia mahu memuji, tapi pujian dia lebih bersifat bodek. DAN SANGAT ANNOYING! Memang le marketing personnel ni kena banyak mulut, ramah tapi haruslah kena ada ilmu berkomunikasi jugak. Kalau cakap banyak sangat, orang boleh bosan. Buktinya, orang procurement tanak cakap ngan dia dah. Asal dia tepon je, pegawai tu ckp dia BUSY. HAaaa... tu tandanya ape tu?




SAYA SEORANG RECEPTIONIST YANG CERIA. TAPI KALAU DAH CAMNI, TANDANYA SAYA SEDANG MENYAMPAH DENGAN SESUATU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram