Followers

18 Nov 2010

Oni dah tinggal ngan Atok

Aku dah sampai umah......




tanpa Oni.




Sunyi rumah ni. 


Sepanjang jalan balik, hujan lebat sangat. Biasanya aku suka hujan. Dalam kereta bleh peluk Oni. 


Tapi tadi, tahan sejuk je la sengsorang sementara Inche Kitchi drive. 

MAkbed kuar umah jam 9 malam. 
MAsa aku kuar, Atok dia tengah main buai dengan Oni. Atok baru buat buaian tu untuk dia. Happy kemain lagi si Oni.

Semalam masa sampai-sampai, nangeh. HAHAHA.. Biasala. Mula-mula jumpa orang memang camtu. Tapi setengah jam pastu dia ok la. 

 MEmang aku tak cium dia pun masa nak keluar *Sebak. Sebab kang dia nampak, dia bleh rasa aku nak kuar tinggal dia pulak. Tapi, sebelum-sebelum tu memang aku dah muah-muah dia banyak-banyak. Aku salinkan pampers dan buatkan susu untuk dia. 

Masa tu dia sebok lagi main ngan Atok. 

Haih...suka sungguh la Atok dapat jaga cucu dia. 


Kol 10.30 malam aku call MAk tanya Oni caner. MAk kate Oni ada gak cari aku , tapi Abah tutup lampu dah sebab dia dah merengek nak tido, dah start tenyeh-tenyeh mata. Haa..betul la signal nak tido dah kuar tu. Aku sedih, tapi lega gak la dia tak nangeh lama. But, leh bayangkan kot perasaan Oni kan?

Tak lama pastu, Mak SMS lagi, cakap Oni dah lena dalam buaian yg Atok buat. Kang baru nak alihkan dia gi ke tilam. 


Leganya.... Dia dah tido.



Errmm... Ibu lak camne nak tido ni??



Tak pela... At least aku rasa lega sebab ada pakcik-pakcik dan makcik Oni ramai kat umah Sik tu nak menjaga Oni. 





 Pengasuh balik hujung bulan ni paling lewat.



Emosi tak stabil.
Esok la Makbed citer...
2 hari bersama Oni
version tak sedey punyo.
Kalau tulih time ni, kang suma orang nangeh lak bace. 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram