Followers

2 Nov 2010

Nak menjala hari ni



Saya suka diri saya skang yang gemok BERSEBAB. 
Diulang, gemok BERSEBAB.

Baru kini saya faham kenapa perlu kuruskan badan kalau sedang plan nak pregnant. Sebab, even anda kurus atau gemok, kenaikan berat badan adalah penting semasa proses kehamilan. 

Kalau anda dalam kategori kurang berat badan, kenaikan berat sekitar 14-20kg adalah wajib. Kalau berat biasa-biasa atau normal, dianjurkan berat badan anda naik sekitar 12.7kg hingga 17.5 kg. Jika anda dalam kategori berlebihan berat badan, anda masih perlu menaikkan berat anda lagi sekitar 7.5kg sehingga 12.5 kg. 

KENAPA ? Boleh la rujuk maklumatnya di sini [KLIK].

Rajin lagi, boleh lah google. 


Saya diwajibkan GEMOK! 
YAHAHAHA

~Gemok itu seksi wat~




  * * * * 




Tetiba datang mood nak makan roti jalil jala hari ni. Pekena ngan gulai daging. Pergghh.. cam besh je. Nampaknya aku kena provide kan masa khas untuk menjaliljala sebab kerja-kerja ni adalah tugas yang memerlukan fokus.


Jadi....





Oni duduk umah Mama Pengasuh ye. Ibu amik lepas MAghrib. 


Bukan pe.. Kalau masak ngan dia, alamatnya buleh makan angin je la. 
Time masak tu la dia nak wat belly dancing, nak wat sit up, nak guling-guling atas lantai.
Memang jenuh nak tengoknye. Tak jadi kang nak masak roti jalil jala. 

 Dah dapat resepi roti jalil jala dah. Untuk rujukan , boleh [Klik]




Dah gemok ke blom?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram