Followers

19 Nov 2010

Lelaki 'Seksi' di Jalan Raya? Kekeke...

KUALA LUMPUR: Gelagat seorang lelaki kurang siuman berpakaian seperti wanita seksi yang sering mundar-mandir di sekitar kawasan Taman Samudera di sini menimbulkan keresahan penduduk setempat.
Bukan itu saja, aksinya sebagai ‘polis trafik’ di jalan utama di situ turut mencuri tumpuan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati lelaki berkenaan menjadikan ruang bawah jejambat berhampiran susur masuk ke Taman Samudera itu sebagai tempat tinggalnya dengan menjadikan kotak dan akhbar sebagai alas tidur.
Menurut seorang penduduk, Md Kassim Abdul Aziz, 50, kehadiran lelaki berkenaan dikesan di kawasan itu sejak tiga tahun lalu.

Katanya, lelaki itu akan kelihatan pada waktu petang ketika dia pulang ke ruang di bawah jejambat terbabit untuk berehat.

“Dia akan keluar dari bawah jejambat itu pada waktu pagi dan mundar-mandir di sekitar kawasan itu. Ada masanya dia akan memberikan isyarat lalu lintas kepada orang ramai yang lalu di situ.

“Ada aduan daripada orang ramai mengatakan dia mengotorkan kawasan sekitar, tetapi setakat ini dia tidak mengganggu ketenteraman awam walaupun ada pejalan kaki yang lalu berhampiran,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kerana simpati melihat keadaannya yang tidak terurus, dia pernah memberikan wang kepada lelaki berkenaan untuk membeli makanan, tetapi ditolak dengan cara baik.



makbed:  haaa... ni sapo ni? Baik mengaku lekas. Kot ye teringin nak jadi polih traffik pun, pilih la dresscode yang menepati citarasa. Dia ni musti mamat mata-mata gelap ni. Sedang buat penyamaran kat situ. HApe? Kome ingat orang gila kat Malaysia ni suma bebetol gila ke? Tett!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram