Followers

12 Nov 2010

Kenapa Berpoligami Tidak Digemari Di Kalangan Wanita di Malaysia....

Sebab laki suka tipu.



Ini bukan pendapat doktor mana-mana lah ye. Just terpikir di kepala hotak Makbed. Aku kan suka observe perkara-perkara duniawi ni. 

Honestly, Makbed tak against lansung sunnah berpoligami ni. Nama pun sunnah Nabi. Dituntut agama. Jika dihayati betul-betul, berpoligami ini ada manisnya. Ia melibatkan kasih sayang dan pengorbanan. rumahtangga.



Kisah ini adalah kisah benar. Bebaru ni Abah dikejutkan dengan kisah rakan anggotanya yang tidak disangka-sangka telah berkahwin lagi satu kat Siam. Aku kenal sangat dengan keluarga ni. Dah macam saudara-sendiri. Adatlah bila duduk merantau. Adik-beradik orang, adik-beradik kita juga, 

Kalau dilihat, Mak Bunga (bukan nama sebenar) dengan Pakcik Bob ni bukannya senang mana pun. Pakcik Bob keje polis, pangkat sarjan kalau tak salah aku. Anak-anak dah besar dah. BAru je timang cucu sulung bebaru ni. Berapa sangat lah gaji polis lepas tolak duit sekolah anak, duit blanja dapur ngan duit utang?


Abah ada kebun getah kat Sik. Dia amanahkan Pakcik Bob suruh jaga. Sesekali dia gi la motong getah menambah pendapatan keluarga. Pakcik Bob ni baik. Suka menolong orang. Dia ngan abah dan beberapa kawan lain selalu masuk utan gi berburu. 

Lepas Abah pindah ke Kuantan la yang jadi citer ni. Satu hari, Mak Bunga gitau Abah aku yang Pakcik Bob buat hal. Memang tak sangka sungguh la Pakcik Bob leh terpikir nak kahwin dua. Memang nampak cam tak larat je - dari segi financial la kan. Dah tu plak, kawin kat Siam. sah-sah kawin tanpa kebenaran. Kalau dah nama kerja beruniform dengan kerajaan, mana boleh kahwin dua tiga selambe je pastu kahwin kat Siam lak tu. Tu kira kahwin tanpa kebenaran. Boleh kena buang kelija wooo!!!

 Orang kampung dok citer, Mak Bunga dengan laki dia berperang besar. Kalau dipikir logik, memang patut la perang. Sapa soh gi kawin lari? KAlau aku pun memang aku marah la. Jadi Abah pun terpanggil la untuk mendengar cerita kedua pihak. Yela..masalah anak buah. Abah ni berpengaruh sikit kat kampung. Orang dengar cakap dio. Yg tak suka dgr cakap dia , anak-anak dia je. Ngeggee.. cam ketua kampung lak Abah aku neh. 


Ni citer Pak Cik Bob,

Dia kawin ni pun janda. Janda ni bini nombor dua kawan dia gak. Ex-hubby pompuan ni pun polis gak. Tapi, tak tau le ngape cerai. Si pmpuan ni selalu dok citer pasal masalah rumahtangga dia kat pakcik Bob, jadi timbullah rasa kesian. So, itula pasal Pakcik Bob menikah ngan dia. Nak kata Pakcik Bob ni gatal, tak tau le sbb dia ni menurut Abah, dia ni memang peramah orangnye........... 



Kisah Mak Bunga lak,

 Mak Bunga citer kat Abah, dia tak ada mengamuk-ngamuk pun. Orang kampung tu bohong je. Memang la dia frust, sbb Pakcik Bob tu menipu. Tapi, dia boleh terima. Lagipun, dia kenal si perempuan yang skang dah jadi madu dia tu. Dulu masa kecik-kecik dok main sama-sama. 

Cuma, dia risau. Dia tau suami dia tak kaya. Badan pun tak kuat mana. Bukan dia risau suami dia tu tak larat bagi nafkah batin secara adil. MEMANG BUKAN. Tu bukan soalnya. Pakcik Bob pun bukannya muda dah. 

Tapi, sebagai isteri yang dah lama hidup ngan dia, tido sebantal, berkongsi susah senang, dia tau kemampuan kewangan suami dia. Dia BIMBANG, suami dia tidak mampu berlaku adil. Dia tau, camana pun suami dia akan tetap sayangkan dia. Tu la yg dia takut. Takut suami dia tak mampu sayang bini muda sama macam sayang kat dia. 

And then, lagi satu reason Mak BUnga cakap....

Dia risau nanti Pakcik Bob berhutang sana sini sebab tak cukup duit. BErbini satu pun duit tak cukup. Bini dua lagi la... Mak Bunga pun selama ni tambah duit keluarga dengan jaga anak orang. Camanalah laki dia boleh tergamak nak kahwin ramai?Lagi dia risau... Kalau kena tindakan oleh jabatan dek kawin tanpa kebenaran, silap2 kena berhenti keja, dah keluarga besar ni nak makan apa??  






 So, skang...Korang boleh nampak tak kepincangan sistem berpoligami yang diamalkan oleh suami-suami di Malaysia? Poligami tu sebenarnya memang cantik. Tapi, kita lah yang buat dia jadi buruk dan huduh. Bila sebab kawin lagi satu, suma orang bagi feedback negatif. Ada yang sampai berdiri atas kerusi demi menegakkan ideologi masing-masing. 


 Kesimpulannya...

Sebagai suami yang dilantik Allah menjadi khalifah keluarga, kalian diberi kuasa memimpin. Kuasa kahwin lebih. Kuasa talak. Jadi, gunalah selayaknya. Perlu ke menipu jika mahu berkahwin lebih? Perlu ke takut pada isteri? Sampai bila akan bertahan penipunan sebegitu. Boleh bahagiakah hidup menipu begitu? Kalian kata kalian mencintai mereka sepenuh hati, tapi begini kah cinta yang kalian janjikan pada si isteri? Tanya diri sendiri. Berpikir jauh sikit. 

Kenapa perlu takut sedangkan kamu memang sudah berhak berkahwin lebih dari satu?
Hujahkan sebab anda. Kenapa saya mau kahwin lagi
Beranikan diri. Jika anda tidak berani sekarang, anda tidak akan berani sampai bila-bila?
Paham tak maksud Makbed? 
Kalau nak gtau niat di hati pun tak boleh, camana nak memimpin keluarga yang bakal nak jadi banyak cawangan tu? 
JAWAB SKET.....

 Takut bini tak bagi? 
Apa saja yang boleh dia buat? 
Nangeh? 
Minta cerai? 
Jika dia mintak cerai? Kenapa tak bagi je? 
Bagi je...... Kamu kan ada kuasa tu. 


 Jangan senyap seribu bahasa, dan tau-tau je si isteri sudah punya 'kawan'. 
Kecik hati perempuan ni payah nak dicakap. Susah dihurai. 
Pernah tak tengok Discovery Channel buat kajian tentang emosi perempuan secara mendalam?
Takde kan....
Emosi kanak-kanak ade la.
Sebab kalau dia wat kajian, banyak file nak kena bukak. 
File emosi je ada berbelas-belas. 
Belum  masuk file menopos, file PMS, file post natal depression lagi... 
Siyes, banyak! 
Kesian si isteri bila dia marah sekalipun, dia tetap tidak boleh bertindak keterlaluan. 
Dia takleh sepak laki dia. Sebab kang masuk neraka free. 
Semua kena tahan.
Kena kawal. Kena simpan. 
Boleh bayangkan tak keadaan si isteri yang kena tipu cam tu ngan laki tersayang? 


 berbincanglah elok-elok.
"Ling..Ling... Kalau abang kahwin lagi satu, apa pendapat Ling..?" 
Bincang secara serius. Ceritakan yang anda sudah ada calonnya. 
Reaksinya mmg sudah dijangka. 
NANGEH sudah mesti. 
Tapi, biarlah nangeh skang dari nangeh selamanya di kemudian hari.  
Sekurang-kurangnya, si isteri tu sudah tahu dan boleh ambil masa untuk redha. 
Isteri ni memula memang la tak bagi, tak suka. 
Tapi lama-lama, bila dia tau yang SUAMI DIA NAK SANGAT, dia akan bagi jugaaa........ 
Sebab, dia sayang laki dia. 


Kalau isteri tak bagi, mintaklah alasanya. Dengarlah baik-baik pendapatnya. Jangan bangkang. Kalau dia nak emo pun, layankan jela. Tapi, anda MESTI DENGAR. 
Jika alasan dan kerisauannya berasas, apa salahnya jika anda pertimbangkan semula idea nak kahwin lagi satu tu?
Maybe boleh ditangguhkan ke......?



Cuba tengok alasan Mak Bunga bagi tadi.
Walaupun suami dia menipu dia bulat-bulat, dia redha dan tetap risaukan keadaan suami dia. 
Dia mengaku dia kecik ati. 
Tapi kecik ati dia tu dia simpan jauh dan dia lebih risaukan suami. Tak touching ke? 
Betapa dia berkorban selama hari ni bersusah-senang membina keluarga dari takde papa, sehinggalah ada sebidang kebun untuk diusahakan bersama. 
Belum pun boleh senang, suami lak wat cam ni. 


Buat para suami khasnya yang nak berpoligami,
JANGAN SESEKALI pikir kahwin dua, tiga atau empat itu adalah urusan kamu seorang.
Harus diingat, kahwin la berapa pun, isteri pertama tetap berperanan penting dalam menguruskan layar bahtera KESEMUA rumahtangga tambahan anda. 
Kenapa Makbed cakap camtu? 


Isteri pertama la yang bakal mengawal isteri-isteri anda yang lain. 
Sebab dia isteri yang veteran. Dia lebih lama bersama anda dan dia lebih KENAL anda bagaimana.
Jadi, bila isteri2 muda buat perangai, demand lelebih, isteri tua lah yang akan menasihati, memujuk dan memarah jika perlu serta mengingatkan mereka-mereka supaya behave elok-elok, jangan jadi cam bebudak. Isteri anda yang tua itulah yang akan mengeratkan hubungan anda dengan isteri-isteri yang lain. 
Anda apa tau? Anda cuma tau sedap jek! 
Isteri tua tu la yang nak lap balik kotor-kotor yang anda buat tu.
Gado ngan bini muda, anda lari rumah bini tua. 
Bila gado ngan bini tua, anda nangeh.
Kan Kan kAn... 
Rasa dunia gelap seketika kann?? 

Jangan tipulaaa... Makbed dah tgk dah...




 Selagi namanya RUMAHTANGGA, apa je kuputusan hatta ke BERPLOGAMI sekalipun wajar diuruskan bersama. 
Sebagai wanita, kami paham...
Yang kami ni tak kan 'gebu' selamanya
Masanya akan tiba juga untuk kami expired
kami dah tahu tu
cuma
berlaku ikhlas
dan jujur
TAK PERLU MENIPU
dapat dosa je
pastu dapat semak kepala otak... 




makbed: this is a random observation. Entri ni pun ditulis tanpa sebarang perjudis apatah lagi bias. Bukan bersifat peribadi. TAkde kena mengena ngan kehidupan Makbed, Inche Kitchi dan Oni. Inche Kitchi dah tau dah MAkbed memang tak bangkang idea berpoligami. Cuma, Kalau DIA berpoligami , mmg Makbed bangkang la. Especially kalau dalam 28 tahun yang terdekat ni. 
HAUHAAUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAHAUHAUHAUA


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram