Followers

10 Nov 2010

Entri Khas dari Makbed yang Kedekut!

H.U.T.A.N.G




Biasanya aku lebih suka halalkan aje hutang orang kat aku. Kalau aku ni bank, mesti aku dah gulung tikar awal lagi. MUFLIS. 

Takda sapa yang tak pernah berhutang. Hutang dengan PTPTN, hutang bank, hutang dengan kawan-kawan. Orang berhutang kerana banyak sebab. Biasanya, sebab terpaksa la kan. 

Tapi, korang penah dengar tak orang berhutang sebab HOBI?
I mean, bukan berhutang sebab nak habihkan duit tu ke hobi dia. No.NO.. 
HOBI DIA IALAH BERHUTANG. 


 Citernya..

 Nih masa haku keje kat Nasir Maju, company pertama yang berbakti kepada aku masa aku memula bertapak di Lumut. Dalam sebulan pas aku kijo, ado la staff akaun ni baru masuk. Bos Chantek la interview. Nampak cam hoke je. Orgnye lembut-lembut saja.

 Aku ni jenis cepat rapat ngan orang. BUkan la rapat macam besfren tu, tapi dah nama bekerja sama-sama, mestilah rapat kan. Bukannya ramai bnor staf kat situ pong.
Keje aku ada kena mengena ngan akaun gak tapi lebih kepada sales, receive payment, invoicing ... 
Keje staff tu lak, wat akaun every month-end.
Sesekali dia cover tolong amik payment. 


 Satu ari tu, dia cakap kat aku dia nak kuar lunch tapi tak bawak purse. NAk pinjam kat aku RM30. 
So, aku pun bagi la. Cakap nak return duit tu esoknya. 
Tapi, takde pun. Minggu depan nya, dia sms aku nak pinjam duit lagi. Rm50 sebab kereta dia rosak. 
Nak gi repair. Dia ni dah tunang tau. Aku tanya dia tunang dia takde duit ke?
Dia cakap tunang dia pun takde duit jugak. 
Aku suruh dia try tanya Bos Chantek. 
Dia cakap dah tanye dah..Tapi Bos Chantek kata 'takde duit' . 


Yang beshnya, budak ni datang keje. Elok je keje sebelah aku, tapi bila minta nak pinjam duit, dia SMS. 


Kesian kat dia, aku ikhtiarkan. Pinjamkan juga la Rm50. 
Ekceli, aku memang tengah tak da duit. 
Sebab duit yang aku ada tu, aku cover duit kaunter yang tetiba je HILANG. Duit tu payment name card dari customer. Hilang dari dalam laci di tempat yang selalu duit-duit payment customer diletakkan.
Aku tak ingat berapa total yang hilang tu dah. Tapi takdelah sampai seratus pon. 
Cuma, yang menjadi kemoskelan, sebelum-sebelum ni, mmg tak penah ada duit hilang pun kat meja tu.
Aku citer kat Bos Chantek, dia mmg sangat terkejut dan heran kerana ada stafnya yang bertangan panjang. Aku nak citer pun takut. Kang dia kata aku curi duit lak. 
Tapi, aku bukannya miskin sgt nak curi duit banyak tu. Tengok muka la weeii!!
HAHAHAHA.. *dibenarkan muntah.


dia cakap hujung bulan ni dia bayar, semua skali termasuk yang dia pinjam awal-awal tu. 
Then, dia ni ada satu perangai la. BAru masuk keje, dia buat opis ni cam opis tokwan dia.
Suka-suka pakai telepon. Nak stay-back kat opis pun ikut suka dia jgak. 
Kekadang stay-back kat opis hanya sbb nak guna internet. And dia lak dok kat opis tu hanya ditemani tunang dia je.
Memula tu, aku senyap  je la, tapi bila makin kronik, aku repot la kat Bos Chantek. 
Macam mana lak aku tak kepoh, sbb company tu kira macam sedara-mara aku punya gak la.
Aku kenal bos nye. Bos lak dengan tak semena-menanya melantik aku jadi 2nd Man selepas Bos Chantek. Jadi, aku takleh la nak diam-diam tengok je kot.


Setelah mendapat perkhabaran dari aku, maka Bos Chantek memulakan penyisatan beliau *tobat gelak Bos Chantek kalau baca blog aku ni. Tetiba, nak jadi satu cerita la kan.. aku gi menjoyah ngan Bos Chantek. Aku citer la kat dia yang staff ni telah meminjam wang sebanyak beberapa rm kerana mahu memperbetulkan kereta beliau. Tetiba.....
 Bos Chantek berkata:


 Laaaaaa.... yeke. Ari tu ada gak dia msg pada akak. Dia cakap nak pinjam Rm100. Nak repair kereta. Akak dah bagi dah kat dia. 


 HApe lagi. Aku yang mendengarnya ketika itu agak terhangen jugak.
Aku mencik betui orang menipu neh.
Lebih menterkejutkan, tak sampai sebulan staff tu bekerja bersama kami, dia telah membuat beberapa kali advance. Kesemuanya bertotal RM250 plus plus...  
Sungguh mengkagumkan!

 Setelah saya dan Bos Chantek berbincang, dengan kata putus Bos Chantek, beliau tidak mahu itu staff bekerja di situ lagi. Kerana masalah attitude dan yang paling nyata, dia tidak AMANAH. 
Sudahlah tidak amanah dengan tugas, dengan kawan-kawan pun tak amanah. 
Oo..itu kesimpulannya.
Bagus. 
Kalau aku lak jadi bos, aku mmg takkan cakap bab amanah dah.
Aku cuma berhentikan beliau kerana beliau sangat kuat KENCING!


 skang kami sudah tau siapa yang mencuri duit tempoh hari. 
Wahh..aku menjadi semakin menyampah bila si perempuan ini buat muka suci dan tak bersalah.
Tu pun, kami tak tuduh dia pun bab curi-muri ni tau.
Bos Chantek mintak jelaskan duit pinjaman yang dibuat dengan kengkawan. 
Kendian, dia disuruh berhenti kerja. Staff itu tidak mahu membayar lagi hutang pinjaman.
Dia buat muka kesian lagi. Katanya, dia nak pakai duit sangat.
Janji nak bayar bulan seterusnya.


 Skang, dah lebih 6 bulan dah, orang tu masih lagi sepi tanpa berita. Sebelum raya dulu, dia cakap dia nak bayar. Bila tetiap kali mintak je, dia akan cakap 

  • dia baru lepas kawin. Duit takde lagi
  • ayah mentua dia sakit. Nak pakai duit
  • ada orang meninggal kat Baling (ni memang selalu gunala)
  • takde duit. Skang tgh plan nak niaga kat Pasar Ramadhan. 
  • takde duit, tak keje lagi.

Begitula antara alasan beliau. Aku bukannya kedekut taknak halalkan duit pinjaman dia.
Ramai je orang berhutang , lagi banyak dari tu aku leh berlebih kurang lagi. 
Tapi, minah ni memang aku lansung takleh blah.
KAlau aku jumpa dia tepi jalan time aku dok drive pun, mmg aku boleh berhenti serta-merta, lari-lari kat dia, dan MINTAK DUIT TU BALIK!
Sebab, cara berhutang memang menipu siut. 
Dan aku telah memulakan penyisatann sniri. Tanya kawan-kawan lama dia masa kat company dia berhenti sebelum masuk keje ngan aku dulu. Hahaaa...


Dulu dia cakap dia berhenti sebab company tu taknak renew contract dia.
And then dia ckp jugak, yang dia ada masalah keje kat situ sebab TUNANG DIA SELALU JELES. 
Kat situ ramai lelaki.
MAsa dia ckp alasan ni aku memang nak gelak gilo *nauzubillah jahat sungguh aku sebab dia bukannya lawa mana pun. Siti Saerah lawa lagi weh!


Rupanya, dia memang ada kes kat sana. Sama gak, pinjam duit orang, taknak bayar
. Bagi banyak alasan. 
Masa dia blah dari company lama tu, dia masih lagi berhutang dengan orang-orang kat situ. 


 Ini adalah komen kakak yang secara kebetulannya terserempak ngan aku masa dia datang kedai nak jumpa si minah tu


LAaa.. dah berhenti? Dia ada pinjam duit you tak? Saya datang ni nak mintak duit. Dia janji nak bayar saya lepas gaji.



Semalam, aku antar lagi satu sms...


 Salam.. E**. Saya masih menantikan duit saya. 
Harap bersegeralah bayar sebab liza memang takda niat nak halalkan duit yang E** pinjam tu. 
Cuma RM80. 


Rasanya memang dia belum dapat kerja lagi sekitar Manjung ni. Memang takkan dapat la kalau dah perangai camtu. Ramai orang tau dah.... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram