Followers

18 Nov 2010

Best kan, tak suka je boleh cerai.





Entry emosi...


HOi lelaki-lelaki~


Kamu ingat kamu kekal hensem dan gagah sepanjang usia ke?

Kajian ni memang bukan boleh dibuat main-main. Masa kawin tu nak je. Masa 'nak' pon, slamber je. Tapi, bila si isteri tu dah tak cantik, gendut, gelebeh, boleh lak kamu ceraikan dia? Agak-agak la kan, sapo punya keje la menggelebehkan dan menggendutkan isteri kamu tu? 


Nak yang solid-molid, bak la duit. Ini tak.. dah le ko kawin ngan dia mintak diskaun. Mintak harga patut je.  Orang tua letak hantaran tinggi-tinggi, pandai la argue. Dalam Islam kata mas kahwin paling baik di sisi Islam ialah yang terrendah. Hah, tetiba pandai di situ. 
Tapi, bila masuk bab nafkah isteri dan anak, main lepas tangan pulak. 
Bila bini sakit, tak cantik, tak menarik, gemok , ditinggalkan. 
Ni ikut sunnah nabi mana lak ni?


Wahai lelaki,

Harap-harap korang sedar la yang bakal isteri korang yang nak kawin ngan korang tu bakal menghadapi kesukaran di masa depan.
Sudah lah kamu asyik 'nak' aje setiap malam..Lepas dilayan, kamu tido aje. Khabar isteri di sebelah memang lansung tak tanya dah.
KAmu sedap sendiri, isteri kamu lak tak lama pastu menanggung muntah, tak lalu makan, sakit pinggang, gemok, dan akhirnya sakit nak beranak. 
Kamu ada cakap ke nak share sikit.
Takde kan? Buat tatau je.
Siap cakap bini lembab berjalan. Sebab gemok.
Bila dah beranak, nak kena berpantang. 
Cakap nak pantang 100 hari je dah buat bunyi cam lembu nak kena sembelih. 
Suruh wat 44 hari je. Ikut basic. 
Tapi pastu, bini kamu gemok, tak fit, kamu marah. 
Nak ceraikan dia. 
Time pantang tu ada tak kamu beli dia set bersalin Sendayu Tinggi? Nona Roguy ke? 
TAk kan... 
Suruh pakai yang murah-murah je. jimat kos.


Kalau yang merokok tu lagi la teruk.
Degil nauzubillah. Berlagak giloh.
Tak de rasa timbang rasa langsung kat bini ngan anak yang dok bau asap rokok dia. 
Kahwin ngan dia dah le dapat sakit, dapat kanser plak. Nak tanggung tu punya la azab. Kan bagus kalu dia sorang je rasa azab tu. 
Apsal lak laki ko isap rokok sedap2, bini ko kena penyakit kanser? 
Senang-senang je pastu ko ceraikan dia. Kalau tak nak cerai, sanggup tak hantar bini gi treatment, Bio cepat mampos. Buleh kawin baru.




BAru tadi ni, Makbed dikhabarkan yang mak kepada sahabat aku disahkan menghidap lung cancer. Stage 4. Tak de sejarah kanser dalam family. Tapi, suami merokok. Kena lunch cancer sebab jadi secondary smoker. Haa... so skang ni salahkan sape? Salahkan bini jugak? sapa suruh kamu gi sedut asap rokok tu? Nak tanya gitu ke?



Kalau isteri curang dengan lelaki lain sebab tak cukup layanan batin, dikatakan jijik.
Hina
. Tak sama hinakah kalau suami bermain cinta ngan orang lain tanpa nikah? 
Ye laaa... nak nikah takde duit, 
Yang dok ada ni pun tak larat tanggung. 
Menyalahkan isteri je kejenya. "Bini saya asyik beraaaaaanak je", katanya. 
Dia tak tau yang besok-besok ni anak yg berderet tu la yang nak bawak dia gi syurga atau neraka. 
Suami lagi redha tengok tv, tengok bola, main fesbuk dari ajar anak-anak mengaji. 
Suami lagi suka gi lepak ngan kengkawan dari teman isteri baca Quran. jadi imam pun tak penah. 
Sori... Nak imam, gi smayang mesjid la. 
Pastu, bila anak-anak jadi half-breed, separuh manusia separuh iblis, bijak je diri menyalahkan isteri, tak pandai jaga anak. 
Yang dia tu wat ape kat umah tu? 


Tak suka denga lelaki yang sungguh ego dan sangat bijak serbi-serbi padahal bila hulur surat khabar tulisan jawi, merangkak-rangkak bacaanya. Jangan taktau, surat nikah yang ditulih jawi pun belum tentu dia tau baca. Silap-silap , nama dia eja salah pun dia tak perasaan. 
Tau-tau je, bini dia bersuamikan orang lain *rekaan semata-mata 
. So, to ladies, beware. Jangan pandang remeh. 
Nak cari suami berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang ni payah. 
Biar lah tak hensem, tak berduit banyak pun takpe, asalkan jujur dan bertanggungjawab dan mengamalkan ilmu agama dalam kehidupan.
BUkan hanya TAU je, tapi tak buat. 


Akhir kalam... Makbed nak cakap....

Mau yang lawa-lawa, sediakan lah ongkosnya. Jangan main cakap saja. Tak de menda free kat donia ni. [KLIK]







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram