Followers

27 Nov 2010

BERITA MAKBED

BERITA TERKINI



LUMUT 27 Nov - Telah dimaklumkan bahawa Pengasuh Oni masih lagi ditransit dan belum mendapat tiket pulang.Tarikh penerbangan akan diberitahu semula apda hari Isnin ini. Memang lembab sikit bila cakap soal transit ni. Siyes lemau! Oleh itu, Makbed didapati telah menggaru kepalanya sekali lagi. Walaupun Ibu MErtua Makbed telah menawarkan diri untuk menjaga Oni buat beberapa hari ternyata tepat jangkaan beliau, namun adalah mustahil bagi Makbed untuk berpisah dengan Oni lagi.

Sejak berpisah dengan ibu beliau selama beberapa hari, Oni didapati telah berubah menjadi ultraman budak yang baik , sangat baik dan berbudi bahasa. Apalah agaknya Atok dia kat umah ye? Tiada lagi tangisan mengada-ngada tanpa sebab. Buktinya, Makbed boleh memasak beberapa jenis lauk di dapur tanpa rasa bersalah. Cuma, kegemaran Oni menyepahkan rumah dengan gilang-gemilang bertambah apabila Atoknya menghadiahkan set pinggan-mangkuk dan periuk belanga baru baru-baru ini. Mujurlah Oni tidak membuat permintaan melampau dengan mengarahkan ibu beliau memasang alat penyaman udara seperti di rumah Atoknya. Oni kembali tidur di depan tv , di atas tilam yang tersedia sama seperti rutin hariannya sebelum ini. Cuma, pastikan kipas tambahan dihalakan ke arah beliau untuk memastikan tidur yang berpanjangan sepanjang malam. 


Berita ini mungkin boleh dikira berita baik memandangkan isu yang MAkbed hadapi ketika ini. Secara tidak semena-menanya Wan Gumox dan rakan-rakan menghubungi MAkbed mengatakan mereka akan datang hari ini dan bermastautin di rumah selama beberapa hari untuk kerja-kerja kempen bisnes mereka di sekitar Lumut, Manjung dan Sitiawan. Bersyukur ke hadrat Allah kerana urusan Makbed dipermudahkan. PENGASUH SEMENTARA DATANG LAGI. YYEYYY!!!!!


BERITA TAMBAHAN:
Deria bau Makbed bertambah hebat apabila aku berjaya menghidu menda yang sepatutnya terbau 3 hari selepas kejadian. Aku saspek ada cicak mati dalam umah ni tapi aku dah selongkar semua tempat yang berkaitan namun gagal menemui mayat saspek. TApi, baunya Allah je yang tau. Menjadi lebih mistik apabila Inche Kitchi kata dia lansung tak bau pape. Tu la..bulu idung tebal sangat sampai terkeluar carta beb! Tapi memang aku terbau sesuatu yang busuk. Kenapa orang lain tak bau ni? Sila jangan salahkan ibu mengandung. Inche Kitchi mengandaikan bahawa kemungkinan besar mayat itu berada di dalam suis kipas kerana terdapat semut-semut beratur dengan taatnya menuju ke dalam rekahan di sebalik suis tersebut. Memula rasa cam tak logik tapi lepas dah cari tak jumpa-jumpa aku rasa betul la kot menda tu dalam tu. 

HAIH cicak.. tak de tempat lain ke nak mati pun....... Camana nak bukak menda suis tu. MAk ko tak ajar ke jangan main karan nanti kena kejutan letrik?



Sekian berita untuk kali ini. Salam Satu Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram