Followers

8 Nov 2010

Annual Report - Safety Helmet dan Monday Blues

PERHATIAN :
Yahoo Mail dan GMail sudah kembali beroperasi seperti biasa.
Mudah-mudahan ia kekal begitu.
Perubahan berikut takde kena mengena dengan entri Makbed tadi *sengih kerang


Wat le ape pun, mood Makbed takkan goyah. Makbed takde Monday Blues. Semenjak Makbed buat decision nak berhenti jadi isteri mingguan awal tahun 2009, dah takde dah Monday Blues tu. Kini, suami saya berada di mana-mana saya berada. Chewahhhs...





Kalau pepagi tengok muka cam ni, korang hepi tak rasa-rasa? 
Semak kan? 
Ini ialah muka mazmumah Makbed. Tak cantik kan? Jadi, tak elok marah-marah. Shenyum jek. Bio la org kata kita ni kerang busuk ke, kepah , lala, ikan buntal watsoever. Yang penting, aku tak pinjam gigi orang tu untuk senyum. TET!



Agaknya wajah aku lebih HODOH bila sedang marahkan Inche Kitchi yang tak menyahut bila dipanggil, atau pun marahkan Oni yang suka tuang susu atas lantai dan menangis bagai terkena histeria. HAIH!! *tepuk dahi laju-laju. 



Pengasuh sudah mula bercuti. Maka, aku dan Inche Kitchi telah bermusyawarah tentang Oni. Alhamdulillah, Mama Zahirah (Wana) nak jaga Oni biarpun dia ada si baby Zahirah. Semoga Oni behave dengan cemerlang ye. Tapi, Wana takde hari ni. Besok baru dia ada. 
Jadi, bagaimanakah aku nak bekerja pada hari ini?


Aku telah mengusulkan kepada Inche Kitchi untuk mem'baby-sit' anak daranya untuk satu hari. Heheee.. Maaflah. Ibu sudah tidak boleh asyik cuti saja. Tak elok mengada-ngada. Oni sudah besar. Boleh je duduk dengan Ayah. reaksi Inche Kitchi -
SLAMBERH! 
A.P.A.D.A.H.A.L


Dia ada gak tanya, tak risau ke tinggalkan Oni ngan dia? Oni ni manyak angin. Kalau aku ada, memang dia asyik nangih je nak kan perhatian. Belum pernah tinggalkan Oni ngan Ayahnya berdua. 
Mana boleh tak harap selamanya sebab Oni tu bukannya terjadi sendiri kan? 
Kalau tak kerana Inche Kitchi, maka takde lah Oni. BETUI? So, walau apa pun excuse yang diberi, anak tetap anak. Maybe Oni akan nangih-nangih di awalnya, tapi sebagai Ibu dan Bapa, haruslah bijak mengenalpasti karenah anak tu. Gunakan instinct yang ada. Chewahss. 


Sebenarnya, Inche Kitchi lebih mengenali Oni dari Makbed. 


IKLAN : Oni sudah boleh headbanging. Wargghhh!Sungguh cute sehingga perut aku memulas gelakkan dia.


Kisah semalam.
Lepas balik dari Penang, disebabkan aku nak pee pee tersangat amat, aku suruh Inche Kitchi singgah di Giant. Boleh beli susu anak skali. then, decided nak makan KFC kat situ.
Inche Kitchi beli satu snack plate. Disebabkan beliau kedekut taknak kongsi mashed potatoes ngan Oni, aku kena beli lagi satu mashed potato khas untuk Oni. 
Takpe, duit Inche Kitchi *gelak kejam.

1 sudu disuap ke dalam mulut Oni. NGAP! Oni bedal.
Pastu.. 
tetiba je Oni angguk-angguk kepala beliau laju-laju macam David Guetta. 


Aik? Ni kena penyakit apa lak ni? 

Inche Kitchi dah gelak-gelak. Sampai sepet mata beliau. 
Oni pulak lagi digelak, lagi sakan dia angguk. Setiap kali aku suap ubi tersebut, Oni tidak pernah gagal buat headbanging. 
Perbuatan beliau mengundang tanda tanya kepada pengunjung dan pengusaha restoran KFC cawangan Manjung. 



 Oh, Oni... Kamu jangan makan ubi KFC lepas ni ok. GILA. Dush! Dush! Dush!



Kisah hari ini
Pagi ni, Oni hantar ibu dia gi pejabat. HOREHH!!! Heran dia pepagi dah siapkan dia, strap kat baby sit dia. Nasib baik la dia tak nangih masa aku meninggalkan kereta. Rasa hepi sebab Oni temankan aku sampai pejabat. 
Kendian, Inche Kitchi bawak dia gi opis dia pulak. 
Sure dia feymes kat opis tu. Inche Kitchi selalu hapdet pasal Oni. Harap-harap sampai sekarang dia ok je lah. Takde nangih. Aku dah pun siapkan makanan tengahari Oni. 
Selamat Berjaya wahai Ayah Oni. BERUSAHA!


Kisah hari ini lagi...






Annual Report
Meja depan ni memang tak pernahnya tak semak. Siyes bukan haku yang semakkan. 
Annual Report tak habih-habih. 
HELLO.... 
Orang taknak dah le baca Annual Report ni. Sesetengahnya memberi feedback, diorg bukannya paham pun baca menda ni. Selalu bagi satu je buku tebal. 
Ni sampai 5 sekali amik, termasuk cd. Kita ni skang tengah berkempen hijaukan bumi. 
Jangan tebang pokok banyak-banyak. Buku-buku banyak camni membazir je.
Bukannya leh tumbuh pokok kalau tanam pun.


"Memang tak paham baca annual report. Yang kitorang paham, hujung tahun ada bonos jek," kata mereka-mereka itu.

Jangan marah ye. MAafkan jelah mereka itu.

Jangan tanya diorg wat apa dengan buku-buku yang diambil, kelak terkejut. Ada yang mengambilnya untuk bagi anak-anak yang baru belajar membaca. Kalau koyak pun, diorang tak ralat sangat. GIYAHHH~


Safety Helmet
Mode bertukar
Hampa ingat kaunter aku ni macam kat GIANT ka? Boleh main letak 'kepala licin' korang merata-rata, atoq kat sini sampai muka aku pun takleh nampak? HA? Ha? HA? 

Pasni, mana yang suka-suki letak helmet tapi tak bertanggungjawab tu, kalau helmet tu takde kat tempat yang korang letak tu kan, gi cari kat dalam tong sampah *Pak Misai suruh wat camtu. 

Aku kata.... 


PE KATA, KORANG LETAK NAMA KAT HELMET TUH. BOH SKALI NUMBER TELEPON. SENANG. KALAU KORANG TINGGAL KEPALA KORANG, SENANG LE KEPALA TU KEMBALI KEPADA TUANNYA.

macam langsuir kan?? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~







makbed : nasib baik kepala lain melekat di tempatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram