Followers

2 Oct 2010

~tidak bertajuk~

Berrrkkkk!!!

Dapat dinner jam 11 mlm. Haha.. Terpaksa la Makbed dok kat meja ni ngan lappy sambil goyang-goyang kaki konon nak menghilangkan kalori sementara nak tunggu suma makan siap diproses. Oni hari ni emosional tau. 




Dia merengek mintak ditidokan around 8 pm tapi aku sibuk memasak kat dapo. Sambil-sambil masak tu aku layan la dia. Cam biasa la, bila aku dok sebelah dia, mood dia ok kembali. Tapi asal aku melangkah je ke dapo, mulalah dia mengongoi sampai keluar bunyi rem moto tu! [KLIK] untuk video Oni Nangeh. Bengang gak tapi dah dengar dia wat bunyi camtu jadi LAWAK la pulak. Hish, budak ni kan. Jadi, aku masak le secepat yang buleh pehtu aku lepak le ngan dia kat hall. Dia pun main sengsorang. LAri-lari keliling umah then tetiba dia berhenti kat pintu cermin.

 TETIBA JE NANGIH. KUAT GILAAAA!!! 


Sambil nangih tu, dia berjalan ke pintu cermin dan pegang. Memang nampak sedih sangat. Heran gile...Apsal dia nangih sambil pandang cermin tu? Apa yang dia nampak kt luar sampai nangih camtu??







 Rupanya... 


 Dia nampak reflection aku ngan Inche Kitchi kat pintu cermin tu macam kitorang ni duduk kat luar. HAHAHA... Bukan sekali tau dia nangih. Tetiap kali dia berhenti lari kat pintu cermin tu, dia akan buat aksi yang sama. MENANGIH BERCUCURAN AIR MATA. Yang tak tahan tu, siap pegang pintu cermin tu lagi. Kesian anak aku.

 Jenuh le Inche Kitchi panggil Oni untuk 'menyedar'kan beliau bahawa Ayahnya ada kat belakang dia je. Tengok cam dah kritikal sangat tangisannya, aku gi belakang dia pastu aku peluk. Haaa...  Bila dia nampak reflection aku muncul kat belakang dia, baru la dia senyap. Aku lap air mata yang dah macam Sungai Gangga tu , acah-acah sikit..BAru ok. Ih .. Ih... Ih... Awat lagu ni Oni-chan.......

Terus aku bawak dia gi tido. Dengan aku-aku sekali hanyut sebelah dia. 



 Tu la pasal aku dinner jam 11 malam. 




makbed : Esok nak buat Laksa Mi. NAntikann kemunculannye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram