Followers

1 Nov 2010

Sungguh Aku Malu bila...

Aku rasa aku malu sangat kalau tetiba warga asing tanya aku "are you Malay?"


  • bila muka aku dah nampak tak macam Melayu, pastu tetiba rambut aku warna blonde..

  • bila rambut aku warna blonde tapi kening aku warna hitam dan seterusnya menyebabkan aku nampak lagi tak Melayu 

  • bila orang bukan Melayu , tak kira la bangsa dan agama apa tanya aku, rambut aku kaler ape, siap tanya salon mana buat, sapa hair-dresser. Siap puji lagi rambut aku lawa. 

  • bila muka aku tak macam Melayu, rambut dah blonde, tapi takleh cakap bahasa asing pun. Bahasa INggeris pun ke laut. Tetiba je keluar loghat Sik, Kedah bila melatah. (tetiba teringat iklan raya Adibah Nor jadi drebar teksi dengan penumpang Kuala Pilah)

  • bila aku pakai lagi vogue, ngan sluar pendek paras peha, spageti strap lagi, nampak lurah dendamsss... lagi dasyat dari amoi kat Plaza Low Yat. Pehtu amoi tu lak buleh tabik spring kat aku sbb aku pakai lagi hebat dari dia.  

  • bila aku dah rambut kaler-kaler, pakai seksi-seksi, pastu dipuji-puji semua orang, then tetiba ada satu makcik Cina iaitu mak kepada amoi salon wat rambut aku tu tanya , "eeyy, U tarak semayang ka? Sudah bang woo! U melayu kan?" 

  • bila kau dah tak macam Melayu, (tapi ko mengaku Melayu) tapi ko tanik lagi dasyat dari orang yang layak tanik.  BILA ORANG TANYA AKU MELAYU KE TAK, TETIBA JE AKU CAKAP, "No, I am not Malay." Padahal dalam IC tulis bangasa aku MELAYU. 

  • bila aku tetap rasa hebat dan bangga setiap kali ditanya soalan "hey, are you Malay?" .

    Takyah bangga. Orang yang tanya tu sedang memerli kau!



    Lagi teruk kalau orang tanya "Are you MUSLIM?"


    makbed: apa pendapat korang lak?



      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Instagram

      Instagram