Followers

28 Oct 2010

Oni dan Gelang Kling Kling!

Dah pandai dah...


Pepagi bila nak naik ke umah Pengasuh, dia akan sebut "TETT!" sambil jari telunjuknya yang halus comel tu ke arah button lif. 


Kalau tak layan, maka sampai ke sudah la dia sebut TeTt tu.... 


Kalau petang lak. dia akan sebut TETT sambil jari tunjuk kat suis lampu blok. Tu keje si Ayah le selalu tu. Ayah le melayan Oni menge'tet' suis lampu. 

Memola dulu tak dapat 'TETT'. Buleh sentuh je. Sebab jari tak berapa kuat. 

 Skang.... dah terer dah. Bila dia TETT dan lampu menyala atau tutup, atau pun button lif tu menghasilkan lampu, Oni akan senyum BANGGA. Heeee... comey. (puji anak sendiri lak!)




Disebabkan Oni rajin sepahkan kemaskan rumah, Oni dihadiahkan seutas gelang kaki berloceng. Kaching! KAching! 
Tetiap kali bergerak je ada bunyi Kaching KAching. 
Pasni takyah dah pakai GPS ke hape. Gerak sikit je, Ibu dah leh detact kat mana Oni berada. HAHAHAHAHA.. 
Dia suka main hide and seek dalam umah tanpa warning aku dulu. 
Ada satu masa tu, tengah-tengah malam, aku kat dapo wat susu dia. Bila dah siap, goncang-goncang dan aku pun tutup lampu dapo tetiba ada satu lembaga 'pendek' tercegat kat sebelah pintu dapur. 
NAsib baik aku tak tertomoih tertonggeng langgar bendul. Terkejut punya pasal. Uwaa! 

Bila tengah tido, kalau dia dah mula memberi tanda-tanda nak bangun tu, of course la dia ngeliat-ngeliat dulu kan... haaa... sure ada bunyi kan?
JAdi, Ibu akan terus celapak pegi sebelah sambil tepuk-tepuk bontot atau buat-buat tido sebelah Oni.
Bila Oni jaga, nampak Ibu ada sebelah, nampak cam Ibu tido nyenyak lama dah.
Padahal, Ibu baru tengah main fesbuk sebelum tu. 


..masalah menda ni ialah, bunyi dia agak bising. 


Ini Oni dengan rambut barunya. HEhee.. potong sikit jek. Sebab rambut depan dah tutup mata. Tengok muka terkini aku. Agak lemau kan? Kecian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram