Followers

31 Oct 2010

Menu Oni Hari Ini : Nasik Hangit

ARGHHHH~!


Malas dah le nak masak dah. Balik-balik hangit. Balik-balik hangit. 
Kalau masa anak dara ni confirm gagal ujian pemilihan menantu.

Masak bubur anak pun hangit.
Eiii..

Apsal la ek?
Otak aku ni dah dipenuhi semut ke?
Kesian Oni..


Tengahari tadi aku masak bubur nasik campur ngan kentang and ayam.
Dah le kentang tu cikit je lagi tinggal. 
Masa masak tu, Oni lak merengek-rengek
Protes.. 
Bila aku tak layan, dia tuang susu atas lantai.
Nak bagi aku naik angin
Sebenarnya dia nak tido je pun. 
Alaaa.. cakap je la nak tido.
Takyah le tuang susu atas lantai.
Terus aku bawak dia atas tilam
Tepok bontot
Inche Kitchi gi dapo
aku pesan suh tengokkan nasik Oni jap.
Dia tengok la kot
Tapi tak cakap pe pun
Ok la tu
Sambung balik tepok bontot
Tetiba..
Dah ada bau 
Allahh.. Hangit nasik anak aku
Kira terer gak lalu aku berlari pecut ke dapo
siap lompat berpagar lagi
sebab kat dapo tu ada pagar tak nak bagi Oni masuk

Frust....

Nasib baik Oni nak makan nasik putih. Gaul sikit ngan kuah kari ikan. Pastu boh kicap. 
Tambah lagi serunding ayam.


Petang pulak
aku keluarkan daging cincang dari dlm freezer
Kang masak nasik Oni taruk daging sikit
Sebelum tu kitorang gi jejalan kat taman permainan


 Kiri! Kanan! Kiri! Kanan!




"Tanak pegang-pegang. Orang dah terer OK!" kata Cik Oni kepada Inche Kitchi.


 Balik tu, terus le aku masak. Kesian...anak nak makan nasik.
Then, bila aku masak, Oni wat hal lagi.
Sambil-sambil aku masak, aku gi la check blog ngan fesbuk.
Dah tu mula la Oni wat muka sedey.
Berlakon cam dia anak terbiar
Mak ayah tak pedulikan dia
Nangeh..Nangeh..
Tenyeh mata
Takde sebab nangeh pun dia cari sebab
Botol susu tergolek atas lantai pun nak nangeh gak..
Kalo dengar bunyi suara tu memang tak bersungguh pun nak nangih
Memang attention seeker budak sorang ni taw...
Nak manja-manja ngan Inche Kitchi pun tak bleh.

Tapi aku wat derk je...
Gi dapo check nasik
Ok gi
Tambah air sikit
 Pastu gi depan balik..
Oni dah sua botol suruh wat nenen
Gi balik wat nenen
Pastu aku hulur kat dia
TAKNAK AMIK PULAK
dia pandang je aku, pastu pandang tilam kat depan tv
Haa.. makcik sorang ni memang demand
Kalu time angin timun dia datang dia memang takkan amik botol susu tu
Dia akan lari ke tilam dengan harapan ko ikut bontot dia terjun sama atas tilam tu
Signal nak tido la tu
Kalau aku ingkar, maka dia akan nangeh sampai aku ikut landing sama atas tilam

Nak taknak, kena la join
Tepok bontot dia
Pastu Inche Kitchi kate dia nak kuar kejap
Aku pon angguk-angguk je
Dia nak gi tgk umah kat Tronoh
Aku sambung balik tepok montot Oni
Tetiba
dengar bunyi krok-krekk
Aku dgr bebetul
Macam bnyi burung main plastik sampah je
Burung memang salu masuk dapo main sampah
 Tapi, tetiba ada bau rentung
 Omaigod!
Nasik gua hanget lagi!!!!
Aku pun lari laju-laju
Huaawaaaaa... sedey..
Takde rezeki kamu nak.
Nak wat camne


Last skali
aku call INche Kitchi
"kang balik singgah mekdi sat.. Beli bubur nasik."
Kalau dah 2 kali hangit ni aku memang takleh nak masak dah.


Kena terima hakikat yang aku absent-minded buat beberapa ketika.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram