Followers

2 Oct 2010

Laksa Mi, Ratapan Auni

Jejengg.....


Makbed berjaya akhirnya!!!!
Setelah sekian lama menuntut ilmu kat Kak Yati, akhirnya tersiaplah sudah laksa mi aku.




Nak buat jugak? HAHA.. rujuk sini sudah. Aku pun besok-besok nak masak lagi buleh la tgk blog je. IHiii...


 Bahan-bahan:


 Mee kering / Mee Pangkor (suruh Kak Yati belikan..)


Bahan Sup

10 ekor udang putih (nak lebih pun boleh) Ada yg suka pakai udang lipan
 1 biji bawang besar - hiris
 7 ulas bawang putih - hiris
 1 inci hali - diketuk
Air
Daun sup . Daun bawang


 Bahan untuk sambal

 10 biji cili kering
 1 ulas bawang besar - blend
1 ulas bawang  - hiris
 asam jawa
 Udang putih - ikut suka la nak banyak mana
garam dan gula


 Bahan untuk sayur

 Kacang buncis / Kacang panjang 15 batang gitu
 1 biji bawang besar
 3 ulas bawang putih
 lada hitam 1 sudu KFC
Isi ikan yang direbus. Koyak-koyakkan. 








 Cara-caranya:


  • Rebus mee sampai lembut.
  • Untuk sup, tumis bawang putih, bawang besar dan halia sampai wangi. Masukkan air secukupnya sebab nak wat sup. Masukkan udang. Rebuslah sampai menggelegak. Masukkan garam secukupnya. LAst skali masukkan daun sup daun bawang. Taknak boh pun takpe. 
  •  Untuk sambal pulak, cara masak sama cam sambal tumis biasa. So, MAkbed masak sama cam Makbed masak sambal selalu la. Caranya.... Blend cili kering dengan 1 biji bawang besar. Hiris lagi 1 biji bawang besar. Tumis hirisan bawang tu sampai wangi dan masukkan cili yang diblend tadi. Tunggu sampai naik minyak. Pehtu masukkan udang. Dan masukkan asam jawa. Jangan lupa garam dan gula mengikut kesedapan lidah masing-masing. 
  •  Untuk sayur pulak, senang je. Tumis bawang-bawang suma then masukkan isi ikan yang direbus tu. Kalau taknak pakai isi ikan , boleh pakai fishcake. Pehtu last skali masukkan sayur kacang buncis yang dipotong kecil-kecil. 

Tunggu sampai naik minyak tau!





 Goreng kacang buncis pulak






Masa memasak ni, Makbed Jr. kemain lagi melalak ke sana ke mari. Inche Kitchi lak takde. Juggling between the cooking chors and Auni's bad mood regime wasn't easy. 
Tak pe.. Tak pe... Ibu paham. 
Demam dia baru kebah tu. 



Kecian dia. Takleh masuk Ibu punya territory. Kena halang ngan kayu. Lagi la melalak sakan. Penat tau nak langkah menda kayu tu banyak kali everytime dia nangeh.
Dah macam atlet lari berpagar laks!




"Ibu, cepat laa....." Bebel Oni menggunakan bahasa beliau sendiri. 
 Alahaii.... Caner nak masak ni? 
 Sambal ada atas dapur ni. Tengok muka tu, macam dah ngantuk dah. 
Aku dukung je dia gi kt tilam. 
Tapi dia taknak tido plak. Sambung main mainan. 
So, aku pun gi dapo nak masak balik. 

 Seperti yg diduga....
Oni lari-lari gi dapo sambil nangih
Tuzki Bunny Emoticon

kejar aku beb!
 Cam aku ni nak lari dari umah 
 Mengalir air mata dia.
Sob...sobb..sobb..

  Haih...nak masak pun kena bergaduh ngan budak ni dulu.


Wat muka kelat lagi. Tu laa..soh tido takmau. 
Sambil masak, sambil membebel, memujuk dia. 
 Jenuh la jiran-jiran  suma dengar kot dia menjerit panggil aku supaya keluar dari dapo.

 Enough with her tantrums....




 Akhirnya siap gak Laksa Mi Makbed.




TADAAAA......


Tuzki Bunny Emoticon

Senang jerr......




CARA NAK MAKAN:
  1.  Boh mee dalam mangkuk
  2.  Boh sayur
  3.  Boh sambal 
  4.  Boh sup
  5.  Boh dalam mulut.


Susah tak? 

    Tuzki Bunny Emoticon



    p/s : makanan ni tak menggemukkan OK. KAlau makan 8 pinggan sekali makan, memang gemok la. HAHAHA.... 


     BErita tak menariknya, Inche Kitchi tak reti makan Laksa Mi. Hampehs.... Camne nak cari awek orang Perak ni? Dia cuma rasa sikit je pehtu dia capai nasik, makan ngan sambal tumis. NAsib baik ada nasik.  Dah agak dah. Takpe.. Tak reti suda. Makbed makan sorang. Then kasi sikit kat my jiran, Ida Kurau. 

     KEsimpulannya, laksa mi aku sedap. HAHAHAHAHA.... BERJAYA!!!!




     makbed: thanks Ida Kurau for the udang kecik... Buleh wat cucoq udang pasni. NyUmmY!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Instagram

    Instagram