Followers

16 Oct 2010

Kari Ikan Nyok-Nyok satu!!!!

Masa dok bujang-bujang, masalah paling utama bila teringin nak makan sesuatu ialah, makanan yang aku teringin tu memerlukan kehadiran blender sbg antara alat wajib dalam proses penyediaannya. Dengan tak malunya aku kabor kat korang, aku memang takde blender sejak mula aku dok membujang.


Tapi, aku memang rajin masak dan mereka-cipta lauk. Lauk-lauk tu wajiblah versi tak pakai blender punya dan bahan-bahannya tak sukar untuk didapati di kedai runcit berdekatan dengan rumah. Dan semesgtinya, tak mahal!







Kalau nak makan masak lemak, aku guna lesung batu je tumbuk suma rencahnya. Selalunya aku buat kari / gulai sebab lauk tu memang tak pakai blender. Tapiii... bila teringin nak makan sambal tumis, aku memang menderita sebab sapa nak giling cabai kering tu sampai lumat? Ekskus mi... batu gilin pun tadak OK!


 HAHAHAAA.. itu lah dia konflik biasa yang dialami aku ketika bujang dan jangan bohonglah, ada antara orang bujang yang takde blender kat umah kan? Buktinya, aku ada blender bila aku berusia 24 tahun. Masa tu aku dah dekat-dekat nak kawin. Dan blender tu pun aku rembat Mak punya. MAk rimas sebab dah 10 tahun ckp nak beli blender, tapi tak beli-beli sampai ke sudah. Jadi, Mak pun berkata.. amikla blender mak. Nanti MAk suruh Abah beli baru.

 Tu kisah blender la kan. Alhamdulillah..walaupun dah lama blender MAk tu, masih elok lagi aku guna. Ari tu masa kat KL, anak-anak dara sebelah umah aku rajin sungguh pinjam blender dari aku. Sanggup tu ketuk2 pintu nak pinjam. Naseb bek la depa tu pelatih nurse dan aku lak masa tu ngan peknen. Aku bagi je. Mana lah tau kot2 aku nak bersalin dalam umah sok kan, senang la depa bagi pertolongan!

 Hari ni, aku nak ajar korang masak lauk yang takyah pakai blender.Tajuknya : Kari Ikan. Ni versi sangat simple dan aku dah perturunkan ilmu kat Yibba Zima ari tu and aku tak sure dia dah buat ke belum. Rasanya belom.

 Ok..let's go check the ingredients, shall we?



Ikan .. sebut pasai ikan, boleh pakai apa jenis ikan. Aku suka ikan nyok-nyok atau ikan merah. Tapi sebab aku dok 2 orang je, aku pilih potongan yang beso sekali. Takde lah semak sangat dalam periuk tu.
1 biji bawang besar (kalau nak pakai bawang merah, gunalah dalam 5-6 biji) - hiris
2 ulas bawang putih
1 sudu -lebih pun takpe harba campur (seperti dalam gambo sbb ada yg tatau amende harba campur)
2 tangkai daun kari
1 bungkus rempah kari ikan
Minyak untuk menumis
semangkuk santan tak pekat sangat tak cair sangat
bendi dan tomato ikut suka korang nak boh banyak mana


Cara-caranya:


Tumis bawang-bawang. harba dan daun kari sampai naik bau.
Masukkan rempah yang sudah dicampur sedikit air
Tunggu sampai naik minyak

 
Lebih kurang cam nilah rupa naik minyak ye...




cam biasa, budak ni pun belum naik minyak lagi... HAHAHAHAA


sambung lek..

dah naik minyak dah rempah tu, masukkan ikan. Tambahkan air asam jawa. 
Pastu, biarkan mendidih. Kalau macam pekat sangat, tambah air sikit. Agak-agak ikan dah masak isinya, masukkan santan. Kacau-kacau bagi sebati. Tunggu mendidih sedikit dan kemudian masukkan bendi. Boh garam. Last sekali baru taruk tomato. 




 Kelihatannya Ayah Oni terpaksa entertain Oni dengan mengajaknya bermain bubbles. Kecian... suma tunggu Ibu habih masak. Sangat cute kan mereka berdua ini?





TADA.....!!!!Finally siap juga kari ikan Ibu Oni. Tak lama pun nak masak ni. Ada la 45 menet. 


Bila dah selesai masak, aku pun gi depan. Nak layan Oni pulak. Alangkah terkejutnya bila



 

......... rumahku telah disepahkan oleh beliau dengan jayanya. HUWAARRGGHHH!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram