Followers

1 Oct 2010

Inti Popia dibaluti roti.....

Semalam Makbed teringin nak makan popia.

Tapi, kulit popia takde.
Jadi, Makbed pun suruhlah Pakbed Inche Kitchi beli menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas.



TOLONG BELIKAN KULIT POPIA NGAN ROTI BILA NAK BALIK KERJA NANTI.


 Dan

 Makbed terus menyediakan bahan-bahan untuk inti popia sebab time tu minced beef tmemang dah tak cair. Jadi, inilah bahan-bahan dan cara Makbed buat inti popia tu.



 Bahan-bahan:


  • Minced beef / daging cincang agak2 semangkuk atau 200 gm
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • Carriot yang dipotong dadu. Sukati la nak banyak mana...
  • 1/2 biji bawang besar - cincang sebab Pakbed tak suka nampak bawang
  • 2 ulas bawang putih - cincang juga
  • lada hitam satu sudu kecik
  • serbuk cili - ikut kadar kepedasan yang anda suka
  •  kicap manis 1 sudu
  •  garam secukup rasa

Cara-caranya:

Minced beef tu lumurkan dengan kicap manis dan lada hitam. Perap dalam 15 minit. Lagi lama lagi bagus. Bab perap tu boleh boh le pape yang korang suka. Nak taruk lada sulah ke. Boleh juga.
Pastu, tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi then masukkan ubi kentang. Kacau-kacau. Kalau kering, tambah air sikit. PAstu , baru boh carrot. LAst skali baru boh daging. Kacau sampai masak.


 Maka siaplah inti popia Makbed.




 kan tetapi, Pakbed pulang tanpa kulit popia. Hanya lah sebuku roti yang dibawa pulang kerana kulit popia tak de. Siap sound lagi " telepon tak nak angkat!" HAHA.. Makbed silentkan telepon kerana Oni alah kepada bunyi telepon.

 Jadi, kenalah tuko menu. Pakai jelah roti untuk balut inti.  KAlau nak try resepi yang tercipta secara mengejut ni, boleh tengok resepinya di bawah.


Bahan-bahan:

  • Roti
  • 2 biji telur
  • Mayonis
Pukui teloq ngan mayonis. Pehtu amik sekeping roti, sapu teloq atas dia. Peh tu, cedok satu sudu (agak2 muat satgi takleh gulung pulak) boh atas roti tu. Pehtu, balut ketat-ketat. Untuk bagi roti tu tak lerai ngan inti-inti tu, sapu gam gajah teloq dekat hujung roti. Pehtu, celup pulak roti tu dalam teloq supaya semua gulungan roti tu di selaputi teloq tadi. Panaihkan minyak, pehtu goreng tenggelam roti tu. Kadar kehangitan mengikut kesukaan anda. Makbed suka hangit-hangit sikit kerana hitam itu menawan. HEUEHUHUEHU....  Boleh dihidangkan dengan sos cili. 


Hampa paham ka?

    Gambaq takda pulak. Sebab dah habih balun baru teringat gambaq tak amik lagi. Minta sori na.


       
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Instagram

      Instagram