Followers

10 Oct 2010

Cucur Udang


Bangun pagi, check dapo. Roti dah tinggal 2 keping je.
Nak makan apa untuk breakfast?


Check freezer lak.
Ada udang putih sikit. Ida Kurau kasi minggu lepas.
Boleh buat cucur udang.
Cam biasa...
kalau versi Makbed, sumanya serba simple dan mudah.



Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

 Seketul bawang merah besar tu. Tumbuk kasar. Nih sebab Inche Kitchi anti-bawang. Kalau nak lagi beraroma, cukup hanya potong dadu.
 Udang putih.. Udang kecik pun buleh. Secukup rasa nak banyak mana. 
 Tepung gandum dalam 2 cawan. Ini untuk 2 orang makan neh. 
Serbuk kunyit sikit. NAk bagi wangi.
 Serbuk bikarbonat. Tak boh pun tak pe. 
 Lada hitam satu sudu kecik.
Garam halus setengah sudu kecik.
Gula satu sudu kecik


Caranya:

Lambakkan sumanya







Tambahkan air secukupnya.


 Panaskan api. Jemput-jemputkan ikut saiz yang korang suka.
 Makbed pakai tangan je. Ada orang pakai sudu.
Boleh je...
 Bila dah coklat-coklat tu, buleh la angkat.
 Makan ngan sos.
 Shedap....





Sempat gi aku sembelih ayam, rebus, cabut bulu ayam tu suma, then siaplah nugget aku ni. Terer tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram