Followers

14 Oct 2010

Ayam Goreng Masak Kicap versi Baloq Liat

Hari ni Makbed nak ajaq masak lauk yang kompem boleh buat laki hangpa tambah dua tiga kali punya.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah:



Ayam (dipotong kecil dan digoreng dengan gram kunyit)
Bawang putih 3 ulas
Bawang besar 1 biji (setengah potong bulat, setengah lagi hiris)
1 biji kentang (hiris macam dalam gambar)
Cabai hidup (belah tengah)
Kicap mee 1 setengah sudu
Kicap manis (secukup rasa)
1 sudu lada hitam
Air
Tepung jagung



Cara-caranya

Tumis hirisan bawang putih dan bawang besar sampai wangi. PEhtu, masukkan kicap mee dan kicap manis. Tambah ayaq. Biarkan mendidih sikit then masukkan ubi kentang. Biar sampai kentang lembut. Kalo kering, boh ayaq. Tak cukup kicap? Tambah kicap. Pehtu, boh ayam yang digoreng tadi. Tambah lada hita,. Pehtu boh la garam. Last skali, masukkan bancuhan tepung jagung. Bagi pekat sikit kuah dia. Then taburkan bawang yang dipotong bulat tadi. KAlau ada daun bawang, leh gak boh. Ohh..lupa. Cahai boh masa bila plak? Boh la masa tumis. Kalau nak boh last pun buleh. Tu hiasan je tu. HAHAHAHAHA.


 Cedap woo! Silalah cuba. 




Dengan kehebatan henpon Makbed, lauk nampak lebih menyelerakan. HEE..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram