Followers

27 Sep 2010

The Choba Jaya Saga - Daging Masala



Penah makan Daging Masak Hitam versi Mamak? Ada yang panggil Daging Masala. Makbed panggil Daging Masala sebab ada taruk rempah yang dipanggil GARAM MASALA dalamnya.Aku makan masakan Ibu Mertuaku dan rasanya memang sukar digambarkan dengan kata-kata. Wajib tanya resepi nih. Tapi, Ma kata kena tengok dia masak, baru paham. Kalau ajar kot telepon je susah nak paham.


Masa beraya di umah Ma ari tu, dapatlah aku belajo ngan Ma cecara nak masak lauk ni. Walaupun aku cuma berpeluang kupas bawang je sebab Oni asyik mintak dukung, tapi aku tengok Ma masak sampai habih.

 Dan aku berpeluang mengaplikasikan masakan ni 3 minggu kendian. HAHAHA... Wajib ada menda yang lupa kan! Cuba je lah.. Selagi tak buat, memang akan terus lupa.


 Bahan-bahan yang diperlukan :

Daging - 1 kilo (amik la bahagian batang pinang, atau yang urat-urat tu)
Bawang merah 10 bijik 
Bawang putih 5 ulas
Halia seinci
Cili kering 15 - 20 biji. 

 *Blender suma bhn di atas

2 sudu garam masala
Kicap pekat
Buah pelaga 3 biji
Kulit Kayu Manis sebatang
Bunga Lawang 3 biji
Bawang besar 1 biji - hiris
Bawang putih 2 ulas - hiris
Halis setengah inci - hiris
Serai 1 batang


 Cara-cara:

 Memula, perap dulu daging yang dah dipotong-potong ikut suka nak besa mana. Perap dengan cili yang diblender bersama bawang-bawang dan halia. Boh 2 sudu garam masala. Then, masukkan sedikit kicap pekat dalam tu. Gaul sebati. Pastu, masukkan dalam peti ais. Perap. Lagi lama perap lagi besh. 

 Pastu, bila nak masak, kuarkan le daging tu. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tunggu sampai wangi, baru masukkan hasil perapan tadi. Kalau nak lagi hitam, tambah la lagi kicap pekat.

Masak sampai daging lembut. Boleh tambah air bila nak kering. Pastu, tambahkan secawan air asam jawa. Kalau tak suka masam, kurangkan. Tutup periuk. Jengok2 sama la kang kering pulak kuahnya, tak pasai je hangus terbakar lauk ko kang. 

 Bila agak2 nak masak, masukkan gula dan garam secukup rasa. Lauk ni gerenti pedas. So, kalau nak kurangkan pedas, boh gula lebih. Makbed mmg suka pedas2. 


Pepandai la ekjas. Yang penting untuk masak lauk ni, kena ada GARAM MASALA. And, PERAP. Tu jek!  Sedap makan ngan nasik minyak. Nak cicah ngan ketupat pun sedap.

Ramai kawan Makbed baru kawin. Boleh try wat lauk ni masa mertua datang. Kompem terbeliak bijik mata diorang. Pastikan cuba jaya dulu sebelum tunjuk bakat depan diorang ek. Makbed tak bertanggung di atas sebarang ketidak-sedapan yang berlaku.



Ni le hasilnya. Mengiurkan tak?


makbed : boleh tambah tepung jagung kalau nk kuah pekat. kalu nak berkilat pulak, boh le madu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram