Followers

30 Sep 2010

Tak Cukup Kasih Sayang Rupanya.....

Kesihatan yang belum lagi bagus. Pas baton kat Oni pulak. Lepas aku wat entree pepagi tadi [KLIK], aku tido jap. Jam 9 , dah bangun mandi suma, aku ngan Inche Kitchi bawak dia gi klenet.

 Haha.. Lama tak pi klinik ni. Last gi klinik Oni belom boleh jalan. Skang, habih satu klinik diteroka. Satu je yang tak berubah, dia tetap tak suka kat doktor cina tu. HAHAHAHAHA.... Muka macam nak bergaduh je bila dia pandang Dr. Ling. Hapeda.... Tu la doktor paling lawak penah aku jumpa. Suka dia bila nampak Oni yang dah besar. Kali ni, Oni dah lembut ati sikit ngan Dr. Ling. Boleh le pujuk soh dok atas penimbang. Selalu tu taknak. Tapi, tahan sekejap je la tadi. Pastu merengek-rengek mintak dokong. Seb bek la aku ni jenis tak pakai rantai panjang-panjang cam mami jarum tu. Kalu tak dah lama mati terbunuh dek tercekik ditarik Oni. 

 Elok je keluar dari bilik Dr. Ling, terus diam. Pehtu buat-buat ramah ngan Ayah Auni, macam takde pape berlaku. Ntah mana pegi ntah air mata tu.. Dalam klinik tadi berhamburan sampai melekit pipi. DRAMA je lebey budak ni.

 Hari ni aku amik annual leave menjaga Oni. Camtulah kebiasaannya. Anak demam ni tanda kurang kasih sayang, kata BOS CANTEK satu masa dulu. Memang betul. Dan cara nak bagi dia baik demam segera ialah dengan peluk dia selalu penuh rasa sayang. Kena pujuk-pujuk, cakap lembut-lembut, puji-puji. Kalau aku tak wat camtu, alamat demam dia berpanjangan la. Sampai seminggu pun penah dia ni. Penah sekali tu Oni demam lama gila. Last sekali Doktor bagi aku MC 2 hari soh JANGAN KEJE. Jaga anak je sampai baik. Dia kata Oni kurang kasih sayang. WAHAHAHAHAH! Alhamdulillah, kejap je. HAri kedua MC, dah baik beb. 

 Skang dah tido da. Susah nak bagi dia makan ubat skang. Manyak la cekadak dia. Jalan terakhir, masukkan ubat dalam susu. HAHAHA... You've been drugged. Kuikuikui.. TErus lalok. HAmek ko! Sampai tetiba menari-nari masa dengan lagu Justin Bieber, Somebody to Love. Goyang-goyang, hentak kaki. Iskk..Lawak la nengok. TAk sempat nak wat rakaman tadi. Demam nak buleh menari kot? 

 Akhir kate, kome tengok le gambo-gambo ni untuk cuci mata ek.. 
















Sama comel tak muka kitorang??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram