Followers

21 Sep 2010

Makbed Eksiden






Berlaku kejadian yang menterkejutkan!

Pagi ni rasa cam nak lewat. Bangun awal tadi. Tapi ntah la dok kelebek hamende lama sangat, tetau je dah jam 7.20 am. Cecepat aku dukung Auni masukkan dalam kereta. Sempat ke nak gi Giant Manjung nak tumpang keter Pak Hamid? Takpe la.. jalan dulu. Selesai suma tugasan, tengok jam dah pukul 7.40 am. Aku tipon Pak Hamid sebelum bertolak, dia cakap sempat gi kalau nak tumpang dia. So, aku terus la bergerak. 

 Sampai kat simpang bertraffic light aku pun ready nak brenti. Lampu kaler hijau tapi sebab ada pak polisi berhelmet kekura menjaga lalu-lintas jadi semua orang kena ikut isyarat tangan dia. Pagi-pagi sekitar 7-8 pagi memang sesak kat area umah aku nih. 

Tetiba aku nampak ada satu moto yang kelajuannya tak macam nak berhenti walaupun pak polisi berhelmet kekura menunjukkan isyarat BERHENTI. Iskk.. penunggang moto ni tak nampak kah? Aku dilaluan kiri moto tu pulak laluan tengah , sebelah kanan haku. Tapi aku masih lagi dalam posisi bersedia untuk berhenti. 

 DAAANN..... DUmmm!!! 
 
 Moto tu hentam bontot kereta Rexton berplet ZL kat depan dia. Mamat tu dah try brek tapi tak sempat. Brek tak brekfast makan. Mamat tu terbang solo melintasi hud depan kereta aku. Macam citer Mission Impossible beb! Bezanya mamat tu jatuh tertomoih kepala dulu jatuh atas jalan. Memang lansung tak hebat. Nasib baik sangat aku sempat brek emegensi. Aku dah bagi makan brek aku da. Muncung kereta aku tak mencium badan dia. Moto dia terlanggar sikit Bambam Bee. Tapi since tak de bunyi kuat aku assume Bambam Bee tak cedera.

Aku berhenti serta-merta. Terus pasang lampu kecemasan. Pastu terus kuar kereta , tengok mamat yang terpelanting depan kereta aku tu. Hah, dah dok bawah kereta aku dah! Kaki dia je la. HAHAHAHA.. Mamat tu sure pening lalat sebab dia jatuh teruk juga. Aku penah eksiden ala-ala camtu dulu. Risau gak takut tangan dia patah ke hape sebab dulu tangan aku patah wo! Aku nampak serpihan lampu pecah berselerakkan atas jalan. Ada throttle moto lak tercabut. Moto dia lak mula menitiskan air mata minyak hitam. But, moto still leh jalan gi. Kena repair sikit.  Kesian lak aku tgk dia. Aku tanya dia ok ke tak. Boleh bangun ke tak? Dia slamber je bangun. Angkat moto dia nak alih ke tepi. Oohh.. ok la tu. Aku baru nak papah tadi. HAHAHAHA.. dah rugi di situ! 

 Masa tu pak polisi berhelmet kekura jalan terkedek-kedek dengan machonya ke tempat kejadian. PAstu dia telepon sape ntah. Aku lak dok tercegat kat situ. Hmm.. tgk kereta cam hoke je. In fact, aku tak langgar orang ni pun. Aku dah lewats dah ni. Terus tipon Pak Hamid cakap kensel nak tumpang. Aku tanya la pak polisi berhelmet kekura samada aku nak stay kat situ atau dah boleh gerak. Dia suruh tunggu kejap. Nak wat repot. 

 Ohh. takpe ahh. Aku tunggu. Aku tipon Inche Kitchi tak angkat2 la pulak. Berak kot. Ado dua tiga orang yang berhenti tengok suma tanya aku dah gtau Tuan Kitchi ke belum. Aku sengih-sengih la cakap DAH. Padahal..........  . Jangan riso... Bukan aku yang terlentang atas jalan tuh.

 Pak polisi mintak pengenalan diri nak berkenalan ngan aku ke dan lesen memandu. Pehtu dia tengok muka aku ngan kereta aku lak. Aihh.. Nak cari perbandingan ke apa ni? MAybe dia tgk muka aku ngan kereta ni nak sama agaknya. PAstu dia cakap, "Akak, kereta akak Ok kan? TAkde rosak kan?"

 Aku angguk je.

 "Kalau camtu, Akak gi je lah kerja. Kang lewat lak."

 La.. suruh jalan pulak. Kalau suruh jalan awal-awal tadi kan senang. Ih..Ih..IH... Cair mekap Makbed taw. Mangsa kemalangan tu pulak rajin lak bercakap. Tak sakit ke bang? Tangan dah luka, darah mengalir. Tak perasan ke? Aku lak pantang tengok darah-darah meleleh ni. VAmpire konon. Kang aku amik kain terus aku lap kang.  Pastu dia minta maaf kat aku tanpa sebab. Dia cakap "Sori kak. Kalau saya langgar kereta akak tadi, saya minta maaf. Saya tengok kat lain tadi. Tak pasan Rexton ni brenti."

 Hee... dalam hati aku cakap kalau ko langgar kereta aku memang aku ada reason nak tuka cat kereta baru. Ngapelah ko tak tgk depan? Kalau otak ko bersepai kat tengah jalan ni camne? TAkyah minta maaf kat aku kot. Minta maaf ngan kereta kerajaan Malaysia yang ko laggar tu. HHEHEE... silap-silap kena poton gaji. Dush..Dush..Dushh..

LAst sekali aku kena drive sendiri gi kerja. Nasib baik on the way tu nampak kereta Pak Hamid kat belakang. Selamat aku dari berjalan jauh. Cakap nak kurus, tapi pemalas bersenam. *Hari ni pakai kasut tinggi la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram