Followers

21 Sep 2010

Entree Retro : Khas Buat Kawan-Kawan Pusat Panggilan berjenama TET!!!

Entree Retro. Teringat kenangan silam. Biar se'tak best' mana pun kenangan tu, ia tetap sebahagian dari diri ku. Kenangan yang lepas menjadikan kita belajar. Kenangan best untuk dikenang. Kenangan tak best untuk kita ingat, supaya tak buat lagi. 


Pemburu Malam. 


Ni gambo masa aku kijo di KL. Taknak lah citer beria tapi kalu tak citer, gambar-gambar yang sterusnya ni akan mungkin menimbulkan fitnah. Nilah dia dunia call-center berjenama tett! *sila rujuk poster kat belakang kitorang. Aku kerja shif malam. Memang selalu dishif-malam kan atas permintaan diri sendiri. Dulu memang gilo workaholic. Tak penah lekat umah. Balik umah tu untuk tido je. Ekzos belalang tempur aku tu memang sentiasa panas je la. Tak sempat sejuk, dah start balik. Keluar. 

Takde gambo ngan belalang tempur sekaligus gagal membuktikan Makbed ialah minah rempit tersohor suatu masa dulu. HAHAAHA.. 

gi kenuri kawin Azli.
Aku memang kawan ngan laki je masa ni. Bukan sebab Makbed gatai, taknak kawan ngan pompuan, bukan. Sebab dah memang kerja aku hanya dihadiri oleh laki je. Nak wat camno? Hmm.. time ni masih single rasanya. Ade gak la Abg Saiful  *rujuk gambar rekemenkan kawan dia buat kawan pakwe tapi aku wat dono je. 
Dia cakap
" Haliza, kalau awak selalu bekerja cam ni, balik bulan pun dah tinggi, bagaimana kamu nak berpakwe? Sampai bila, Haliza. Sampai bila?" 
Ayat dia memang selalu skema macam Jins Samsudin gayanya. 

Masa aku kenal Inche Kitchi, aku masih lagi bertugas di sini, bersama mereka ini. Susah dan senang, gelak dan golek-golek, terbahak-bahak atas kapet , dengan diorg lah. Tak penah aku ditch diorang sekalipun aku dah berpunya. Sebab, walau aku dah berpunye, kepunyaan aku itu jawoohhh!!!  Anyway, aku terus kenalkan Inche Kitchi kepada diorang, dan diorg kepada Inche Kitchi sebaik sahaja berpeluang berbuat demikian. Ini untuk mengelakkan berlakunya rasa cemburu dan curiga. Jadi, Inche Kitchi sudah mengetahui dan memahami setiap akar urat persahabatan aku dan memudahkan aku menjaga persahabatan aku bersama mereka itu.

acara makan besau setiap bulan , sambut besday

Walau gaji tak besar mana masa keje sini skang dah besar dah kot aku dan mereka hepi sungguh. Bila balik kerja, jika ada kelapangan semua akan spend time gi makan nasik lemak kat Kampung Baru, takpun just lepak kat McD Ampang Park. Keje shift malam adakalanya memerlukan waspada especially bila balik umah. Hohohoho... Staff pompuan shift malam ni biasanya aku ngan Miza je. Kitorang diberi keutamaan time tu. Tak sure kenapa. Dah lupa sebab! Tapi, tiap-tiap malam sebelum balik, kengkawan lain yang keje sekali ni akan check moto aku, tgk angin ado ke, kalu lampu rosak, sepak dulu bagi menyala... Lepas check , baru konvoi balik. Syukim lah yang selalu teman aku sampai ke destinasi. Faiz pun selalu gaks. Kalau tayar pancit, diorang akan tunggu sampai le settle suma, baru jalan. Kalau tak settle, diorang kena hantar balik.

Skang, banyak yang dah kawin da. Team baru dah masuk. Yang muda menggantikan yang tua lama. Ada yang dah resign, dapat better offer termasuk aku. Some of us choose to stay loyal. Dan yang stay tu dah jadi orang penting dah. Hambali dah anak 2 dah kot. Miza dan aku masing-masing ada sorang. Yang lain-lain belum dengar khabar berita lagi. 

 Entree ni untuk korang sebab aku tetiba teringat kisah dulu-dulu bila aku tengok gambo yang tertinggal dalam laptop aku yang kusimpan dari pendrive lama. Pendrive yang tak sampai 1 gig pun. HAHAHHA..


Yang ni memang takleh nak dok diam je. Selalu kena marah ngan supervisor. Tapi encik supervisor sayang kitorang.

Aku salu kena buli ngan Supervisor ... BANCUH AIR untuk diorang. Cilakak! Aku lah tea lady anggun kat sana. Tapi, aku syoq gak at least aku leh lari kejap dari menjawab panggilan tak berhenti-henti tu. Kantoikan diri sendiri. Ko nak jawab 100 panggilan selama 8 jam? 


Sebahagian kecil dari mereka yang berperanan besar dalam hidup aku.
.

Khas untuk kengkawan yang tahu siapakah diri anda...

Aku tak berpeluang nak ucap timakasih pun atas budi dan jasa anda kat aku. Apsal 'anda' ni? Mekasih sebab jaga aku time aku susah dan senang. Aley, rindu nak makan masakan ko. Syuk, ko memang dah terlampau banyak jasa sampai tak leh nak sebut dah kot jadi aku besarkan nama ko. Mekasih buat rakan-rakan lain yang pernah berkonvoi sama teman aku balik. Thanks buat Ecam yang bawak aku gi wat repot tengah-tengah malam buta sebab moto hilang kena curi kat Yap Kwan Seng. KAlaulah kengkawan takde, memang aku nangih dah. Korang memang penyeri kehidupan. Sorry sebab tak berpeluang jumpa korang lansung lepas aku decide nak pindah Lumut. Insyaallah, akan aku ziarah tempat keje korang bila ada peluang, bawak Liza Jay Junior sekali.

Wat kengkawan yang takdo gambonya, korang masih segar diingatan. Abg Azzam especially, yang banyak sagat kasi ilmu. Azlan Ghazali, Saiful Akmal, Abang Syukri , Abang Faizul, Haaziq, Fuad, Sudin, Boy , Lokman, Abang Rizal dan semua rakan-rakan yang pernah aku train dulu. Kalau ingat kat aku, ok la. Tak ingat, nak wat camno. Yang penting... Kak Watie yang telah mencari jodoh untuk aku. Semoga sihat hendaknya. Calon dia yang akhirnya layak menjadi suami. HEHE....Kak Watie je wakil call center yang dtg ke majlis kawin aku dulu. 

Kak Watie aka BENTARA GURU. Natijah memperkenalkan calon suami untuk aku ialah beliau kehilangan sweater power puff kesayangan di tangan seseorang. Opps!
 Hah... Tu ade je kawan pompuan! Gambo di atas ialah gabungan rakan TGV dan Call Center Mcd. Makbed memang suka melebarkan sayap persahabatan. Tidak tertakluk kepada rakan sekerja aje. Sapa yang dah kenal lama tu, memang tau dah. Ada yang tak suka, tapi cam biasa lah. Menda baik kann? Buat je... Dah tak pepasal Inche Kitchi terlah terpaksa menterjebakkan diri dengan rakan-rakan aku. Seb baik beliau professional. 

Oh ada rupanya gambo Kak Huda. Gambar dirakam masa upacara gathering 'peringkat cawangan' diadakan. aku ngandung masa ni 2 bulan kowt.
 Semoga kita berpeluang jumpa lagi y'alls. Miss you. Sapa-sapa yang bace tu, rasa nak print tempek kat notice board Call Center, aku izinkan. Aku sedang menggunakan kuasa blogger untuk mengingatkan kengkawan bahawa kengkawan memang senang nak cari. Memana pun ada. Tapi, kawan yang remain kekal di hati memang susah. Nak menjaga persahabatan, pun susah. As for me, you guys are still here in my heart as the way it should be. The memories are imperishable. 

 While I'm writing this, I took a chance to call my dear friend, Syukim. Call henpon dia. Aku tak expect dia angkat sebab keje CC ni kan takleh nak jawab telepon selalu. But, tetiba dia jawab plak.

 Tau tak camana dia jawab telepon?

"Call Center , HELLO?"

 Aku cam terkesima jap. Pastu aku bantai la gelak sampai berair mata dan tidak mempedulikan orang lain.

 "Apsal camtu jawabnya. Aku tepon henpon ko la. Bukannya opis!"

Dan Syuk pun jawab..
 "Ha'ah kan. Eh.. apsal ek? Aku ingatkan store McD call...." Aku leh bayangkan dia dok garu kepala time tu.

Tu dia...Sampai camtu sekali. Kerja dengan penuh penghayatan. Kalau Mak dia call pun aku pasti dia akan tersasul jawab telepon camtuh. Aku pon. HEHE...
Salam rindu dari Lumut buat kengkawan di sane. 
Liza Jay.


Liza Jay: tetiba teringat prank call yang dibuat Ecam kepada Nahar menggunakan nama WISMA CENDOL Jalan Cangkol sebagai destinasi penghantaran. Memang menderita pendarahan dalaman lepas tu gara-gara gelak tak berhenti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram