Followers

30 Sep 2010

Entree pagi-pagi. Oni demam

Entree pepagi buta!


Tengah best-best tido, jam 5 pagi aku terjaga. TErkejut berok gak la aku bila nengok Oni DUDUK sebelah aku. Diulang. DUDUK!!! 
Amende dia wat DUDUK pada jam 5 pagi when she was supposed to be sleeping?

 Inche Kitchi pun tak tido. Golek-golek sebelah Auni. Ibu Auni pun bangun dengan malasnya sambil gosot-gosot mata dan bertanya, "awat tak tidoq?"


"Auni tak sedap badan..." kata Ayah Auni dengan laloknya.
 Aku pun raba dahi Auni dalam kegelapan. HOH!! PAnas gilerr! TApi Auni tak nangih pon. MAybe hidung dia tersumbat dan tekak dia gatal sebab dia asyik dok "EHEM..HEMMMM...." dari semalam. Kesiannya anak Ibu ni. 

Mata nampak cam ngantuk je. Iskk... Aku gi dapo , amik PARACETAMOL. Memula aku amik temperature dulu. Haih, suda 39 kilogram darjah celsius. Tinggi gak ni. TApak tangan Auni pun rasa panas bila dia tepuk-tepuk pipi aku. Aduhaii.... 
Naseb baik la ko tak merengek. Dia cuma taknak tido je. 

 Maka dalam kegelapan tu, dia pun menjelajah sekitar bilik. LEpas Inche Kitchi suapkan ubat yang diluahkan selepas itu, Auni sambung golek-golek atas tilam. Dalam jam 6.00, giler sejam ko golek Auni dah mula tenyeh-tenyeh mata dah. HA, petanda yang BAGOS! 

Aku angkat dia taruk atas katil then garu-garu belakang dia. Nih memang style mujarab untuk bagi tido selain dari tepok bontot. Belajar kat sape lah ni ye. Dalam setengah jam pastu, dia pun tido - dengan mulut ternganga. Kesian.....
 PAstu, aku sms Kak Anne cakap aku maybe masuk lewat. Tidak dilupakan, Pak Hamid yang aku salu tumpang gi keje tu. JAm 9 kang, aku nak bawak dia klinik. sakit kepala aku menjadi-jadi pulak kat tengah-tengah mata , atas bhidung aku dek selsema yang tak surut-surut. Sahih Auni berjangkit dengan aku ni. Dah rasa cam majerin migrain pun ade.

 Pukul 7, aku panaskan nasik , goreng telur mata kerbau.Perah limau nipis atas nasik, boh kicap manis , lada hitam sikit then MAKAN.................... Makanan RUJI masak pregnant dulu. Sedap lak. HEHHE...Lapo giler. Semalam makan mac and cheese je.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram