Followers

25 Aug 2010

Oni Cucuk , BamBAm Bee wat hal.

Tetiba ...

 Semut Merah ajak gi umah Epi selepas melihat-lihat aku pose ngan tudung baru tadi. Sori kak. Hari ni balik awal bawak Oni cucuk. Pastu Inche Kitchi nak bawak Bambam Bee gi check sound-pitch sebab dah berapa minggu asyik karoke kat traffic light je. Belting  problem la.

 Memula tu cam ok je, leh sabar lagi Bambam Bee wat hal. Setakat bunyi sikit-sikit tu, aku buleh la handle. Sampai ke satu peringkat, start enjin je bunyinya sampai 3 minit. Dah la nyaring. Aku tau la keta tu macam aku gak - attention seeker, kan? Tapi takyah la enterprem sampai gitu. PAstu, takleh pasang ekon. Kalau on ekon je , dia pun bunyik. Maka terpaksa le aku bukak tingkap je. Kalu pepagi buleh la nak bukak tingkap, sejuk. Kalau tengahri rembang camne? Dah le balik jam 4.30pm bsepanjang Ramadhan AL-Mubarak ni. Mau tak menangis ketiak aku sementara nak sampai umah?


JAdi. Inche Kitchi telah mengorbankan gaji beliau bulan ini untuk gi repair. AKu dok umah lepas cucuk Oni. Tido berduet dengan si kecik tu. Nangih tak kena cucuk? Nangih la kejap. Ala... mana de sakit pun. Dia terkejut je. Nangih 2 saat pastu sengih2 gelak kan si misi yg cucuk dia tadi. Aku pun tak sure kenapa Oni wat cam tu. Tapi, yang paling tak bleh blah bila orang-orang kat A-10 tu puji-puji kening Oni. Ehemm.. memang le kening dia tu lebat sokmo *ikut kening sapa ntah jadi aku paham le kalau suma cam geram nak pegang muka dia.
Tapi sekali nurse yang cucuk Oni tu cakap

"muka comel budak ni. Tapi nangih cam jantan.." 


Aku cam.... AHhh... nurse ni dengki ke hape kat aku ni?  HAHAHAHAHHAHAHA


Berat terkini Oni ialah 8.7 kilo. Berat terkini Ibu Oni ialah 57 kilo. HAAh? Gemok lagi ni. Nak turun lagi 3 kilo lagi. Tapi, Kak Barirah kata aku kurus dah compared to 'the days' before. Good to hear that. Aku cuma lambat kurus. Kalau nak gemok senang aja.


makbed: apsal ngan webbie GENGBLOGGER? Takleh nak masuk la... Camne ni?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram