Followers

9 Aug 2010

Nasi Goreng Ala-Ala Kak Ropi


Resepi seterusnya ini memang menjadi pilihan aku kerana aku memang sgt suka PEDAS. Dah lama aku amalkan buat sejak duduk rumah bujang lagi. Khasiat nasik goreng ni, boleh menggalakkan si pemakannya kurus dan dalam masa yang sama boleh menggemokkan kalau makan terlampau banyak. Makanan pape pun camtu kan? Keburukan resepi ni ialah..... Bila start makan, susah nak berhenti pulak!


 Cam biasa, rato untuk 2 orang.

 Bahan-bahan:

 Cili api 12 biji
 Bawang putih 8 - 10 ulas
 Halia - beso ibu jari
 Lada hitan - satu sudu kecik
 garam secukupnya
Nasi 2 dimasak sebanyak 2 pot




Cara-cara masak...  Tumbuk semua halia, bawang putih, cili api dan lada hitam sampai lumat. Kemudian, tumiskan. Pastu, masukkan le nasi. Pastu, boh garam.


Kali ni, nasik goreng aku makan ngan ikan goreng.   

Buleh makan dengan ayam goreng, ikan goreng , pedal goreng... Ataupun kalu rajin boleh masak daging masak kicap. Tu la pasangan terbaek utk nasi goreng ni.

Assistant saya yang sgt suka main tong sampah

  Gambar di atas tidak termasuk dalam bahan resepi. Saja je aku snap sebab dia sgt teruja bila boleh berjalan di dapur. Al-maklumlah, baru ada skill berjalan. Semua tempat dia nak pegi. Ce tgk wajah beliau~


Camni le rupa nasik goreng tu





Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram