Followers

6 Aug 2010

Lauk Sardin Tidak Lagi Boring jika.......

Tak pernah gagal sehari pun G-Talk ngan bebudak nih : Xima dan Patenko. Tapi, hari ni aku tak nampak Patenko online. Busy ngan kijo agaknya. So, aku continue borak ngan Xima. Biasa.. Girl Talk... Macam citer Lipstick Jungle tu.MySpaceDah tengahari, gi makan pulak. Habih waktu lunch kang, sambung balik.

HAri ni aku tak gi lunch. Kak Ann nak kuar makan nasik ayam kat Pantai Remis dengan Kak Yati. Muka cam teringin sangat nak makan nasik ayam tu. Ada 'pape' ke Kak Ann??  HEHHEEHE.... manalah tau tetiba 'mengandungi' lak kang. So, aku tak gi Club House menikmati nasi minyak RM 2 seperti kebiasaan. Try to cut the incoming fat sehabis boleh. Yeahhhaa. Akan tetapi, aku suruh beliau tapaukan untuk aku nasi ayam sebungkus.

 Nasi ayam lagi rendah kalori daripada Nasi Minyak , OK~MySpace

Semalam, Xima sibuk-sibuk pening kepala nak makan apa untuk berbuka. Tetiba dia cakap nak makan sardin. Ayat penyata beliau membayangkan yang makan sardin itu sungguh bosan dan biasa saja. So, I thought her how to make the best sardine ever considering yesterday was the LAST day dia bayar posa ganti dia. KIKIKII... oppss.. terbocor rasia lakk..

The result turned out good as I found an acknowledgement in her FB status thanking for the recipe I gave earlier. Waa... siap dedicate satu page dalam blog beliau lagi. HAHAHA... Timaseh. Nak baca? Sila picit - PICIT SINI KALAU ANDA SUKA MAKBED . Kawan saya ni baik orangnya. Sangat cute. Belom kawin lagi. Tengah mencari. Berminat? Sila hubungi saya. Patenko? Owhh.. dia dah ada orang yang punya. Jadi, takleh le promot kat sini.

Di bawah, aku paparkan resepi rahsia seterusnya untuk tatapan Xima, manalah tau kot-kot ko nak masak lagi and resepi yang ko tulis tu ilang ke kan? Kawan-kawan lain nak cilok pun boleh. Resepi Makbed ini mudah diaplikasi sebab aku berpengalaman menjadi orang malas tapi selera hebat je sepanjang masa. Sebab tu la ia Mudah, Senang dan Menyelerakan.

 Bahan:

 1 tin kecik sardin. (ini ratio untuk 1 tin kecik ye. Sbb aku ni 'bujang' lagi) Asingkan ikan dan kuahnya
 10 biji cili kering (blender)
 1 biji bawang merah besar (blender) 
 Air asam jawa setengah mangkuk
 1 biji bawang merah besar (lagi skali) ini untuk ditumis

Cara-cara:

Blender cili kering sama itu bawang merah sebijik. Kendian, panaskan minyak.Tumiskan bawang yang dihiris tadi sampai wangi dan seterusnya masukkan ikan sardin yang diasingkan. Goreng sikit. ini bertujuan untuk menghilangkan hanyir ikan sardin tu. Lepas tu, masukkan le cili yang diblender tadi. Masak sampai naik minyak. Kalau nak lagi cantik, minyak tumisan tu kasi lebih. Masukkan air asam jawa. Lepas dah naik minyak tu, baru lah boh kuah sardin. Masak sekejap. Jangan lupa garam dan sedikit gula.  Daaannnnnn.... siapppp!~

Klik untuk lihat gambar.




Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram