Followers

14 Aug 2010

Gulai Lemak Tempoyak ... berjaye!

Hari tu teringin sangat nak makan gulai lemak tempoyak. Semalam, aku gi PARAM kat stadium, aku terserempak terjumpak dengan tempoyak. Uiii... sonok sungguh! RM5 sebekas. Bekas kecik je.... Tapi takpe la. Janji lepas teringin nak makan.


So, hari ni aku tak mahu beli-beli makanan. Sabtu - maknanya masa ada banyak untuk menyediakan juadah berbuka untuk Inche Kitchi tersayang. Jadi inilah lauk yang berjaya aku sediakan...


Udang goreng kunyit, ikan goreng, sambal minang kak ropi dann... gulai ikan masak lemak tempoyak!


Seingat aku, aku tak penah buat masak lemak tempoyak lagi. Aku anggap hari ini ialah kali pertama aku menchoba-jaya resepi masak lemak ni. TAkde susah. Sama macam masak lemak lain, cuma boh tempoyak je.


Jangan buang masa. Lets's check on the how-to.

 Bahan-bahan:
  • cili api 15 biji 
  • halia 1 inci
  •  bawang merah beso 1 biji
  •  serbuk kunyit 2 sudu kecik. (nak lebih pun takpo)
  •  ikan kembong 2 ekor
  • serai sebatang (ketuk)
  • daun kunyit (simpul)
  •  asam keping 2 keping
  •  santan cair setengah mangkuk
  •  santan pekat setengah mangkuk
  • tempoyak 4 sudu

Cara-caranya:

  1. Blender cili api, bawang, halia dan serbuk kunyit. Kemudian panaskan api dan rebuskannya dalam periuk. Tak payah minyak yee...
  2.  Masukkan serai dan daun kunyit.
  3.  Masukkan santan cair, tempoyak dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih sedikit.
  4.  Masukkan ikan.
  5. Pastu masukkan santan pekat. KAcau-kacau jangan sampai mendidih. 
  6.  GAram secukupnya.
tips: tempoyak tu bancuh dengan air pun boleh kalau taknak pekat. Makbed suka pekat-pekat gitu...


 Tak sangka jadi pulak masakanku. Inche Kitchi kata SEDAP! Haahhaa.. berjaya. Tapi, cam biasa. Dia tak tambah. AKu yang tambah lebih dari sekali.

 
makbed : Auni jatuh hari ni. Kerusi tertimpa beliau. Natijah terlalu rakus berjalan keliling meja makan sambil berpaut kat kerusi.




Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram