Followers

1 Aug 2010

The Choba Jaya Saga : Daging Masak Kicap Pedas

Sambil2 tengok Madagascar 2, blog ini aku hapdet. Takde apa nak tulih pun. Just nak share resepi yang aku masak tadi. Hari tu aku 'perturunkan' ilmu resepi ni kat Kak Farz. Tetiba je dia teringin nak makan daging masak kicap resepi orang lain , selain dari resepi dia. So, aku bagi resepi aku. Dia cakap sedap plak. Bagos..bagos... Disebabkan telah dipuji kesedapannya, maka aku abadikan di sini untuk tatapan aku bila terasa nak masak resepi ni sekali lagi nanti.

 ~sakit gigi ni..~


Cam biasa.. Ratio untuk 2-3 orang (bukan 23 orang tau!)

Tajuk Resepi : Daging Masak Kicap Pedas

Bahan2nya:

400gm daging tanpa tulang. Batang pinang pun boleh. Hiris nipis.
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis (makbed tak suka boh menda ni kalau masak sikit-sikit. bau kuat)
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar) untuk hiasan


Cara-cara
Blender bawang merah, bawang putih dan halia sampai hancur. Kendian, tumis bersama cili kering yang diblender tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang. Tunggu sampai garing. Lepas tu, masukkan kicap manis dan kicap pekat. Biarkan sampai mendidih sikit, pastu boh daging dan air. PAstikan daging tenggelam. kalau tak tenggelam tambah air. (Makbed suka tambah air asam jawa sikit bagi tambah rasa) Masak sampai kuah kering. Nak kuah lebih, tambah air la ye. Lepas tu boh garam dan gula secukup rasa. LAst sekali, baru boh bawang yang dihiris kasar tu. Biasa pakai bawang kuning. Kalau tak nak bawang, boh daun bawang pun buleh...

 Dah siap. Leh makan ngan nasik panas2.

Daging Masak Kicap Pedas

Hmm.. aku suka bawang, but Inche Kitchi tak suka bawang. Nak wat camno ye dak. TApi, masakan ni tak gagal. Sedap katenye. Cube la. Senang aje.


Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram