Followers

13 Jul 2010

Telinga aku kena harasmen!

Huu...

 Apa perasaan korang kalau rakan sekerja korang yang umurnya baya bapak korang je membahasakan dirinya 'abang' dengan anda ketika berkomunikasi?

 Dan apakah perasaan anda semua jika orang yang membahasakan dirinya 'abang' tersebut mempunyai anak yang hampir sama umur dengan anda, dan bekerja di syarikat yang sama dengan anda dan anak orang tu pulak panggil anda 'kakak'?

 Ohh.. tidak.Tidak. Aku tak rela. Tapi, aku masih berada dalam dillema. Camanalah aku nak gitau beliau yang layak dipanggil 'pakcik' tu supaya sedar yang aku sangat tak selesa bila dia bahasakan diri dia sedemikian.

camni ke ko nak panggil 'abang'?
 Gelimat! (pinjam ayat Fatin)

 Susah betui kalu nak bercakap dengan dia. Walaupun aku dah habih berbudi bahasa ngan dia, aku panggil dia 'ENCIK' lagi tau. Tapi dia masih sangat suka membahasakan dirinya 'abang'.

 Macam tadi. Dia datang kat aku pesan:

"Liza, kalau diorang nanti sudah habis meeting, call abang ye. kalau tak dapat call extension, call henpon abang pun buleh."

 Ada beza tak kalau dia cakap macam ni:

 "Liza, kalau diorang nanti sudah habis meeting, call saya ye. kalau tak dapat call extension, call henpon saya pun boleh."

 Dapat rasa perbezaan nya? Ade kan? Kan?

 Tu baru sikit tu. Belum lagi dia duduk melente kat tempat aku lagi. Kejab-kejab tanya aku asal mana. Mak orang mana. Ayah orang mana. Laki aku sapa. Penting sangat ke semua soalan tu untuk dia? Apekah dia mahu meminang aku jadi menantu dia? Oppss.... Blekros dah kawin. HAHAHAA. Atau, adakah dia mahu meminang ku untuk dirinya sendiri? Ohh.. NO NO NO.... I don't like. I want Jasper Hale only ok. Saya mo Jacob tapi Jacob sangat muda lagi. Saya tak mau kanak-kanak riang~ 

 Hmm... Blekros nak namakan beliau ini Mr. Safety. HAha.. ada la kena mengena ngan kijo dia tu. By the way, to Mr. Safety, anda sangat menggelikan. Bukan rupa anda menggelikan, tapi cara anda bercakap dengan saya akan menggelikan. Sila jangan datang tempat saya selalu walaupun sekadar nak pinjam kelip kertas. Takpe, amik le kelip kertas tu terus. Aku ada banyak lagi. Just, STAY AWAY FROM MY DESK!!!

muka ketat blekros ketika kejadian





notakaki: blekros memang selalu kena harasmen.
Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram