Followers

14 Jul 2010

SUP SUHUN & FUCUK (bace betui2.)

Mode : Bersedia untuk mentekedarah.

 Susah juga aku nak puasa especially bila aku ni jenis orang yang mencari kopi di pagi hari. Pepagi tadi punya la aku ni ngantuk rasa nak tido berirama je kat situ. Tapi, aku bernasib baik kerana mulai hari ini aku tidak perlu drive ke pejabat. Save cost! Perjalanan 60 kilometer pergibalik tu telah diselamatkan oleh Pak Hamid. Yehh... ! Maka bulehlah aku  tido di dalam kereta sebaik sahaja naik kereta beliau.

 Best dapat gi kerja berjemaah atau lebih dikenali sebagai 'car pool'. Kat KL kan ada kempen berkongsi kereta. Kat LPP pun ada jugak. Aku tinggal kereta kat opis lama aku (nasirmaju) then Pak Hamid jemput. Sudah tentulah banyak kebaikan bila boleh tumpang kereta orang ni. salah satunya, jimat minyak sebab leh share. Keduanya, aku takyah menapak masuk ke dalam lagi since kereta aku tak layak mendapat sticker. *Demm.

 Buleh pakai kasut tinggi balik!!!

 Hari Makbed bermula dengan ceria tatkala aku ternampak nama Patenko terjojol kat 'saluran khas' chatting yang aku khaskan untuk beliau. Takdelah aku bosan sepanjang hari. Kalau dia takde, memang aku dah meleleh air liur dah atas meja reception nih. Tu la dia kawan aku sorang yang maintain ceria , cool dan maveles. Aku dah selalu citer pasal dia. Kan citer lelebih kata aku lesbo lak. Bukan buleh... Ado orang jeles kott?? Dia ialah kawan yang jauh,tapi terasa cam dekat je. Hari-hari buleh gelak-jarak-jauh.

 Dan yang penting, hari ni hari yang menggembirakan untuk dia. Aku belum boleh tulis kat sini lagi. Tunggu tuan punya badan confirmkan dulu. Papepun, Makbed dah hepi . Restuku bersamamu. Cewahhss..

Petang ni aku nak masak untuk berbuka. Boleh simpan sampai sahur esok. Dah ada resepi dah dalam kepala. Thanks to Adira Cinderella yang sibuk2 tanya nak masak apa masa lunch hari n. Ada orang suggest kepada beliau masak sup suhun dan fucuk. Hmm... mudah je. Tapi Adira taktau camne nak masak. Iskk... senang je chek.... Mai sini Makbed tunjukkan cecaranya.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  •  satu bungkus suhun dan fucuk.( kalau nak boh 2 pun buleh. tapi aku wat ni untuk 2 orang makan. so sila rujuk perut masing-masing. timasih....) Rendam dalam air panas sampai lembik.
  •  1 ulas bawang merah yang besar gabak tu. (aku suka pakai bawang ni senang nak kupas..) 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1 biji cili merah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (aku suka blackpepper.kalau tak suka takyah boh)
  • garam secukup rasa
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya (ko nak wat sup kan?)
Cara-cara nak masak pulak senang je. Tumis bawang merah,bawang putih dan cili merah yang telah dihiris. Kendian, masukkan air secukupnya. Agak2 nak buat kuah la ye. Selepas tu, masukkan ubi kentang. Rebus sampai lembut. Then masukkan kiub pati ayam, lada hitam dan garam. Last sekali baru masukkan suhun dan fucuk. KAcau-kacau bagi sebati. Dah mendidih, tutup api.

 Sedap dimakan dengan nasik panas. Goreng ikan masin *ada ikan bulu ayam kat umah!. Sedap...

 Orang bujang dan anak dara baru belajar masak / pemalas nak masak pun buleh cuba. Senang giler....

Nak tengok gambo sila klik sini : Sup Suhun   (pic courtesy of Cik Nannie) *malas nak upload







Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram