Followers

16 Jul 2010

Rumah Semak Woooo...!


Depa 2 orang ni kalu tido musti sama pose. *moshkel!

Camnilah kalau dah jadi ibu kepada baby yang berusia 10 bulan lebih. Auni ngan Ayah Auni dah selamat 'belayar' tapi Ibu Auni takleh tido lagi. Aku tengok je dua-dua beranak ni tido. Alalalala... Tadi kemain agresif lagi tapi skang dah jadi innocent lak.

 Rumah aku nak macam Petaling Street dah ni. Baju sangkut-sangkut je atas sofa, thanks to Ayah Auni yang sangat 'rajin'. Hmm.. Tadi pi shopping barang dapur, plastik just longgok kat tepi dapur je. Tak kemas pun lagi. Aduhai... Aku baru nak ngemas rumah, mai la pulak sorang lagi - si kenit mula mencapai itu dan ini, punggah suma barang yang aku kemas. Skang dah makin mengada-ngada si Auni ni. Kalau dia rasa nak nangih, dia bantai nangih slamber je macam kena rotan padahal takde pape pun yang berlaku kat dia. Dia ni mmg pandai berlakon! Nanti ada audition , Ibu heret ko gi sana OK? Ibu kata nangih, ko nangih.PAHAM?

 Harap-harap Jumaat petang esok aku buleh la ngemas apa yang patut. Harap-harap Inche Kitchi aka Ayah Auni pun boleh bekerjasama. Dapat mop lantai pun dah ok dah *sebab Makbed malas mop.Pepagi subuh , aku bangun sahur boleh basuh baju sekali. Sebelum gi kijo dah bleh sidai.

 Ruang tamu jangan cakap ape dah. Jangan le ada orang nak datang minggu ni. Dah semak! Auni lak skang dah ada talent baru. Dah boleh panjat dan turun kerusi. So, she'll try to do anything ( I mean anything) to grab things. Dulu, aku boh kasut dalam umah, dia dah makan kasut. Skang, kasut dah taruk luar. Dah tu, main kotak kasut pulak. Habih dia longgok-longgok kotak kasut aku atas lantai. Adehh.... Ibu letih daaa.

Nak lipat baju, iron baju... Kemas rumah (dah le banyak ruang nak kemas), masak ... semua tu kena buat sambil entertain Auni. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... Sapa nk tolong kemas rumah saya?

"SAYEEE!!!" kata Auni.


Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram