Followers

23 Jul 2010

Nasi Minyak Rm2

Semalam aku telah berjaya merialisasikan impian nak makan kuah durian cicah roti. Haa... Senang je nak masaknya.

 Bahan: 
  
 Durian -15 ulas
 Santan kotak - 1 setengah kotak + 4 kotak air  (lebih pun boleh)
 Gula secukupnya
Garam secukupnya (kurang sikit dari gula)

 Cara-caranya :
 Satukan semua dan rebus sampai masak. Anda akan tau dia masak bila kuahnya semakin pekat dan bau nya semakin sedap. Nyummy.....

Dah siap dah ni...  
 Tetiba je , Inche Kitchi kata dia tak makan kuah durian version ni. Dia nak makan yang ada kacang hijau tu. Huuu.... Awat la tak habaq awai-awai? Ni sapa nak makan banyak-banyak ni?

#
 #

 #

 Jangan risau..... Akan ada je orang yang nak. 

Sedia untuk diedarkan kepada 'kumpulan suami-suami terbiar c14-101" dan juga kepada baby sitter Auni.   

Sedap wooo... Pagi tadi aku bawak bakinya ke opis. Kak Yati kata, aku punya kuah manis melecas. HAHAHAAA... first trial la kak. Nanti saya cuba lagi. Jangan risau, durian banyak lagi ni!

 Menu hari ni di Clubhouse : Nasi minya. YUMMY!

Nasik minyak RM2  

My lunch team members for today are Kak As, Kak Ann, Kak Yati dan Rozie. Hari ni lak Jumaat yang riang. Guys takde suma gi solat. Boleh la gelak deras-deras!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram