Followers

21 Jul 2010

Nak kurangkan kalori? Meh Meh...

Memandangkan aku sedang bertungkus-lumus mahu menguruskan badan, jadi sambil-sambil aku bergurau-senda secara online dengan Patenko dan Zimako, aku buat sedikit research berkenaan kalori. Adalah penting untuk kita mengenali apakah kalori itu dan bagaimana ia boleh menjadi PENTING dalam usaha mendapatkan berat badan ideal.

 Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Tenaga penting dalam kehidupan seharian dan sumber-sumber tenaga boleh didapati dalam semua jenis makanan berbentuk karbohidrat, protein dan lemak.

 Tok sah cakap pasal makanan yang mengandungi kalori. Semua makanan ada bilangan kalori tertentu. Kalau anda memilih untuk makan nasik beriyani ayam sepinggan, anda sudah mendapat lebih kurang 880 kalori. Tu belum masuk acar timun, atau begedil dan air sirap. Dalam satu hari kita memerlukan hanya 1600 kalori (ikut keperluan penulis yang tidak begitu aktif ni) sahaja. Belum lagi dinner. Kalau aku sibuk-sibuk ceritakan tentang jumlah kalori untuk setiap makanan, maka lepas ni semua orang tak nak makan. Takpun, lepas makan semua orang pakat dok pegang kalkulator, busy counting how much calories taken after the meal.

 Jadi, aku just nak tulis benda yang positif dan tak menakutkan aje. Macam mana nak hilangkan kalori dengan mudah? Yeah... semua orang tau kalau nak hilangkan kalori cepat , kena rajin-rajinkan diri bergerak ke sana ke mari. Berlari adalah penghilang kalori terbanyak. Lari sampai semput boleh menghilang paling sikit 700 kalori. Atau kalu tak suka lari, belilah skipping rope. Lompat-lompat. Bagi yang nak menurunkan berat badan, pembakaran kalori mestilah lebih daripada pengambilan.

 Ada tak cara lain nak hilangkan kalori?

Semestinya ada... Tak semestinya kena bersenam je baru hilang kalori. Kalori boleh dihilangkan tanpa sedar bila kita mengemas rumah, menyental lantai, mengutip bebarang mainan anak yang bersepah, memasak... dan suprisingly sleeping also burns calories. Membaca pun buleh jugak.

 Tidur dalam keadaan lapar. Biasanya kita makan malam seawal yang boleh, dan bila menjelang malam kita dah lapar. Daripada anda makan makan berat di malam hari, ataupun makan jajan sebelum tidur kononnya nak lapik perut, lebih baik biarkan je perut tu kosong. Bagi rehat. Sebab masa tidur, sistem penghadaman kita kurang bekerja, tapi masih menjalankan proses pembakaran kalori. Bila makanan tak ada untuk diproses, kalori daripada lemak-lemak lak akan diproses. Jadi, bila bangun esok, lemak pasti akan berkurangan sedikit.

 Minum banyak air pada siang hari. Ia membantu membakar kalori lebih cepat.

 Gedik-gedik Tuzki Bunny EmoticonSapa yang ada tabiat gedik-gedikkan kaki, bergendang kat meja ataupun kunyah singgam (gula-gula getah) , BOLEH JUGA MENGHILANGKAN KALORI. Gedik-gedik ye adik-adik. Bukan GEDIK. Gedik tu takleh hilang kalori. Menda lain yg hilang kang~


 GELAK. Boleh hilang kalori jugak. FYI, tengok cerita komedi boleh hilangkan kalori 20% lebih banyak daripada tengok drama sedih-sedih *tak sure kalau tengok horror movie mendapat kesan yang sama atau tak. Zimako kata dia dah kurus sebab sebulan ni asyik gelak je.
MySpace

 Makan makanan pedas. Makanan pedas boleh membakar kalori lebih cepat dari makanan tak pedas 

 Tambahkan protein dalam makanan. Protein membina otot. Lebih banyak otot terbina, lebih banyak pembakaran kalori berlaku.

















Tuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny Emoticon semua gerakan berikut boleh menghilangkan kalori.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram