Followers

19 Jul 2010

Makbed vs Oni-chan : 1st Attempt

Oleh kerana aku dah semakin bingung dengan kegemaran Auni yang suka kutip barang atas lantai dan kemudiannya memasukkan ke dalam mulut beliau, aku pun bertanyakan kepada seorang rakan yang berpengalaman serupa. Bukan apa, aku rasa macam dah kronik kot sampaikan stokin ayah dia pun dia mamah selamba je. Bukan itu saja ye murid-murid, tikar lap kaki pun dia cuba nak rasa sedap ke tak. Aku rasa aku dah bagi makan secukupnya dah.

 Ada yang suruh bagi dia makan cili api. Sebab budak kecik ni biasanya cepat serik. Kemudian, ada yang mengusulkan idea yang lebih ringan. Antaranya: bagi je kulit kayu manis, cengkih atau pun letak je cili sos atas tangan dia, bagi dia jamah sendiri. Hmm... it makes sense jugak.

 Dengan semangat aku yang berkobar-kobar , mahu menghentikan tabiat Auni tang ntah hape-hape tu, maka aku pun bawak kereta laju-laju supaya segera sampai ke rumah.Tuzki Bunny Emoticon
My first attempt:: Kulit Kayu Manis

 Aku letakkan sebatang kulit kayu manis atas tikar kat hall, buat-buat macam tertinggal la kan. Nampak-nampak je ada sesuatu dia atas lantai, berdesup Auni mendapatkan 'menda' tu. Terus letak dalam mulut beliau.

 Kali pertama, dia buat muka tak sedap. Berkerut-kerut kening dia. Aku pun daalam hati rasa "haaa.... best tak kulit kayu manis tu? padan muko kamu...." sambil tersenyum bangga.Tuzki Bunny Emoticon

 Rupa-rupanya sangkaan aku salah.

 Auni buleh pulak suka nyonyot kulit kayu manis tu. Slamber je dia buat menda tu cam curut. Siap tayang kat aku lagi. Mak aihhh~ Sedap ke Auni?Tuzki Bunny Emoticon
 Camne la....

 Nampaknya ibu tewas 0-1. Auni menang.

 Pastu, aku try dengan cengkih lak. Cubaan kedua.

 Sama jugak. Auni gigit-gigit, buat muka herot... tapi kendian dia tersenyum gembira sambil mengunyah cengkih terbabit. Atoyaaaiiiii...~

Auni menang lagi.... 2-0.
Tuzki Bunny Emoticon

Inche Kitchi dah gelak-gelak dah.

Takpe..takpe... Nanti Ibu pikirkan cara lain lak. Sesapa .... ada idea tak? Tolonnnn......



Glitterfy.com - Twilight Glitter Graphics
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram