Followers

21 Jul 2010

Kenangan Ramadhan Bersama Ben Ashaari



Menarik gak idea Encik Ben - berkongsi cerita tentang kenangan di bulan puasa. Oleh kerana aku ialah pengikut tegar blog beliau, mana boleh tak share. Kengkawan, this is my story...

Dalam banyak Ramadhan, Ramadhan tahun 2009 iaitu tahun lepas merupakan Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup aku. Ramadhan yang lain dari yang lain. Ramadhan yang penuh ujian.

Ujian bermula seja hari pertama puasa lagi. Aku yang masa tu hamil anak pertama punyalah berkobar-kobar mahu berpuasa dengan kondisi keadaan aku yang dah nak due date tu. Teringin nak rasa bagaimana berpuasa ketika hamil. Kebetulan, keluarga aku dari Kedah datang menziarah aku di Lumut dan Abah bawakan aku udang besar tapak tangan aku, penuh satu kotak aiskrim! Kata Abah, boleh la makan untuk berbuka nanti. Lagipun Abah aku bimbang aku terbersalin awal, tak sempat nak makan udang besar.

 Aku gelakkan Abah sebab kebimbangannya tu. Due date lambat lagi. 4 September. Sempat la puasa penuh 2 minggu tu. Aku gembira bangat, sebab hari pertama puasa disambut dengan keluarga. Sahur pulak Mak sediakan. Nasi panas-panas, bersama kari udang. Sedap baunya.... Berselera sungguh aku makan. Walaupun perut aku yang buncit tu terasa keras sikit, pinggang rasa macam nak patah dua, aku makan jugak dengan rakus.

 Lepas solat Subuh, aku baring. Sakit pulak pinggang. Aku wat derk je. Sampai jam 10am, aku masih kompius-konpius dengan kesakitan yang aku alami. Tu pun, takde rasa nak berbuka. Mak cakap muka aku merah padam. "Nak beranak ke?" dia tanya.

 Ntah... tak rasa pape pun. Rasa sakit je. TAkde pun air ketuban atau darah keluar. Aku duduk je menahan sakit sambil main facebook. Kendian, sesaja je aku chatting ngan satu akak ni, gitau simptom-simptom yang aku sedang alami ketika itu. Terus je aku kena marah! Dia suruh aku pi spital.


Aku still tak caya yang aku dah nak bersalin. Tapi, suami bawak je aku gi hospital. Sesampainya kat sana, misi tu tanya aku puasa ke tak. Dengan bangganya aku cakap aku puasa. Dan dengan segala hormatnya aku dipersilakan untuk berbuka.

"Satgi nak 'seluk', kompem batal dik," kata misi.

 Aku frust. Cita-cita aku nak puasa terkantoi di tengah jalan. Sekali, dah bukak 3 cm. Terus tak boley balik. HAaa.... Aku masih tak caye aku nak bersalin. Cepat la pulak.

Jam 5pm, aku dah kat bilik bersalin. Jam 6pm, dah ready nak meneran. Siap diberi pesanan penaja oleh MA.. "kak, teran dengan penuh semangat tau. Kitorang nak bukak posa. Belum pegi pasar ramadhan lagi nih..." katanya sambil sengih.

 Aku yang tak mampu nak cakap lagi cuma bagi respon ibu jari je, tandanya OK!

 Huh.... sungguh 'lazat' sekali penangan bersalin di bulan puasa. Dah le tak makan banyak sebelum tu. NAsib baik aku sempat bedal telur ayam kampung + madu sebelum ke bilik bersalin. Ada la sikit sumber tenaga.

 Alhamdulillah.... tepat jam 6.30pm, Auni Alwani pun lahir. Dan, dengan itu bermulalah kenangan ter'manis' dalam hidup aku.... berpantang di bulan Ramadhan. Yaa... best sbb buleh makan time orang lain takleh makan, tapi tak best sebab boring gila..... Yang pasti, aku dah jadi tukang rahsia kuih mak aku dah time tu.

 Dan, sekarang aku dengan gigihnya sedang mengqada puasa tu balik.


haaa...gambar kenang-kenangan ni.




Glitterfy.com - Twilight Glitter Graphics
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram