Followers

15 Feb 2010

PAJERI NENAS RESEPI MAK

Dah lama nak buat pajeri tapi selalu tertangguh. Bored of eating ayam je... so I think now it's time to try something different.

Kebetulan, aku berjaya 'merembat' setengah biji nanas dari umah mak aku. Jaid, apa tunggu lagi. This is my next CHOBA JAYA RECIPE...!

Bahan: (cam biasa, makan untuk 2 org ye!)

setengah biji nanas
satu sudu udang kering
satu pek rempah kari daging
sebijik bawang merah besar (bawang untuk org pemalas mcm saya)
2 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
setengah mangkuk santan pekat
garam dan gula.
kerisik

cecaranya:
tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buunga lawang dan cengkih dalam minyak. Dah naik bau, boh rempah yg sudah dibancur dengan secawan air. KAcau rempah sehingga naik minyak, pastu boh nenas. Kacau rata. Kalau nak kuah banayk, tambah air. Tapi, seeloknya pajeri dibiar pekat. Bila neneas tu dah layu2 sikit, masukkan santan. Kacau2 sebati kemudian masukkan garam 2 sudu kfc dan gula dalam 5 camca besar. Gula lebih sbb nak bagi rasa manis dan lemak. Akhir skali, masukkan kerisik.

Dah siap pajeri. Senang aje rupanya. Ada yg guna rempah ikan, tapi aku suka rempah daging. Bila makan je, aku ingat mak sbb rasanya sama. Pajeri ni sedap dimakan dengan telur masin atau ikan masin. Terangkat beb!

Cubalah resepi ni, kerana ianya akan membuatkan suami anda lebih sygkan anda.

Ala... cuba je.

Bukan aku mintak duit royalti pun .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram