Followers

22 Nov 2009

Auni 3 bulan

Hai bloggers...

Dah lama aku tak conteng-conteng dalam ni. Aku agak sibuk kebelakangan ni. Bayangkan rumah pun tidak berkemas, baju pun sudah seminggu menggunung tidak berbasuh. Semalam aku basuh sedikit demi sedikit dan masalah aku sekarang ialah aku sangatlah malas nak lipat baju yg dah dibasuh tu.

Hari ini Auni sedah genap 3 bulan usianya. Aku agak risau sebab Auni ada kebiasaan buang air besar dengan kekerapan 2 hari sekali. Diulang, 2 HARI SEKALI sahaja! Aku tak rasa hal itu normal tapi bila aku rujuk doktor dia cakap tiada apa yang perlu dirisaukan. Auni tak menangis pun, masih kekal ceria dan minum susu seperti biasa.

Cuma tadi aku di'kejut'kan dengan hasil buangannya yang berwarna kelabu taik hanjing pula. Masa Auni genap 2 bulan dulu, macam tu juga warna najisnya - kelabu kehijauan. Tapi, kali ni kelabu totally kelabu. Kata orang tua, najis bertukar bulan. Haih, macam kelakar pula bunyinya. Sambut besday je, taik tukar kaler? Macam tu ye.....?

Tinggal 2 minggu sahaja lagi tempoh aku akan berada di syarikat. Selepas ini, aku akan tinggal bersama suami. Gembira bercampur sedih. Namun aku yakin ada rezeki aku bekerja di sana nanti. Tiada apa yang tinggal buatku di bumi KL ni. Aku kini dah ada Auni. Tak sanggup rasanya membiarkan Auni membesar tidak terurus. Berjauhan dengan suami ni susah sebenarnya apatah lagi aku tiada siapa di sini yg membantu. Ibu bapa bekerja, sama juga dengan mertuaku. Minggu ni hubby balik menjengok kami berdua. Suka betul Auni bila bersama Ayahnya. Hubby pun tergelak-gelak melihat keletah Auni yang suka membebel tanpa sebab walaupun matanya sudah hampir terpejam.

Auni sudah pandai bermain dengan jari. Jari-jemarinya yang halus tu disumbat dalam mulut seolah-olah jari2 tu sangat sedap. Pantang melihat rambut ibu terurai tidak terurus, dia akan tarik. Suaranya makin nyaring dan Ibu sudah tau bezakan tangisan lapar dengan tangisan mengada-ngadanya. Waktu tidurnya pun lebih teratur dan jarang terjaga. Semoga berterusan begitu sehingga di Lumut nanti.

Apa nak buat bila di Lumut nanti?

Aku tetap dengan perancangan asal, mahu bekerja. Aku tidak memilih kerja sangat. Boleh saja kerja di McDonald Manjung kalau dah tiada sangat jawatan kerani di sana. Takpun, aku boleh bekerja di wayang kat Setiawan tu. Hahah... tu memang dah kepakaran aku kot? Hakikatnya, aku tak kisah sangat. Janji aku boleh mengisi masa aku dengan kerja dalam masa yang sama mengisi poket aku sendiri. Lagipun aku ada loan yang perlu dibayar setiap bulan.

Masa aku hantar hubby pulang, dia sempat pesan. "Nanti bila di sana nanti, kawan lah dengan bini si Bidik. Kesian pula tgk dia sorang2 di blok. HAri2 nampak berjalan kaki ke rumah Wana tengahari panas-panas tu."

Hmm........
Masa aku dalam tempoh berpantang di Lumut, Ida dan Wana kerap juga datang menjenguk. Kak Farz lagi awal datang bila Auni berusia sehari. Maaflah aku kurang arif tentang pangkat suami-suami mereka, tetapi nama-nama yg disebut ni semuanya isteri-isteri navy. Tak lama lagi, aku bakal jadi penghuni tetap Kem TLDM Lumut dan menyertai mereka. Chaiyok!!!

Pengalam baru bakal tiba. It's good though. At least I have new stuff to write in here for you guys to read.

Wana baru 'diisytiharkan' hamil. Epi pun hamil anak kedua. Wah wah.... seronok nya. Siapa pulak nak pregnant lepas ni. Ida Kurau, bila lagi?

3 Nov 2009

Oni-chan demam

Malam Hubby tinggalkan kami dan dia pulang ke Lumut, Auni meragam. Dia mula menangis selepas Magrib sehingga jam 9 malam. Dia tak mahu lansung diletak, hanya nak dipangku dan didodoi. Mata mahu tutup tapi ditahan, tak mahu tidur. Lama-lama, dia bebal sebab dah terlalu letih dan mengantuk.

Tangisan Auni tak macam selalu. Pitchingnya yg tinggi dari selalu buat aku tambah risau. Sudahlah aku tidak banyak pengalaman uruskan baby kecik camni, aku berseorangan pulak tu. Aku taktau nak mengadu kat sapa masa tu dan terus-terang, aku mmg panik. Walaupun AUni nangih, tapi dia tetap minum susu. AKu check perut dia, tak kembung pun. Tapi, kalau dia terus-terusan nangih cam ni, kejap lagi musti perut dia masuk angin.

Aku yg bingung, hanya terpandang baju Hubby yg dia tinggalkan. Tatkala Auni masih nangih, aku amik baju tu aku cium. Aku tatau nak wat camna dah. Kalau betul AUni tak sihat, aku akan bawa dia pi klinik. Tapi aku amat bimbang kalau Auni tak sakit, cuma dia 'diganggu' sesuatu memandangkan dia yg masih lemah dan aku pun lemah jugak - tgh period lak kan!

Aku msg HUbby gtau keadaan Auni. Pastu aku msg Enot. AKu pun tatau ngape aku msg dia tapi aku nak msg jugak. Auni di kebanyakkan waktu tidonya dia bersama ayahnya. Ada kemungkinan AUni menanti ayahnya tidurkan dia dan sebab tu la dia meragam. HUbby suruh aku dodoikan seperti dia buat selalu... dan aku buat.

Adeh, tak jalan gak. AUni macam tercari-cari sesuatu di ketiak aku ni. PAstu, dia nangih. Apa yg dia nak sebenonye ntah. Aku amik baju hubby dan hamparkan di atas dada aku, kendian aku tiarapkan Auni atas tu seperti cara kebiasaannya dia tido.

Suara dia makin perlahan. Tak lama pastu dia tido. Haih, nak Ayah jugak tu. Walaupun dia budak kecik, tatau apa-apa, tapi betulkah dia tak tau apa-apa?? Walaupun dia baby, takleh underestimate dia gak kan?

Nasib baik ada baju HUbby. Kalau tak, jenoh le juge. Aku sebenarnya dah nangih sama ngan AUni sbb aku betul2 hilang punca. Sadis.... Masa tu jugaklah aku nekad, aku dah tak moh dok jejauh lagi. TAkde tapi-tapi dah.

Hari ini, di pagi ini sepatutnya aku sudah dalam perjalanan ke tempat kijo, tapi aku duduk depan lappy dan blogging manakala AUni lak tido di sebelah. Auni demam di hari kedua ketiadaan Ayahnya. Cepat2 aku bawak dia ke klinik sebaik saja aku ambil dia kat KAk Ita. Mujurlah AUni tak meragam seperti malam sebelumnya. Dia masih minum susu cuma tak abih je. Dan perut dia kembung. Doc ckp Auni demam biasa. Tiada apa yg dirisaukan. Sesekali AUni batuk. Doc dah bagi ubat demam dan ubat batuk. Dedua ubat ni bagi AUni ngantuk dan rehat tapi aku masih kena kejutkan Auni untuk minum susu.

Semalam, dia tidor sniri tanpa perlu aku dodoikan. Tak yah letak atas dada. Maybe sbb ubat tu kot dia cam lalok sket. Jam 9 dah tido. Ada la dua tiga kali dia menangis di tengah malam, dan badan dia berpeluh-peluh. Meragam juge tapi aku buleh handle la bab tu. Aku selimutkan dia dgn baju ayah dan dia tenang lepas tu.

Sesekali dia nangih tgh malam. Maybe mimpi ke apa. BAdan dia berpeluh-peluh. AKu sapukan air asam jawa kat dahi. Memula aku letak Cool Fever kat dahi, tapi menda tu cam beso sgt dari dahi dia. AUni lak rimas. Bila aku letak, dia gesek-gesekkan dahi dia kat bantal kasi menda tu tanggal. Dah taknak tanggal, dia bebal lak.

Aku tak hantar dia gi baby sitter ari ni sbb aku nak jaga dia sniri. Auni demam sbb rindu kat ayah dia so aku nak temankan dia. Lagipun, kang jangkit lak kat 2 budak yg Kak Ita jaga tuh. Luangkan la masa ngan dia time tgh tak sihat nihh...

1 Nov 2009

BABAI AYAH...

I brought Oni-Chan to my workplace recent Friday. Kebetulan aku mmg diberi MC sebab Khamis tuh aku kena semput. Dah ber'mc' tu aku amik peluang merehatkan diri di rumah sementara Auni ditinggalkan kat baby sitter.

Jam 3 aku gi amik dia dan dia dah siap dimandikan. Aku sampai opis pun pukul 4pm lebih kurang dan tingkat 8 adalah tempat pertama aku singgah. Acik Noks nak jumpa. Setengah jam la jugak Oni kena uli-ili "aidilfitri" kat sana, pastu bergerak gi level 13A laks jumpa para peminat yg dah ready nak cium dia. Feera kemain lagi posing2 buat cam anak aku ni Dakota Fanning lak. Hehhe.. PAs setengah jam kat situ, aku ngan Oni turun gi level 13 lak jumpa Acik Enot ngan Acik Nad. oppss... Acik Ily tak datang pulak. Tak dpt le Oni berjumpa Acik Ily.

Kak Nad, Auni & stroller


Enot dan Oni

Hubby dah balik dah ke Lumut. Dia balik ngan Kurau dan wifenya. Tadi aku dan Auni hantar gi MINDEF sbb diorg janji nak jumpo kat situ. Sebelum balik, Hubby sempat le peluk2 anak dara dia. Huu... sedihnya nak kena tinggal.

Maka tinggallah aku dan Auni berduaaan. Nasib baiklah AUni tak nangih masa aku drive tadi. Skang, Auni tgh tidur. Di luar hujan lebat betul. Brapa kali dah dia terjaga sbb terkejut dgn bunyi guruh. Harap kami boleh melalui malam ni dengan baik , terutamanya Auni. Ayahnya dah tinggalkan T-shirt , manalah tau Auni meragam nak bau ketiak Ayah lak. Kalau tak Auni meragam, Ibu pulak meragam. HAHAH... Rasanya AUni tak pernah berjauh ngan Ayah. Tgk la macam mana malam ni.

HUuu..... apsal aku dah tak kuat dan tough cam dedulu??? HAIH~ dah tak mo dah cam ni. Tak mo....!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram