Followers

29 Oct 2009

tak sehat

Hari ni aku tak sehat. Semalam batuk2 penat. NAsib baik ada ventolin yg aku dh stenbai kat rak. Dah lama tak kena asma nih. Masa ngandung, tak de asma. Umah banyak sgt habuk, aku jadi semak kpala lak. HIshhhh!!!

Auni seems fine leaving with her baby sitter. Tapi, dia kekal nakal dan slalu usik Kak Ita - pas mandi je dia kencing.... HAHAHA! Kat aku dia dh tak buat dah. Ni kat Kak Ita plak. Bila dimarahnya Kak Ita, Auni sesengih menampakkan gusi yg merah. HAih.... satu2 senyuman tanpa gigi yg paling cantik adalah senyuman bayi.

Bila sampai kat aku, Auni dah tido. Biasanya dia akan bangun jam 10 minta susu atau nak lampinnya ditukar. Lepas tu, dia dh payah nk lelap. Aku nak kena dodoikan pulak. Auni suka tido atas tilam yg lembik. Tilam lembik tu aku bagi kat baby sitter. Aku beli tilam baru yg leper untuk play pen dia.. tapi dia tak suka tilam tuhhh. Aiyah!

Sekarang aku mmg rasa tak sehat. Malam ni kalu tak ok lagi aku nak kena gi klinik. Pastu aku kena soh hubby baby sit Auni satu malam, kasi chan aku tido plak. Aku sgt tidak cukup rehat..........

27 Oct 2009

Holiday Is Over, Back to Work!

Today is the second day. Everything seems fine. I had the warmest welcome wishes ever (as well as 'booty inspection' to see whether I'm back in shape or had lost it for good!~) since I've been 'missing' for 3 months confinement.There were lots of stuff to recall - nak ingat balik extension lists, couriers how-to especially they've change the service from DHL to Asia Express and sharpen my multitasking capability (juggling between answering phone calls, data-entree, incoming visitors, fesbuking and tv tempatations ", )

Good news - Hubby send me to work for this entire week. Konon bagi semangat utk kerja as well as monitoring Auni with her baby sitter.

I am still blending in with my new title , working mommy. Berat hati bercampur bimbang meninggalkan Auni dengan Kak Ita, tapi aku tiada pilihan. Opps... ada sebenarnya. Quit and baby sit her myself. Tapi, sanggup ke? Now I know how tiring it is. Bersyukur juga aku dapat baby sitter yang memahami keadaan aku yang berseorangan menguruskan diri dan anak.

Seawal jam 6.30am aku bawa Auni ke rumah Kak Ita yang letaknya cuma selang 3 tingkat dari rumah aku. Sebak memandang mata Auni yang tidak mengerti apa-apa tu. I get the chance to sip a cup of coffee after that. I am out for work at 7. Kak Ita will normally wait downstairs at the carpark to send her daughter off to school. Auni pun ada sekali. Hehe.. sekarang Auni sudah pandai jalan pagi-pagi. Good for her. I will fetch Auni at 8pm (or earlier) as agreed. Kak Ita cakap pukul 8 paling lewat, sebab dari pejabat dicampur dengan kesesakan jalan raya lagi. Dan aku pastiya perlu bersolat Magrib dan makan dulu. Jadi, pukul 8pm sudah membantu aku selesaikan macam-macam. Susah kalau berseorangan menguruskan baby ni. How wonderful my life is...

Kak Ita pun sedang mengandung 4 bulan. I have a little concern about her as she is diabetic. Kakinya sudah bengkak! Seperkara tentang dia , dia sangat suka baby. Yelah... kalau tak macam mana nak jadi baby sitter kan? Keturunannya memang diabetic. She lost her first baby due to that - belum sempat keluar lagi dah mati dalam perut. 3 year later, Syafikah was born. And she got pregnant again now, after 10 years in age of 35.

Tadi dia cakap, dia terjatuh bilik air. Nasib baik tak ada apa-apa. Tapi aku suruh juga dia pi klinik. Haih... aku ni masih tak boleh tengok kalau orang dalam kesusahan. Yang pastinya, sesusah mana pun aku dari segi kewangan, ada lagi orang yang lebih susah. Seperit mana pun hidup berjauhan dengan suami, perit lagi hidup dia. Hidup dekat2, tidur sebelah-sebelah pun suami masih buat hal. Aku pun tidak mahu membebankan Kak Ita tapi dia sangat suka Auni. Mungkin dia sunyi dan Auni can cheer her up. Mujurlah cuma sebulan saja aku perlu tinggalkan Auni. Kak Ita mungkin perlukan extra rest bila perut dia makin membesar. Orang kencing manis ni, perut dia akan jadi sangat besar! Kesian dia.

Auni pula sekarang sudah pandai main 'buih-buih' air liur. Bila dengan Mama Ita, dia baik. Meragam bila dia balik rumah especially masa nak tidur. Sudah tentu masa bergurau senda dengan dia sudah berkurang sebab Ibu balik kerja keletihan. That's the price to pay of being a working mom.

InsyaAllah, things will be in order soon. I met with my manager yesterday to talk about possibilities to be transfered to Lumut site. And I talked to the HR manager as well. He will check if there is any openings. Hopefully there is! If not, I have to tender my resignation and find a new job in Lumut. Of course it is not a decision that I eager to make, but it's a wise one. God know how I love being in this family but, FAMILY FIRST says boss.

Semalam dapat makan-makan sambil gelak dengan Enot and Ily. It's been a while... and I really miss those moments.. (cehh.. macam banyak kali je aku makan dengan Ily kannnn...?)








23 Oct 2009

Auni dah 2 bulan...


Time goes fast... Auni is 2 months already. Everything happens like a blink of eyes. Senyuman dia begitu comel dan menenangkan sesiapa yg memandang. Life tak meriah kalu tak dengar dia 'membebel'. Tangisan Auni dah makin kuat. She has few crying tones, I've noticed. So many things I've learned in this 2 months and yet, there are more to come.

Auni masa berusia 2 hari. Mata hitam dia besar. Mata putih sikit je. Masa ni dia ada kuning.

Mata Auni dah bersinar-sinar. Pantang nampak Ibu & Ayah senyum, dia pun nak senyum sama. Tembam kann....?

2 bulan dah... Eii.. Aku rasa mcm baru sgt. Aku masih ingat lagi camana rasa tendangan Auni dalam perut aku. Aku ingat lagi camana susahnya aku nak berjalan sekitar 3 minggu nk bersalin tu. Tu pon sempat lagi aku meronda-ronda, gi shopping kat Giant walaupun jalan dah kengkang dah. HAHAH...

Tak sangka aku berjaya melalui prose bersalin dengan jayanya. Terer jugak aku ni! :-)

Skang, aku boleh peluk anak aku, cium bau dia yg wangi, pandang wajah dia bila dia tidur, lihat dia senyum dan pujuk dia bila dia nangih. Tu pun ada jugak la time tak best bila aku kena bangun memalam nak bagi dia susu dan tukar pampers dia. Tapi, dah namanya anak manusia mestilah berak kencing ye dak? Kang kalo tak berak ngan kenciing aku gak yg susah hati.

Auni masih nak tidur atas badan. Lagi nyenyak dia tido tak bangun2 kalu dia tido atas badan aku. Paham2 jelah Ibu dia punya body yg macam tilam nih. Baek dia punya parking kepala dia kat dada. Sedap tido sampai meleleh air liur. Camana lah Ibu tak terjebak sekali?

Wajahnya yg setenang air (kalao ada lagi la yg lebih tenang...) melegakan sesiapa yg melihat. Adakala, terbit rasa insaf bahawa kita yg terasa hebat skang ni dulu-dulu pun fragile dan helpless macam ni jugak.


Tiada yg lebih best melainkan segalanya pasal Ibu. Walau ketiak Ibu busuk, walau Ibu tak mandi 3 hari, walau gigi Ibu tak bergosok, Ibu tetap perfect untuk saya...! Oh, Ibu.. Kau lah tilam VONO ku. AHAKS!!~


This will be the last article written in Lumut. Tomorrow we will head back to KL. My cuti2 Malaysia ends this Sunday and MOnday I will start working.

22 Oct 2009

Sharing is Caring


Amoih... kemain hepi lagi akak-akak di sana tatkala aku gtau masih ada seat lagi utk tgk primiere New Moon 25 Nov nanti. Walaupun aku tak de kat opis tu, tapi aku boleh bayangkan kekecohan dan kegedikzan mereka especially Kak Nad. Ahaks! Hmm.. tetiba lak ngaku Edward Cullen tu husband dia. Ngaaa... Kesian Edward Cullen - bini bersepah. KAHKAHKAHKAH!

Thanks to Fatin yg gtau aku pasai primiere tu sementelah aku ni jauh dari info2 terkini pasai Twilight. Untuk pengetahuan suma, New Moon akan mula ditayangkan di Malaysia pada 26hb Nov 2009. Dalam keterujaan aku dapat tiket yg dibooking dan dibelanja dengan jayanya oleh sahabatku Fatin, aku rasa cam gatal nak share ngan peminat2 Twilight kat opis aku. Alah, ramai je yg minat tapi yg minat bebetol sampai hingaq satu opis tu ialah Enot, Ily dan Kak NAd. Hmm.. aku kabarkan kat Enot. Haha.. aku tau dia musti jeles punye sbb aku gi tak ajak dia. Dah nama pun limited seat kan.

Tapi hari ni, aku saja test tanya Fatin, mana tau kot2 ada seat lebih, release sbb tak dapat payment dari org yg booking. Apa salahnya try. Lagipun, best apa dapat tgk sama2? Ramai2....
Dan bagi aku... maybe itu ajelah acara terakhir nak ber'horey-horey' dgn kengkawan sebelum aku berangkat ke Lumut kelak. Tgk wayang, primier lak tu (BERBAYAR LAGI TAU! sebelum ni asik tgk free jek!) dan di Pavilion lak tpt tu yg mana aku tak pernah sekali pun pegi coba2 tgk wayang kat sana.

Ekceli, aku ngan Fatin jadi sgt rapat sbb Twilight juga. She is always ahead of me. Dia dh lama dah tgk Twilight, dan baca novel Twilight. AKu je start lambat sket. Tapi, aku berjaya beli semua empat2 jilid buku Twilight lebih dulu dari dia (sbb aku ada credit card dan aku sgt gigih.) Pastu aku saje bagi Fatin baca Breaking Dawn sbb nak kasi dia ciwi. HIKHIKHIK... Dulu, aku teringin nak jadi Power Rangers. Sekarang, aku ngan Fatin berangan macam budak kecik yg bercita-cita nak jadi Ultraman Taro , tapi kitorang tukar ikon la - nak jadi vampire. MUAHAHAHAHHAAA...!
Fatin pakai spek. Nih tgh nak tgk citer pe ek? Lupa la...


It's good when we have friends to share everything even the craziest thing ever!

Pastu, aku perkenal Twilight kpd Enot yg ketika itu tgh jiwa kaco. Hari2 asik nangih je. PAstu meracau-racau (aku suka kata dia meracau-racau.musti dia hangin.hehehe..) AKu bagi tgk DVD Twilight, pastu aku bg dia baca novel Twilight pulak. Tak cukup tu, aku kasi dia CD Twilight pulak kat dia buat hadiah (kebetulan aku dpt free dari member aku yg tgh sibuk2 nak kasi hadiah kawin kat aku..) Aku rasa Twilight tu bagi dia ok sket kott. Pastu dia pun mula berangan nak jadi cam Bella yg bertuah berpakwe kan Edward Cullen. Sorang lagi Bella wannabe sudah muncul!


HEhee... Tu lah kesan Twilight pada aku. Mengeratkan hubungan persahabatan. Dari tak berapa close, menjadi lebih close. Tu pasai Twilight ni spesel sket bagi aku. Bukan setakat pasai Edward Cullen aje, tapi segalanya ttg karya tu. Hishh... Edward Cullen tu kalo masok jadi calon utk next US President, aku rasa menang gamaknya ye..~

Kerana mahu berkongsi kegembiraan dan keterujaan akan kedatangan New Moon ni aku minta Fatin (yg susah2 sediakan tiket utk aku) untuk booking skali tiket untuk 3 lagi sahabat yg baru2 je rapat ngan aku (sbb diorg yg ajak aku kawan ngan diorg, ngaaaaaaaa..........) supaya kami semua dapat sama-sama berkongsi air mata, ketawa, kagum, dan apa je yg bakal berlaku ketika menonton movie itu nanti. Besh oo tgk movie dgn kawan2.

Kenapa aku ckp camtu?

Sbb.... aku dah biasa sgt tgk movie sorang2. Dah terlalu biasa. Sampai dah jadi bosan! Walaupun boleh tgk wayang free, aku tak mau tengok wayang sbb aku sorang2. Takde geng.
dapat gambo pipi je Ily... Tembam lak tu! WAKAKAKA...

Hmm...
Berada di Malakoff tu mmg happy sebenonye, tapi aku hanya berada di tempat aku di reception kaunter. Aku senyum, aku ketawa. Tapi, mengenali kawan2 yg 3 org tu, mmg buat aku ketawa bebetul. Ish..ish.. naseb baik aku tak branak awal masa tu. HAHAHAHAH.... Ni gambo kenang-kenangan masa Enot ajak aku gi makan kat Chilli's. Tima kasih ... sesusah ajak aku. Mana de org kat opis tu penah ajak aku gi makan2. Maklum lah, aku ni receptionist yg berdesikasi.

16 Oct 2009

Demi Keluargaku...

Lagi seminggu lagi aku nak mula bekerja. Hinss..HInss..HInss... Rasa malas pun ada but aku rindu nak jumpa kawan-kawan. HAri ni, Mak datang rumah. Nak melawat cucu.

Esok, Mak Mentua pulak mai.

Lusa, our match maker, Kak Watie pulak menyusul. Dah setahun tak jumpa dia. Rinduuu....!

Saja aku membelek blog ni. Lama tak da entree baru membuatkan aku sesaja je nak tenyeh2 keyboard ni walaupun hakikatnya aku takda idea. HOnestly, aku tak da mood nak meluahkan apa yg terbuku di hati meskipun banyak yang aku nak jeritkan. Tapi, aku agak musykil dan tak tahu menyusun kata. Mungkin otak aku beku kott?

Tak cukup tidor. Argghh... Selama 9 bulan mengandung, 3 bulan terakhir kehamilan aku mmg dah lansung tak merasa nyenyaknya tidur. Bila dah bersalin, sakit pulak. Walaupun badan letih, ditambah dengan sakit, ada pulak baby kecik asyik nangih ja, mmg tak da chance lansung nak tidur lelap sampai mimpi-mimpi jadi Power Rangers mcm dulu-dulu. Hheheheaaa... Bila dah sihat sikit, anak pulak makin aktif. Time kita nak tidur, dia pulak taknak tidur! Nak kena layan dia la pulak. HAdeehhsss....... Huuu... huu...

Semuanya boleh menguji kewarasan. Tu pun sempat gak buat blog. Sebenarnya aku tunggu 'lauk yg aku masak kat Cafe ni siap. Ada 15 miinit lagi lahhh!!'

Aku dah buat keputusan. Mahu tak mahu, suka tak suka, aku dah tak boleh mengharungi semmuanya berseorangan seperti masa aku mengandung hari tu. Situasi dah berbeza kini. Hidup cuma sekali. Kawin pun sekali je. Jadi, demi rumahtangga dan anak aku yang masih comel-comel dan baru nak kenal dunia, aku rela tinggalkan kerja aku di KL dan tinggal dengan suami di Lumut. Aku tak sanggup bazirkan masa membesar Auni tanpa kasih sayang kedua ibu dan ayahnya. Aku bukannya ibu tunggal! Hakikatnya, aku sudah tak mampu nak tanggung tanggungjawab ini sendirian. Aku letih.

Aku memerlukan org utk menjaga aku. Sakit demam aku. Dan aku mahu suamiku lebih terurus makan pakainya. Aku nak jadi normal. Hubungan jarak jauh macam ni is not working, for me. And , to me, it is not worth a try at all. Gilo mau risikokan harta-harta kesayangan aku yang sememangnya milik aku tanpa perlu kena kongsi dgn sesapa semata-mata kerana kerja aku sekarang?

HU.. aku tau. RUGI. Sbb company aku paling heaven skali akan dirasakan tatkala hujung tahun tiba. Bonos nya banyak. Tapi, aku tak boleh menunggu bonos sahaja. Aku cuma seorang pembantu pejabat. Kerja aku hanya di meja penyambut tetamu. Gaji bulanan aku habis untuk bayar sewa, bil, astro... Padahal, segalanya jadi double kerana kami suami isteri tinggal berasingan. Bagi aku, itu satu pembaziran yang sgt besar apatah lagi kami kini dah ada anak. Macamana nak buat saving kalau hidup macam ni?

Bila dah jauh, nak kena stand-by duit minyak pulak utk berulang-alik setiap minggu. Kalu tak naik kereta, naik bas. Dan masa bertemu cuma 2 hari. Dan belum tentu setiap minggu boleh bertemu. Semuanya kena bajet. Berbaloikah? Berbaloikah buat semua ini?

Ye.. aku sayangkan kerja aku. Gaji aku. Bonos... Warrgghh... Tapi, besok2 bila aku mati, apa pulak aku nak jawab bila di soal Allah ttg perlaksanaan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu? mengingatkan itu saja, sampai terbawa-bawa dalam mimpi dan terpancar jelas kerisauan di wajahku setiap hari.

Solat istikharah telah 3 kali aku tunaikan. PAda mulanya aku tak rasa apa pun. Pada hari kedua, baru aku nampak. Begitu juga pada hari ketiga dan aku mula rasa keputusan ini tidak mungkin salah. Dan aku perlu bersangka baik dengan Penciptaku kerana dia lebih tahu mana yg terbaik. Mungkin rezeki aku di tempat lain.

Esok, aku akan beristikharah lagi.

Oh, by the way.. aku sebenarnya boleh bekerja di sekitar Manjung atau Setiawan. Ada kekosongan di bank-bank sekarang. Hemm... seorang Pakcik aku yg kerja di salah sebuah bank di sana dah janji nak tolong aku dapatkan kerja di sana. Dia suruh aku submit resume saja. Itulah ikhtiar aku.

Semoga dipermudahkan. Amin!

2 Oct 2009

Auni - Pil Perancang

Hari ni ialah HARI LAWATAN KLINIK yg pertama utk Auni selepas 6 minggu dia lahir. Alhamdulillah... Auni membesar seperti anak-anak biasa. TAkda masalah. Berat terkini 4.2 kg, panjang 57cm dan ukuran lilitan kepalanya 36cm. AUni sihat walafiat dan dia nampak sgt cherioooo.... mcm ibu dia. Kan KAn KAn...

Auni suka naik kereta. Asal naik kereta je dia tido. Kalau dia tak tido pun, dia dok melayan perasaan sengsorang sampai la terlelap sendiri. Jarang sgt menangis. Oh, Auni dah boleh pandang tepat ke mata ibunya dan matanya sudah boleh menangkap pergerakan. Cuma tak lah begitu sharp. Dia juga dah boleh senyum (gambar senyumnya masih gagal utk di'snap'. )

Aku plak berat mcm tak turun. Berat terkini - 63kg. Tekanan darah memuaskan. Dan aku ditanya soklan cepumas - samada aku nak merancang atau tak. Memandangkan kehidupan aku dan suami pun masih di peringkat setahun jagung kata org, jadi adalah pekdahnya kalau aku merancang. Tu pun, kalau di hospital kerajaan ni, diorg tanya dulu samada suami izinkan ke tak utk merancang. Kalau suami tak izin, diorg tak kan bagi pil perancang tu.

As far as I know, there are 3 types of contraceptive pills. Pil yg ada hormon campuran iaitu estrogen dan progestogen (eg: Marvelon, Mercilon, Nordette, Microgynon, Gynera), pil yg mengandungi hormon progestogen sahaja (eg: Noriday) pil ni sesuai untuk ibu yg menyusukan bayi dan ketiga pil pencegah kehamilan kecemasan (yg aku tatau nama brand nya) dikhususkan untuk mangsa2 rogol dan yg sama waktu dengannya.

Aku pernah makan pil jenis MArvelon (pada mulanya aku lansung tak tahu itu ialah pil perancang) kerana masalah hormon yg sangat kronik. Aku ada masalah pertumbuhan rambut dan kulit yg sensetif. LAgi plak, aku ada masalah tekanan darah rendah. Tapi, yg paling teruk skali ialah rambut aku la. Beberapa kali aku membotakkan kepala dek masalah aku ni sampaikan aku dah lansung tak minat nak simpan rambut panjang. Pil itu sgt membantu. Hasilnya, tanpa kusedari rambutku yg sekian lama asyik gugur je semakin pulih. Kulit aku jadi tegang dan lebih anjal (mcm dlm iklan la pulak) dan jerawat sgt sukar nak membiak apatah lagi menambah populasi di atas kulit muka aku. Aku tak pernah ada senggugut dan kitaran haid aku normal. Aku tak ada masalah kegemukan. I was in my best shape during those moment. Tapi, make sure jgn lupa makan ubat lah ye.

After half a year consuming the pills, I decided to stop a month before my wedding day. Aku kawin bulan Ogos, aku brenti sebulan sebelumnya iaitu bulan Julai. My friends noticed that I gained a few kilos and then I started to go to gym to shake some of it off. Haiyahhh! I did not 'prasan' at first, but 2 months later my weight went up so spectacularly from 49 kg to 54 kg. See...! Lain org lain kesannya.

It was November when I got the great news - I was pregnant! It was really a suprise as I did not expected it. I may need about a year over to get myself pregnant due to the pills I've taken - that was what I thought would happen. Nampaknya, aku salah. Hubby pun terkejut jugak sbb aku leh pregnant that soon. Aku happy dan sgt bersyukur sbb dikurniakan zuriat secepat itu.

Skang, aku dah pun bersalin. Dah hampir 2 bulan dah dan aku akan memulakan kembali pengambilan pil perancang. Aku dah buat ujian darah , dan aku tak ada masalah untuk ambil pil. Sumpah, aku takut nak pakai implanon. HAHAHHA... Maybe aku akan pakai marvelon atau aku cuba mercilon. Tgk la camana. Hospital ada bagi aku NOriday, tapi aku tau aku sure gemuk bila makan pil jenis tu.

Dan buat masa sekarang, aku masih makan jamu dan aku juga mengamalkan minum Bidadari. Bagus minum Bidadari nih. Terasa seperti bidadari pulak. KAHKAHKAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram