Followers

26 Sep 2009

COLIC and some solutions

Kalau dh namanya baby@bayi tu, mmg tak sah la kalau perut tak masuk angin (walaupun ada juga sesetengah baby yg takda masalah colic lansung - hmm..bertuahnya mak dia). Org dewasa pun kalau perut masuk angin dah tarik muka 14 dah.Apa korang buat kalau perut korang kembung? Minum ENO, sapu minyak angin atau pun minum air halia.

Jadi org dewasa nih senang. Bleh bedal memacam ubat sbg eksperimen. Kalau baby ni, dah le dia takleh cakap. Reti nangih je. Masa memula tu menggelabah le juga aku ni apasal la anak aku asyik nangih je tak kira time. Tido tak lelap, pastu asal bangun je nangih.

Nak kata anak aku ada sawan tangis, mmg takde kot. Sbb ada gak time dia tak nangih contohnya time mandi, time tido memalam, time duduk dalam kereta dan time dia 'melepek' atas badan org sebagai medium 'peniduran'nya.

Masa Auni umur 2 minggu lagi dia dh mula ada colic, cuma aku tak tau how bad it was. Bila aku recall balik, baru aku tau yg slama ni dia muntah2 susu tu adalah sbb perut dia tak sedap. Aku ingat sbb dia tak suka itu susu daa..........

Auni menyusu badan cuma 3 minggu. Lepas tu aku mula bagi susu formula dan susu badan. Sebabnya... kita cerita di lain topik. Ada org kata, kalau bagi susu formula, baby cepat masuk angin. Tapi, aku ada sorang member yg sampai sekarang dia bagi anak dia minum susu badan, anak dia di usia 2 bulan pertama asyik kembung perut juga. JAdi, punca baby kembung perut ni, bergantung kepada susu dan bagi yg menyusu badan, bergantung kpd pengambilan makanan si ibu.

Baby Auni semakin kerap menangih lately. Dia menangih lama, dan sgt sedih bila dgr. Aku boleh jadi cemas bila dia nangih dgn nada suara yg tinggi. Nadanya seperti bagitau aku yg dia tgh sakit. Bagi susu pun tak mau, puting pun takmau. Kengkadang, hati aku tak tenteram. Rasa nak menangis sbb aku rasa aku gagal nak tenangkan dia. Aku taktau apa kehendak dia. Aku taktau macam mana nak legakan dia sekaligus melenyapkan tangisan yg meruntun jiwa tu.

Mak kata, biasalah baby kena kembung perut. Menda tu temporary je. Jgn le sesedih sbb anak aku bukannye kena penyakit kanser. (Slamber je Mak aku sound...) YELA! Aku kan ibu dia. Aku rasa bengang la sbb anak aku nangih aku tak leh nak wat pape. HOH.

Tanda-tanda baby kembung perut adalah seperti yg di bawah:
  • 2 minggu lepas bersalin dia tido je tapi masuk minggu ketiga baby nangih lain mcm biasa dan lebih kerap. tangisannya nyaring, more like screaming.
  • muka baby kemerah-merahan bila nangih. (sbb nangih kuat sgt)
  • tangan dan kakinya dok kuang kuit (bahasa org kedah ni) maksudnya dok gawang-gawang, tendang-tendang.
  • Perut keras
  • baby asyik nak jatuhkan badannya ke belakang (semasa kita dukung) dan menangih.
Kalau nak sure lagi, cuba check :
  1. Adakah baby anda menangih lebih dari 3 jam sehari? Hmm... nangih sokmo. Asal bangun je dia nangih. Dan dia lebih banyak terjaga dari tido.
  2. Adakah baby anda menangih mcm ni lebih dari 3 kali dalam seminggu ? Hmm.... aku notis sejak 2 minggu ni, dia mmg sgt kerap menangih. Payah la nak buat keja lain sbb asyik dok kena dodoikan dia je.
  3. Has your baby cry like this for more than 3 weeks ? Ahh.... dekat2 betul la tuh. Pandanglah daku , sudah seperti zomba!!!
TAHNIAH!!!! Baby Auni ada colic. Ceceng..Ceceng....

Jadi... ini adalah tips nak hilangkan kembung perut baby / mententeramkan baby anda.
  • Jalan-jalan naik kereta. Sbb baby sgt suka suasana dlm kereta yg diam dan sejuk.
  • Movements..any movements like swinging, walking, bouncing, boh dlm baby carrier ka...
  • Buaikan dia... sambil nyanyi lagu "LAila Namamu Teratas"..... hihihhi
  • Gripe water. Ini Abah aku yg suggest soh bagi Auni minum. Dia kata Gripe water jenama Wood's telah digunakan sejak turun temurun lagi, kepada aku semasa aku sebesar Auni sehinggalah kpd adik ku yg bongsu. Berkesan nampaknya. Auni tido lena pas minum tu.
  • Bedung. (ini tidak berkesan kpd Auni as she hates it!)
Bila baby kembung perut ni, susah oooo... Letih aku nak menjaganya. Kesabaran sgt teruji. Nasib baik la ada Hubby jadi bolehla kami take turn nak dodoikan Auni yg meragam. Alhamdulillah, skang ni lepas minum Gripe Water tu, Auni tido nyenyak walaupun aku letakkan dia atas tilam. Takyah nak dodoi dah.

Bayangkanlah kalau baby Auni meragam bila Ayah dia takda, yakni aku dan Auni berdua sahaja di KL nanti? Sapa boleh bagi jaminan kat aku yg Auni takkan meragam, takkan sakit? Ataupun sapa boleh jamin aku akan sihat walafiat tanpa sakit? Kalau Auni sakit takpe la aku ada bleh jaga. Kalau aku plak sakit, sapa nak jaga AUni?

Lu pikirla sendiri...

25 Sep 2009

AUni dah sebulan.

Sedar tak sedar, Baby Auni dah pun sebulan lebih. Walaupun aku tension gak melayan karenah dia yg lately asyik meragam je, terubat juga jiwa tensi aku bila tetiba je dia senyum tatkala aku membebel nak tidokan dia.

Hahha.. selalu dia senyum time tido - bila 'kak wi' dia dtg main ngan dia. Tapi, hari ni dia sengih setiap kali aku pandang tepat ke mata dia sambil berborak2. Dia dah mula tunjukkan minat pada benda2 berwarna, tv... bila baringkan dia, dia akan pandang tv yg terpasang tu. Maknanya mata dia dah nampak objek.

Fizikalnya makin kuat. Tido dah makin buas. Dia suka tido mengiring dan dia dah boleh pusing2kan badannya ke kiri dan kanan. Dia bleh angkat kepala dia bila ditiarapkan. Hmm... seronoknya bila tgk dia.

Tapi, baby Auni ada ruam kat kepala and perut. Kecian anak ibu...

Azli and Wana baru je balik beraya dari umah aku. Hahha... beshnye ade org beraya.

24 Sep 2009

Chronicles of Pantang - Part 6 : 'Manja ka ni?'

Pada suatu hari...

Aku terpandang satu beg plastik berisi 'biji' nih. Aku tau la benda alah ni adalah benda yg paling tak sedap tapi paling 'power' di muka bumi dalam aspek mengetatkan apa yg longgar. Despite its bad looking figure, siap ada bijik2 , kerrrras plak tu. Buat tembak2 ngan senapang mainan pun boleh buta bijik mata mangsa, tapi buah ni banyak khasiatnya. HAHA.. Banyak jugak buah ni Mak tinggalkan utk aku. Ada satu hari Mak rebuskan , buat basuh 'Ms. V' (nama panggilan untuk 'tuuuuttt') .

Untuk basuh bahagian sulit, boleh pakai air rebusan daun sirih, daun inai atau buah manjakani. Yg tu ramai yg tau. Kalau taktau boleh le tanya. Yg aku nak citer ni pasai buah manjakani. Pengalaman aku sendiri pakai menda nih.

Semasa dlm pantang, elok makan manjakani ni. Yg cuci tu, cucilah. Yg makan pun, makan juge. Aku nak citer bab makan manjakani ni. Cara-caranya, aku rebus le dulu menda ni. Kalu tak moh rebus, masa tanak nasik tu boh le dua tiga bijik dalam nasik yg dekat2 nak masak. Tapi, kalu nak selamat, rebus le sampai kulit dia pecah. Senang nak makan.

Kali pertama makan manjakani --->> Sebelum aku masukkan dalam nasik yg tgh ditanak tu, aku ketuk dulu bijik tu sampai retak sikit. Baru aku boh dalam periuk nasik. Masa nak makan, buah manjakani tu dah terbelah kecik2. Aku amik sikit, kepal2 dlm nasik, kasi tebal2 dan terus makan.

HAsilnya, suapan pertama dan kedua bersama buah manjakani tu berjaya. Bila masuk suapan ketiga aku dah 'BRRUUUEEKKK!!!' beserta pakej lelehan air hidung ngan air mata. Nasib baik le jahitan bersalin aku dah baik. Kalau la time awal2 bersalin aku makan macam tu, muntah lak bleh tertetas pe jahitan aku...

Rasanya pahit Nauzubillah. Nak hilangkan pahit tu bukan nye senang. Rasa cam nak telan je asam jawa sepeket! Tapi, aku hilangkan juge dgn meneruskan makan nasik, (lepas muntah) sambil teguk air neskepe.

Yg kelakar tu, Cayangku tanya kenapa aku muntah. Tak sihat ke? Aku main angguk je, tanpa menceritakan kisah sebenar kenapa aku muntah. Hehe.. mana de bohong. Mmg aku tak sihat pe? DLM PANTANG maaaa........... Sebenonya, aku muntah sbb telan manjakani tu lah. Malas nak citer je. Huhuhuhuauauuahuahuau... Kaber line

Kali kedua plak --->> Lepas rebus manjakani tu, buah tu dah pecah. Aku gentel, buang kulit dia, amik isi jek. Gentel kecik2, sorokkan dlm nasik yg dikepal pastuh TELAN dgn pantasnya. Kalu boleh tak kunyah nasik tu, LAGI BAGUS! Haa.... selamat. Boleh le makan 2 biji manjakani kalu macam ni.

Sekarang, aku dah boleh makan dah menda tu walaupun masih lagi terkemut-kemut dan terhegeh-hegeh nak telan. Aduhai... siksanya nak baik balik ye.

Oni-Chan yg lorat



My family (except Angah) was here last night. Tapi dah balik dah pagi tadi. Abah ke Kuantan pada hari raya kedua sbb nak survey rumah sewa di sana.

Oh, have I told you that Abah has been transfered to Kuantan by this October?

Pasni, aku dah tak de balik Sik lagi. Dah takde dah ulang balik umah berek. However, Angah still stay sana sbb dia mengajar. Dia dah beli rumah kat sana (with Abah's help lahh..) sebaik saja Abah dpt tau dia ditukarkan. Rumah tu akan jadi tempat Alang dan Linda menyinggah bila depa cuti. Alang sambung blajo di UNITAR Alor Setar dan Linda pis undergoing 6 months training on Tailoring sponsored by KEDA.

As for Kimi, dia kekal la di Grik tu sampai habih SPM. Mak plak kena minta posting kat Kuantan la. Jadi yg dok Kuantan cuma Mak, Abah dan Adik aje. Yg lelain, diorang bleh singgah mana diorang nak : SIK - LUMUT - KL - KUANTAN.

Sekarang nih aku baru je lepas tidokan Oni-chan. Dia ni payah nak tido. Kalau letak dia atas tempat dia , tak denye dia nak tido. Kalu nak kasi dia tido dengan senang, she needs to be put on your chest. Cara tu je yg paling mujarab utk dia tido. Tapi, most of the time dia tido ikut suka hati dia je. Kengkadang mendongak pun boleh. Nyenyak lak tido camtu!

camni ye cara tidokan Oni-Chan...

But, bila letak dia atas tilam sebaik saje dia tido, mula le dia menguit. Kejap kejap keluar bunyi pelik2. Bunyi brek la, bunyi transformer la (aku reka je bunyi tu) tapi Auni suka buat bunyi pelik2 sbb nak tarik perhatian Mak Ayah dia.

dekat di hati...


Daripada aoa yg aku baca, baby mmg suka tido meniarap. Tapi, aku risau gak sbb dia kecik lagi. Bila dia meniarap cam ni , dia tido nyenyak sangat. KAlau ditidokan melentang, dia slalu terkejut. NAk bedungkan, dia tak suka. Lagi lambat dia tido.

Walaubagaimanapun, bila Oni-Chan meragam, Ayah dia pandai la dodoikan. Tido gaya macam ni di'jaya'kan oleh Ayah nya la... Kalau aku, mmg tak tak reti nak wat. Huuhhuuhuu...

22 Sep 2009

Ewah-Ewah Raye vs Pantang


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Tahun ni tak de persiapan sgt. Maklum ajelah aku masih dlm tempoh berpantang. Aku dah pun selamat kembali ke Lumut dan tempoh berpntang aku berbaki 13 hari lagi. Walaupun tak dapat menikmati makanan bertemakan hari raya , tapi aku boleh jamah rendang yg mak masak. Kuih raya pun aku makan gak. Sikit2 je... takleh bebanyak.

Berat aku turun 11kilo selepas bersalin. Skang menjadi 59 kilo. Tapi aku masih lagi nak turunkan - nk jadikan 50 kilo je. Bleh kan? Cemana pun, aku masih lagi nampak gumok. Amik masa 3 ke 4 bulan juge la nak fit balik camni. Haiya!

Aku tgh berpikir ni. Boleh dikatakan merenung masa depan gak la. Dengan input2 yg aku terima dari sedara-mara terdekat, walaucamana pun aku kena pikir juga hal ni dan bukan takat pikir je - aku kena come out dgn decision sekali. Hoohh... susah juge camni. Tapi, keputusan yg bakal aku buat kali ni mmg betul2 berserah kepada Allah je. Sebenonya, kalu dipandang secara halus, tak susah pun nak wat keputusan ni. Kalau aku yakin sepenuhnya dgn ajal dan maut, jodoh dan rezeki semuanya atas kehendak Yang Maha Esa, aku sudah tentunya tak terhegeh2 pikir bebanyak cam ni. Tapi, ada bisikan2 halus mewarnai jiwa. Perhitungan aku dikelabui oleh rasa tidak tidak selamat, rasa tamak, sayang (kpd menda yg tak pasti...). Tidak ketinggalan juga 'nasihat' kengkawan dan ahli keluarga aku. Hai.. nasihat ahli keluarga pon ada banyak version sbenornye.

Bio ape pun keputusan yg bakal aku ambil, aku berharap keputusan tu di atas jalan yg diredhai. Aku perlu yakin. (skang ni, tak yakin !)

I can't write about this further. Tunggu je lah kalau ada input2 terkini. Nanti aku akan utarakan juge apa yg merunsingkan haku....Aku blom habih pantang. So, kena la rilek2.

Akhir kata, Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Ha.. tgk gambo terkini aku. Ada cam kurus ke? Aku dah membongkok lak skang. Hishh.... kena berbengkung 24 jam la camni.

Chronicles of Pantang - Part Semput plak~

9/18/2009, 11:38 PM - THE 29th Day.

I am not feeling so good. Selsema dan badan rasa panas. 2 nights back, my chest felt heavy and stuffed. Probably because of the food I have taken. Today, it gets worse. So I decided to go to clinic to find out why.

Cuma demam dan selsema biasa. Nothing uncommon. Badan lemah sebab kurang rehat. Tido tak cukup apatah lagi aku dlm tempoh berpantang. The wet season here in Sik adds some flavor to my unstable health condition. Doc bagi ubat.

At 1700, aku makan ubat selsema dan ubat angin yg diberi doc. By 2000, I felt pain on my chest. By 2100, mata aku rasa panas dan start berair. 15 minutes later I realized that I may be having complication due to the medicine given. Mata aku bengkak terus.

I have experienced this before. Therefore, I did not wait long to call Cayang yg masa tu tgh pi Pekan Sik dgn adik2 nak gunting rambut. He must bring me to the hospital as soon as possible or otherwise, aku akan mati lemas! Allergies could trigger an athma attack.

By 2200, aku dah sampai ke hospital and was taken inside to the nebulizer section. I was given nebu to inhale ( oh boy.. The feeling was soothing….~) and an injection to cure my allergy was also given. Everything was done in about an hour. Lepas tu, athma aku terus hilang. Cuma mata aku je bengkak lagi tapi dah tak gatal2 dan berair dah. Aku dh boleh bercakap tanpa masalah. Batuk pon tak.

Tapi.. Kesan2 nebu tu cam biasalah… aku akan menggiigil dan rasa mengantuk teramat. So…. Aku harap cayang boleh le menjaga auni malam ni sementara aku tido…..

Auni dan angin bush-bush.... Tet!

9/15/2009, 2:16 AM - It is in the middle of night now and I suddenly have trouble sleeping. I think I had a bad dream just now but I couldn't remember what it was about. Let's not talk about the dream. I had something bigger in my head now.

It is Baby Auni. Dia kerap muntah lepas minum susu. Sebelum ni ada gak muntah2 tapi sejak 3 hari ni, makin kerap dan banyaklah muntahnye. Everytime dia menyusu, dia sengaja biarkan susu meleleh bebanyak dari mulutnye. Tingkahnya semacam dia tak suka susu tu, and mcm terpaksa minum. Susu badan aku dah makin sikit and Auni bebal setiap kali cuba menyusu badan. Auni meragam especially bila malam and perut dia selalu ada bunyi2 mcm masuk angin. Maybe perut dia masuk angin tu yg dia meragam dan muntah susu.

Nak kata Auni sakit, setiap kali muntah dia tak nangih. Lepas muntah je dia mcm lega sangat. Elok je dia tido lepas muntah tu. Dia menangis bila lapar. And I wonder kenapa dia tak mau tido atas tilam - asyik nak beriba je. Dia terus tido bila dipeluk dan didodoi. Abah dah nak buatkan endoi utk dia. Hmmm…. Jenuh le nak riba berendoi bagai nak oiii…..

Kepalanya dah dicukur habis. Dah botak! Dia sgt comel dgn kepalanya yg bulat tu. Alhamdulillah…. Anak aku comel dan putih kulitnya.

Mengenangkan Auni, dan ragamnya, aku jadi risau. Macam mana la aku nak teruskan life dgn dia sengsorang tanpa Cayang di sisi? Kalau Auni meragam, muntah2, demam ke… bolehke aku handle sendiri? Skang, masa pantang aku dok ngan Mak. Kalau Cyg takde, Mak ada tolong jaga Auni. Skang ni, Cyg dah balik habihkan cuti sampai raya nanti. Dia pun dah tau Auni punye meragam tu camne. Skang dia ada aku lega sikit. Boleh aku berehat sekejap. Amik masa untuk tido tanpa gangguan biarpun Cuma for couple of hours. Jadilah…. Tu le pentingnya suami bersama-sama menjaga baby.

Maybe kerisauan aku ni membuatkan aku mimpi bukan2 kot? Tgk, skang aku dah takleh tido. Tadi, 2 kali Auni muntah. Berturut2. Hari ni aku tukar susu dia. Sebab aku tgk dia cam tak suka susu Lactogen. So aku tukar le pakai Dumex. Dah dia muntah2 jugak, lagi kerap plak tu, Abah soh pakai susu lama dia. Hemm… jam 1 pagi tadi, Auni nyusu. Muntah jugak. Tapi sikit je. Muntah masa aku sendawakan dia. Mmg le time burping baby may muntah , tapi tak de la sampai muntah belambak2 camtu.. Aduhai, risaunya akuuuuuu……………………. Kesian anak aku.

Doa tak putus2 aku panjatkan kepada Allah agar dipermudahkan segalanya untuk aku dan keluargaku. Kupohon agar Dia tunjukkan aku jalan dan murahkan rezeki aku. Sesungguhnya aku terima hakikat di mana tempat aku ditakdirkan mencari rezeki. Atau maybe aku ditakdirkan tidak perlu mencari rezeki dan berbakti sbg isteri sebagai mana selayaknya. Haih… aku masih takleh solat. Kalau aku boleh, aku dah buat istikharah dah. Aku dah buat solat hajat. Hati aku kadang2 kuat, dan most of the time tak kuat!! Hep Hep Hep!

Angah dah jualkan henponnya tuh dgn harga $600. Aku bagi kat Cyg henpon tuh. Kebetulan henpon dia dah jahanamun daa. Aisey… tak sanggup la aku nk pakai henpon expressmusic 5800 yg canggih sedangkan henpon lama aku tu elok gi (walaupun ada time bengongnya dtg) dan henpon Cyg pulak yg jahanam. So, bagi jelah dia pakai. Mmg aku niat nk bagi dia pon, tapi sbb tamak haloba dan dengki nauzubillah, aku cam kedekut lak nak bagi. Haahahaha.. Amek ko. Bila aku dah bagi dia henpon tu, lega plak hati aku ni tgk dia. Yelah.. Henpon lama dia tu mmg dah bertahun2 dia pakai tak tuko2. Laki aku ni jenis cermat orgnya (kalau bab harta la… bab duit aku rasa tak cermat kot) Tak ralat le bagi henpon tuh kat dia pon. Boleh le dia guna camera henpon tu wat tangkap gambo pokok2 kat kem! Kuang Kuang Kuangg……….


Ala…….lagipun henpon tu bukan idaman aku. So, aku tak kesah. Aku tetap nak Sony Ericsson yg baru tu. W995 kot. Haha.. Aku kan pencinta SE. Ceceng ceceng….!~ (Iklan Tune Talk)

Hoh… aku dgr laki aku berdengkur. Punye la kuat sampai ke luar nih bleh dgr. Tadi, tetiba je dia meracau ape ntah dlm tido. Bunyi mcm mengagah je. Maybe dia mimpi agah Auni kot. KEHEKEHEEEKEEHhh…. Sekejap jek Kalu lama aku dh rakam dah tadi. Hah, laki aku kalo letih musti tido bercakap. Letih sgt le tu, mengasuh Auni.

Chronicles of Pantang - Emo tak pepasei. wakakak...


9/4/2009, 10:56 PM - Internet masih takleh pakai lagi. Stressnya…… Hari ni Auni dah berusia 14 hari. Auni dah tak macam masa memula lahir dulu. Masa memula lahir dia asik tido je. Sekarang, dia tido siang, malam dia asyik bangun. Dan sekarang, dia dah kurang berak. Sehari 2 kali je. Tapi, sekali berak tu selambak la plak.

Esok 15 Ramadan. Malam ni pun malam cerah. Bulan dah penuh. Esok musti langit malam lebih cerah. Langit Ramadhan. 15 Ramadhan means Auni pun sudah 15 hari. Auni pandai buat mimik muka. Muka dia sgt sweet even when she sleeps. She always look smiling. Muka teran berak pun cute jugak. One thing about her, bila dia meneran, tak kisah le teran pape pun, muka dia mmg cepat merah padam. Dia dah tak suka dibedung lagi. Tokwan dia bedung ketat, dia akan berusaha mencari jalan untuk membebaskan tangannya. And she tried very hard!

I bet Auni rindu Ayah dia. Dia asik nangih je nih. Riso lak aku. I have to keep on eye dia pnye pusat lak. Nampak cam ada bleeding. Hmm…

Susahnya….. Entah camana la life aku bila aku dan Auni berseorangan di KL. Sad to say, I am considering to quit my job in KL, and work in Lumut- kalau Malakoff taknak tukarkan aku ke Lumut. Nak wat camana? Auni needs her Ayah. I need my husband too. I am not strong enough to handle things on my own, especially Auni. Kalau aku sengsorang, boleh. But, this is involving raising a human being. I have to choose. Auni or my job? Aku takleh biar Auni camni…. Kesian dia. Kesian aku. Though I lke the idea about being a strong mom, but, this time I have to admit - I have weakness. I cant be forever strong and independent. I have to admit, I need my husband somehow.

God, help us.

Chronicles of Pantang - PArt 4

I'm still trying to log into the internet. Entah la apa masalahnya. Dah sangap nak masukkan entrée baru dlm blog and fesbuking. Kalau ada internet, boleh le aku load gambo Auni nih. And takdelah aku sangap sbt nak main SMS ngan laki aku. Dia pon leh main game dgn aman tanpa perlu layan SMS aku.

Aku dah call 100, nak tanya pasal masalah streamyx nih. Dimaklumkan (by mesin operator la…) katenye Streamyx tgh enhance service. And mmg tgh ader problem sket especially kalo nak bukak laman web yg berpangkalan di US. Pendek citer, sume masalah tu maybe boleh selesai by 10th Sept ni. Jenuh gak la nak tunggu sampai seploh haribulan. Apa laa yg aku nak buat?

Aku rasa aku buleh repair sniri, tapi aku tenggelam punca lak. Pegang ni tak betui. Picit ni tak jalan gak. Hampeh toi.

Auni dah tido dah. Kemain banyak lagi susu dia minum. Skang dah pandai - nak minum susu panas je. Susu yg dah sejuk takmoh. Pastu, dia dah minum banyak susu badan. Especially bila malam, time dia nak tido. Tapi, susu badan tak cukup, so kena tambah pulak susu botol. Baru dia 'belahak'. Kalo dah dok menguit la sampai ke pagi.

Bila lah aku nak pulih seperti sediakala. Rimas lah dgn jahitan ni. Belum baik lagi. Selagi jahitan ni tak luruh, aku takleh nak bergerak aktif.

Rasa nak selsema lak. Buleh ke makan ubat selsema ek?

Chronicles of Pantang - PArt 3

Ni catatat aku sepanjang aku kat Sik. Al-maklum je lah line tenet takde kat sana....



31st August 2009 -Today is the 10th day. Aku berpantang mcm biasa. Hari ke-8, ada Mak Bidan datang tgk aku. Dia urut2 urat aku yg keras ni. Urut bersalin belum lagi dpt dibuat sbb jahitan aku belum baik lagi. Hmm.. Peha kanan aku masih sakit2. Gilo sakit bila dipicit kaki aku ni. Dari peha sampai ke tapak kaki. Paling tak tahan, tapak kaki loh. Geli campur sakit weh. Hadoii… Aku kalo bab pantang makan ni takpa, bab urut nih yg tak besh.


Hari ni juga merupakan hari aku ber'pisah' dgn Hubby. Wuu… sedihnya. Dah lama dah tak dok jejauh. Dah naik lemak le katakan. Haha… maka hari ni aku dan Auni akan ber'duaorangan' la saperti sebelumnya. Bezanya, dulu Auni ada dlm perot, skang Auni ada kat luar perot. :-)
Selama 10 hari bersama Auni sgt mengujakan. Biarpun letih, aku gembira dan puas. Auni milik aku. Bukti kasih dan sayang aku pada suami. Dan Hubby pon sgt gembira dgn hadirnya Auni. Dia yg bancuhkan susu Auni bila Auni terjaga malam2. Dia dodoikan Auni tido. Aku nampak dia letih sgt. Sejak mula puasa sampai ke hari ni, dia belum tido nyenyak lagi. Jadi, kepulangan dia ke Lumut hari ni membolehkan dia berehat dan tido nyenyak. Hopefully.
Internet di Sik tak da. Aku pun tak sure kenapa. Angah kata dia belum cancel lagi akaun streamyx dia. So, aku tak daya menahan bosan dan keterujaan nak menulis. Jadi aku catatkan dalam diari harian aku dulu. Kendian lah aku copy paste dalam blog.
Berpantang cara kampung, best. Paling best, time mandi. Mandi air rebusan daun inai, daun capa, serai dan memacam daun. Tak berapa best, tapi wajib buat, Bertungku. Adeh… berat betul la tungku tu. Macam angkat berat lak. Tapi, aku lebih suka bertungku sendiri drpd di;tungku'kan oleh mak bidan. Huuhh.. Gilo kejam dia tikam perot aku ni. Dah le panas tungku tu. Mmg le aku ni anak org bandar kan..tak tahan panas. Mak Bidan tu kata, org yg rajin bertungku ni kat perot dia siap berparut2 dek melecur terkena tungku panas tu.
Dah jadi satu hal lak perot berparut kan? Takyah la.. Buat pe la nak nyeksa diri rupa tu.
Hoh… Auni dah panggil. Aku chow dulu. Rindu Hubby…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram