Followers

27 Aug 2009

Chronicles of Pantang - Part 2

I really in the stable emotions when my mother-in-law is around. Dengan Ma (panggilan untuk Mak Mertuaku) dia layan aku best-best. Hehhe... Aku dah mula bertungku. Dia yg sediakan tungku tu untuk aku. Pastu, dia masakkan ikan merah kukus, taruk daun mengkudu dan ntah pape la lagi. Ma mmg pandai bab2 nih. Kalu Mak aku lak, dia bab2 sediakan makanan je dia buat. Pastu, dia nak bawak balik aku sbb dia dah sediakan org utk mengurut dan menguruskan aku.

Ma ajak aku balik pantang kat Kelantan, tapi jauh sgt bagi aku. Dah le aku takleh nak travel. Pastu, kalu aku balik Kelantan mmg susah le hubby nak dtg jengok. Bukan hubby je, mmg tak de sape nak jengok aku dah. So, aku decide dok Sik je lah... walaupun aku tidak membayangkan macam mana lah keadaan berpantang kat sana. Dah le umah 2 tingkat. Haihh...

Semalam.. Auni meragam. Aku tak sure kenapa, tapi aku rasa dia sakit perut. Masuk angin kot. Brapa kali dia terjaga. Kesian dia.

Hari nih, Auni dimandikan Tok nya. Auni suka mandi rupanya. Senyap je bila dpt mandi. Sebelum mandi, Auni kena jemur dgn Ayah nya dulu utk kurangkan kuning. Lepas tu, siap2 nak bawak pi HATL utk ujian darah lagi sekali. Kali ni Ayah dan Mak Long nya je pegi. Ibu nya tinggal.

Skang, Auni tido. Hubby kata dia nangih sekejap, pastu dia diam dah. Hmm.... camtulah dia.Harap2 tak de papelah. Insyaallah.

26 Aug 2009

Baby Auni dan Kuning


26th August : - Hari ni bidan datang melawat rumah utk check aku dan baby Auni. Sedih dan sangat risau bila dpt tahu Auni kena kuning dan dia perlu dibawa ke HATL utk ujian darah. Patutlah Auni asyik tido je - salah satu tanda kuning.

Jam 2ptg, aku dan hubby bawa Auni ke HATL. Hati risau Allah je yg tau. Sebenarnya aku dah dapat agak anak aku kuning, tapi aku tak sure. Bila aku tanya org, even my own parents pun ckp dia tak kuning. Ada yg ckp, kuning sikit je. My heart knows best. Mmg betul le apa yg aku rasa tu. Jangan le marah aku kalau aku risau terlebih ke hape... Mmg naluri mama-mama mmg camtuh.

Auni dibawak misi masuk dlm bilik utk diambil darah. Sayu hati aku ni bila dgr Auni nangih. Auni amat jarang menangih. Kalu dia nangih, comel je bunyinya. Tapi, nangih dia yg ni sangat memedihkan hati aku. Walaupun setakat amik darah ja... aku tetap sedih. Kontrol ni.. aku rasa nak menangih sama. Sejak aku bersalin, walaupun aku gembira dalam kesakitan, ada rasa nak nangih, aku tak nangih pon. Tapi, yg ni mmg confirm tak bleh tahan. Auni nangih lama jugak. Hubby nampak mata aku dah berair, walaupun aku punya tahap cover line tu tinggi gak. Dia ckp mak pesan time dlm pantang ni takleh nangih. Biasalah , amik darah mmg le sakit. Sbb tu la dia nangih. Boleh bayangkan tak kalau Auni tak nangih bila kena amik darah?

Huu... mmg le sgt betul apa yg dikatakan tu.

Hubby gosok2 kepala aku. Pehtu dia duduk kat sebelah. Alah.. dia pun riso sama gak ngan aku. Aku tau. Tak lama pastu, sorang misi baju askar kaler hijau kuar bawak Auni. Auni dah tak nangih. Dia senyum, walaupun ada secalit air mata kering di mata kirinya. Dia tgk aku, macam tak de pape pun berlaku. Aku tgk tangan kiri dia ada plaster. Huu.. sedih. Dah le tangan dia halus je, dah kena tebuk ngan jarum. Haihh...

Kami balik umah untuk tgu keputusan ujian darah tu. Jam 4.30pm, hubby dpt call dari spital yg AUni mmg ada kuning, tapi tak teruk sangat. Auni kena pegi hospital balik utk amik darah lagi sekali bagi tujuan pemantauan.

Aku taktau. Patutkah aku rasa lega dengan berita tu?

Susu badan aku dah mengalir semalam. Tapi, Auni tak mahu menyusu badan sbb dia biasa dengan botol. Lagipun, puting susu ibu dia sgtlah kecik dan tak 'setaraf' dgn puting botol susu yg dia minum tu. Tak leh le nak marahkan dia. Kan Kan....

Jadi, untuk bagi Auni minum susu ibu jugak, aku kenalah pam susu boh dalam botol. Gila sakit woo pam susu. Haihh.... Abah lak beli pam yg manual. Punye le lembab nye, nak kena pam. Aku soh beli yg bateri punye, ntah hape kena Abah aku tu dia taknak beli. Bengang la pulak aku. Dah le susu baru2 nak kuar. Lama pulak aku nak pam sampai botol tu penuh. Cobaan betui.

Skang, Abah dan Mak dah balik. Mak Mentua aku lak sampai bersama kakak ipar & husband dan juga Adik Ajim. Sonok la hubby mak dia dtg. Senyum je sampai telinga. HAhaha... Senyum tu la yg aku nk tgk tu. Kalu dia senyum senang hati tu maknanya senang le juga aku nak suruh dia wat pe pon. Hiiihhiii....

25 Aug 2009

The Chronicles of Pantang - Episode 1



hari ni aku mula sesi urut. tapi, cuma urut untuk keluarkan susu je. sudah 5 hari, susu masih belum keluar. aku pun dah rasa seram sejuk. urat dah sakit2. dah le sakit kaki yg lepas tu tak baik lagi. bila bersalin, lagi bersimpul-simpul urat betis aku. kaki aku yg beso dinosor ni, bengkaknya belum surut.

mak dan abah dah sampai semalam. bukan main seronot dapat tgk cucu sulung. memacam nama panggilan depa dok pikir utk diri snir. apalah yg bakal cucu depa ni panggil kat depa. padahal, si auni ni lambat lagi nak boleh bercakap. ehehe.... Mak nak jadi OPAH. Abah nak jadi Tok Chei. Tok Chei tu sama lah dengan Tok Wan, tapi versi Sik punyo. HEHE.. esok kite tgk la Mak Mentua aku nak pilih nama panggilan apa pulak.

Nasib baik MAk sampai. Aku dah mula rasa seram sejuk dah. Risau pulak kalu bentan. Mak hidangkan suma makanan. At least hubby dah bleh rehat dah. Kesian dia, ke hulu hilir cari macam2. Mandi pun tak mo. HUAHAUAHAHUA... Aku dah call MakCik Tipah semalam. Dia mmg Mak Bidan kat Navy base nih. Hubby amik kat umah dia jam 9am. Masa Cik Tipah tu tgk aku, dia bebel le sebab aku jalan laju sgt. Aku pon tak pasan laju camne. Jalan slow pun aku tatau mcm mana punya slow. Gear apa nak pakai. Aku rasa cara jalan aku tuh dah slow sgt dah. Nak bebal pon ada gak. HAHAHA... tapi sbb sakit tak abih lagi takleh nak buat apa la. Kan best kalo aku ada super power? Boleh gerakkan barang dari jauh je. Sangat berguna masa berpantang nih.

Walaupun cuma urut untuk kuarkan susu, sakit nye bleh tahan jugak la. Aku mmg sgt tak suka urut sbb mengikut pengalaman urut2 sebelum ni, pengurut tu suka komplen mengatakan tubuh badan aku ni sgt le keras dan pejal, membuatkan org yg urut tu terpaksa menggunakan tenaga yg banyak kalu nak urut. aku tgk Cik Tipah tu dah berpeluh-peluh dah urut aku. Aku lak penat menahan sakit. Aduyai. Sapo la kata urut ni best? Sambil urut2 tu, Cik Tipah pesan la memacam. So, aku pun bleh menuntut ilmu sesambil tu. Pastu, dia try picit2 kaki lak sbb aku ngadu peha kanan aku sakit. Haa.... yg bab picit peha tu lagi la menderita aku dibuatnya! Bayangkan la kaki sebesar dinosor, dia bleh jumpa plak urat yg bersimpul merata2 kat situ, sampai ke bontot dia picit. Selalu kalo org picit bontot rasa best kan? Haahahah... ini picit bontot , ko menjerit sakit! Hamek ko. Dia urut punyolah lamo kat situ, seluruh kaki kanan aku, sampai ke hujung jari. Dipicitnya bengkak kaki aku yg tak susut sejak ngandung dulu. Heemm.... naik ting tong kejap.

Lepas tu dia check perut lak. Dia urut sikit, kasi naik. Dia kata free servis. HAHAHAA... Dia taknak urut bersalin lagi kat aku sbb aku dah nak balik kampung. Tapi dia pesan la... "urut sengkak rahim ni mmg sakit tau! Mesti kamu melalak nanti."

Ohhh... tidawwwkkkk!!! Dia urut ciput tu pun aku dah ber'adeh'an dah!

So far, berkenaan makan di kala berpantang, I really don't have problem with that. Aku pantang seperti yg sepatutnya. Tak kisah pun makan ikan talang dgn kuah sayo air je. Kalau tak pantang pun, sawi air tu dah mmg faveret aku. Lada hitam mmg dah aku makan selalu. So, aku tak bebal sangat kalu bab makan nih. Cuma, tgk murtabak tu je cam best. AHAHA.. aku cuma takleh minum teh je. Sebab aku banyak angin. Nasi? Nasi makan juge. Aku suka nasik lembek2 sikit - panas2. Dah sedap dah tu.

6 jam selepas urut, aku bukak stokin - kaki aku dah tak bengkak dah. Yeeehaaa... aku dah berjaya menguruskan kaki aku!!!!!!! dah ringan rasa kaki. Alhamdulillah. Pastu, berak aku pun dah lawas. Aku mmg camnih. Kalu after 'event' besar2 yg menimpa tubuh badan aku, aku musti kena urut. Kalu tak urut, urat sakit, takleh berak. Dulu, masa aku eksiden dulu pun aku kena urut baek punyo. Baru leh makan, berak, kencing.... tido. Kalu tak, adeh adeh la aku sampai ke sudah. Nasib baik dulu Abah soh urut. Kalu tak lagi teruk gamaknya sakit badan aku time beranak kan? Sekarang, pas urut kaki tu sket, aku dah leh buang air beso dengan penuh perasaan... walaupun terpaksa berdiri.

La ni, Mak dan Abah kuar gi jenjalan kat pekan Setiawan. Katanya nak pi bank. Tinggallah aku ngan Auni dan hubby. Kenapa aku leh blogging dan fb? I just can't help myself. Kalu ada something yg exciting, I love to write it down. I like to share.

It's fun!

24 Aug 2009

AUNI ALWANI - 22-08-2009 - you are finally in my arms.



Aku mula rasa contraction sejak sahur di pagi Sabtu, iatu hari pertama datangnya Ramadan. Aku dah tak boleh nak tido lansung walaupun aku cuba tido lepas sahur. Hubby lak hari tu duty.Mak dan Abah masih di Lumut, bercadang nak balik Sik hari tu.

Jam 10am, aku dah rasa makin sakit. Tu pun aku sempat lagii borak ngan Mak. Dia bagi briefing pasal jamu yg dia belikan untuk aku. Mak nak dtg balik ke Lumut 25hb nanti dan teman aku sampai bersalin. Yg bestnya, Mak aku dah siap pakai tudung nak balik je. Just tunggu Abah aku bangun tido je. Adik2 suma dah ready.

Aku puasa masa tu. Cuba jugak nak puasa. Aku rasa sakit ku makin kerap, tapi tak ada pun sebarang tanda yg turun.. Aku musykil jugak. Kesakitan apa kah ini?

Kebetulan, aku on YM, nampak Kak Huda online. Dia suggest aku pi spital, no matter wat pain was it. So, aku pi jugak Berbekalkan semangat kental. Hahaha.. nasib baik hubby masih ada di umah.

Aku terus ke unit bersalin. Lepas 'disoal-siasat' butir-butir kesakitan dan tanda2 yg aku alami, aku dibawa masuk untuk ujian. Lepas di'seluk' which is sangat tak best, rupanya laluan sudah 3 cm terbuka. Aku perlu ditahan di wad hari tu juga. Estimation time untuk aku bersalin adalah around 8pm to 9pm.

Masa tu aku rasa berdebar , tapi hepi. Aku senyum je sepanjang masa. Berkat doa aku setiap hari agaknya agar Allah mengurniakan aku keberanian, dan hilangkan ketakutan menempuh kesakitan semasa bersalin. Dia memberikan aku courage yg sgt besar. Tak sedikit pun rasa risau menerjah pikiran aku. Yang aku pikir, tak lama lagi Auni akan bersama aku. Sepanjang contraction, aku beristighfar, doa Nabi Yunus dan selawat ke atas Nabi tak aku tinggalkan. Setiap kali sakit, aku kuatkan semangat bahawa kesakitan itu membawa anak aku lebih dekat dgn aku. Aku tau aku takkan sakit lama kerana aku pergi dengan redha dan kasih sayang suami dan keluarga.

Aku dihantar masuk wad 1 untuk tunggu sampai 'laluan' terbuka sehingga 4 cm. Aku ingat lagi, masa tu sudah jam 1 tengahari. Hubby balik sekejap, nak gtau Mak dan Abah ttg aku. Baju dah salin dah. Pakai baju pink kalerrrrr..... pastu aku baring le kat katil tu dgn tenang dan sakit. HAHA... Tu pun, aku leh sempat beramah mesra dgn mak kepada patient yg sdg teman anaknya yg sedang menanggung sakit bersalin. Dia tanya aku dah makan ke, aku ckp belum. Cuma minum air sikit buat bukak puasa je. Kebetulan, anak dia taknak makan sbb dia dah bawak lauk dari umah. Dia bagi nasik hospital tu kat aku soh makan dan dia berikan aku air. Huu... leganya aku dpt makan. Makcik tu layan aku membuatkan aku rasa mcm Mak ada kat situ.

Anak dia, kalu tak silap Idah namanya panggilannya, bertuah sbb Mak dia ada di situ. Suami dia pun ada skali bagi sokongan moral. Best.. Bila dia sebut sakit je, suami dia akan pegang perut dan gosok-gosok. Gosok2 belakang. Huu... hubby takde kat sebelah. Dia duty. Tapi, kalau dia ada pun, aku rasa tak sanggup nak bagi dia tunggu aku lama2. Silap2 aku jadi lagi mengada-ngada kot. Kuang kuang kuang...............

Nurse-nurse kat situ bagi layanan yg elok kat aku. Aku tak duduk kelas 1 sbb tak de kelas 1 kat sana. Tapi, wad berapa pun aku tak kisah, janji aku tak sorang2 menanggung sakit apatah lagi hubby tak de kat sebelah. Hmmm... kontraction masih berterusan. Letih, aku terlelap sekejap. Dan bila sedar, Abah dan MAk dan adik2 ada kat hujung kaki aku, siap leh kutuk2 kaki aku yg bagaikan disengat tebuan tu. Ceehh....!

Mak decided nak tinggalkan Kimi di umah. Tolong uruskan apa yg patut. Kimi boleh masak sikit2 so bolehlah dia sediakan makanan untuk aku. Dalam pantang, tak sedap pon tak pa kannn...? HAHAH....

Family aku balik tanpa sempat tunggu aku bersalin. Sebab esoknya Linda and Alang ada kuliah, dan Mak ada kelas tambahan. Tadahal la Mak. Malaysia Boleh! Hubby pun balik jugak. DIa sambung kijo kot. Tapi dia akan dtg balik bila aku dah masuk labor room.

3 jam kendian, sakit itu datang lagi. Bubur kacang hijau ada kat depan aku. Jamah sket. Pastu sakit lagi. Dah takleh nak jamah dah. Idah (patient katil depan aku) dah tak de kat katil. Dia dah kena masuk labor room sbb dah terbukak 4cm. Nurse dtg gtau aku, kalau sakit jalan sikit pi depan, nak 'seluk' skali lagi. Kalu terbukak 4cm, baru leh masuk labor room. Aku cakap "Baik Misi..."

Nurse-nurse kat situ suma cam heran tgk aku. Dah le bini navy, umah dekat HATL, apasal pulak mak buyung ni bersalin kat Hosp. Manjung? Kan ke dekat lagi HATL tu, depan umah dia je. HAHH.... AKu sengih je. Suka ati aku lah. Aku yg nak beranak kan. Tapi, sebenarnya ramai je bini navy bersalin kat Hospital Manjung. Aku suka nurse2 nya siap leh borak2 ngan aku, membuatkan aku lupa sakit nak bersalin.

Jam 4.30pm, aku jalan gi kaunter, cakap sakit ni dah makin kerap. Nurse check, dia kata dah terbukak 5cm dah. Aku dah bleh ready-readykan diri untuk masuk labor room.

"Awak dah leh call husband soh dtg. Dia bleh teman awak di bilik bersalin for moral support." Nurse tu gtau.

Mak ada bekalkan aku telur ayam kampung dan madu lebah asli. Dia pesan, sebelum masuk labor room, makan dulu telur ni, mentah2 campur ngan madu. Ini bagi memudahkan bersalin. Nak gtau, air selusuh pun aku tak minum. Aku hanya baca doa selusuh je berkali-kali. Pastu, doa2 lain tu aku main cakap Bahasa Melayu je. Tak de dah doa payah2. Dah mmg mission berdoa tu doa kpd Allah kan. Hati aku masih lagi tenang. heran jugak, apasal aku tak cemas. Bukan ke time ni patut rasa cemas ke?

Apa rasa telur ayam kampung? Hmm... makan mentah? actually, telur tu bila campur ngan madu lebah asli, tak bau apa dah. Aku telan slamber je, rasa manis melecaihhhh!!!! Haihh... Nak terkincit aku minum. Hahahahhaa...

Bila masuk labor room, Bidan yg bernama Komala yg menguruskan aku. Baik sungguh dia. Dia bagi briefing macam mana nak meneran dgn betui dan apa yg aku perlu buat. Aku tak rasa takut lansung bila dgr dia bercakap.

"Contraction tu mmg sakit, dan u akan sakit selagi u tak beranak. But, contraction is good to help u bersalin. Bila sakit, u teran OK. Kalu tak sakit, jgn teran. "

Sementara nak tunggu terbukak tu.... ada la gas untuk disedut bagi membantu aku menangani kesakitan. Hubby dah sampai dok sebelah aku. Borak-borak kejap. Mata aku dah stim ngan gas tanpa kusedari. Di minit-minit terakhir, aku minta hubby gosok2 sikit pinggang aku sbb aku rasa sakit yg teramat.

Tetiba, aku rasa nak meneran. Masa tu aku dok mengiring ke kiri. Memang confirm nak teran punyo. Hubby panik. Dia takut aku jatuh katil je. Komala masuk dlm bilik dan dia check, then dia minta hubby keluar sbb aku dah nak bersalin. 'Seluk' lagi satu kali.... Sudah buka 8cm. Komala bagi semangat lagi suruh sabar. segalanya lancar. Rahim aku lembut, dan tinggal 2 cam lagi baru kepala baby leh kuar. Kalau rasa tak selesa nak telentang, boleh mengiring. Dia panggilan doctor.

Doctor bernama Dr. Thomas. seperkara ttg doc ni, beliau mengingatkan aku kat Nesan. Haha.. mukanya nak sama, cuma doktor ni lebih hensem. hah, menyampah2 kat Nesan, skali doktor nye dpt muka cam dia. Hamek ko!

Sakit nak meneran sudah tiba lagi. Jam menunjukkan pukul 5.45pm. Labor room tu dah penuh dgn org, aku pun konpius yg mana satu doktor bertugas, yg mana tak bertugas, yg mana satu MA, mana satu misi... Aku kira ada la dalam 5 org dalam labor room aku tu. Suma dok bagi semangat. Yg aku kenal Komala ngan Dr. Thomas je.

"Ok.. good. Ok... good.... Sikit lagi. Dah nampak rambut dia dah. Teran lama sikit... Baby awak tersangkut kalu awak teran sekejap2..." kata Komala. Masa tu aku rasa dah lama sangat aku teran. Ntah berapa kali push dah. Aku rasa ada problem sbb diorang dok ckp2 apa ntah aku tak paham. Pastu, diorang pasang besi untuk aku letak peha aku kat atas tu, so lebih senang aku nak push.

Heemm.. memang senang nak push sbb aku takleh nak pegang peha aku sniri sebenornya. Aku dah lupa sakit suma, yg aku tau nak push je BILA SAKIT DATANG. Ada sorang Doktor hensem datang dok belakang aku, pangku belakang aku so that I can push more. Aku lak meneran ngan mata tertutup dan siap ketap2 gigi lagi. Geram pulak rasa bila teran tak kuar2.

"Nah. Gigit kain ni." Suara seorang lelaki yg memangku belakang aku muncul sambil tangan dia sumbat kain kaler hijau dalam mulut.

Aku pun gigit la. Membantu jugak. Tetiba je, aku rasa lain macam dalam mulut aku. Ape menda lak kasar2 nih?

Rupanya, tu serpihan gigi geraham aku yg pecah dek meneran penuh perasaan. Huuuu.... aku dpt rasa ngan lidah aku gigi aku dah rompong. Serpihahan tu berterabur kat kain yg aku gigit. Sempat lagi tu aku kutip gigi tu letak sebelah mesin ECG.

"Ape tu?" Dr. Thomas yg berdiri depan aku (depan tempat baby nak kuar ye....) tanya dengan muka heran.

"Tu gigi saya doktor. Gigi saya pecah, jatuh atas kain ni..." Dengan mata stim, letih, masih lagi slamber memberi jawapan, diikuti ketawa kecik org2 yg dok dlm bilik bersalin tu sekali.

"Teran sampai patah gigi? Tak cukup kalsium hang ni. Takpa, demi anak." Kata sorang misi tu sambil sengih. Aku pun sengih gak. Tapi, sambung balik teran.

Last nya, aku dah tak larat. Maybe laughing gas tu buat aku lemah kot. Sorang lagi doc masuk, kali ni doc pompuan. Betul la doc pompuan ni mmg agak kereks sket, tapi aku tak dulik pun. Dia soh bawak masuk vacum sbb baby dh lama sgt dah tersekat kat pintu. Nampak kepala sikit je. LAgipun kepala baby ngadap ke bawah. So, dia takleh napas.

Mendengar kata 'baby takleh napas' tu lah aku jadi kuat. Tetiba lak rasa sakit nak meneran tu dtg. Aku teran lagi , kali ni full swing punya teran dah. Suara-suara 'penyokong' dalam bilik bersalin tu buat aku tau yg apa yg aku buat tu betul (I mean cara teran aku tu betul sbb baby tu kuar...) Diorang gosok2 skali perut aku to help the baby out.

Aku rasa panas semacam. Doc pompuan tu tarik something keluar dan masa keluar tu, keluar jugak skali rasa sakit. Doc letak anak aku atas perut. Tapi dia tak berbunyi, and dia berwarna BIRU. Badan dia panas. Mata aku yg kabur2 dek pening stim gas tu masih nampak yg diorg tgh masukka tiub dlm mulut anak aku. Nak sedut lendir2... Then pastu, baru dengar suara. Sikit je nangih. Pastu dia diam. Bidan angkat anak aku, tanya "Tgk ni. Laki ka perempuan?"

"Perempuan..... "Lemah aku jawab, ada rasa nak nangih. Tapi tak nangih pun. Dia letak balik anak aku atas perut. I held her and called her nama for the first time - AUNI.

"Auni, Ibu mintak maap. Kesian anak ibu...."

Pastu aku dengar dia nangih then akak misi telah mengambilnya daripada aku untuk dibersihkan. Aku ditinggalkan dalam bilik bersama Dr. Thomas dan Komala bagi kerja-kerja 'pembaikpulihan' bahagian yg tak baik. HUUUuuhhhuuu.....

Selepas daripada tu, kehidupan aku dah tak sama mcm selalu. Seronoknya bila memandang anak yg aku lahirkan dengan susah payah. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku. Masa hari lahir aku, aku berdoa agak Auni lahir segera. Dan aku pernah mendapat mimpi sehari sebelum Mak dtg, yg aku akan bersalin bila Mak dan Abah ada di Lumut.

Auni lahir 2 hari selepas hari lahirku. Lahir dengan penuh ketenangan, dan dilimpahi kasih sayang semua. Seperti namanya, Auni... yg bermaksud Ketenangan ku.

You are finally here with me.....

Ayah and Ibu love you so much.

22 Aug 2009

Contraction kot?

Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Check-up terbaru aku (mungkin yg terakhir smasa mengandung) was on 20th of August 2009, Thusrday. Aku lambat update sbb masa tu hari sebeday aku dan aku sibuk ngan menda2 lain. Family aku sampai malamnya utk sambut hari kelahiran aku dan juga hari ulangtahun perkahwinan aku yg pertama.

Hari ni aku mula rasa contraction.Aku pun tatau la ni contraction betui2 ke memain ke tapi sakitnya mmg Allah je yg Maha Mengetahui. Tu pun, sempat lagi blog. Aku tak de turun pape tanda so far cuma hanya sakit ni je yg aku alami.

Nampaknya, sakit ni semakin kerap. Aku rasa aku kena pi spital la ni.

20 Aug 2009

20-08-2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME.......

AND



HAPPY ANNIVERSARY TO US

Sudah berusia 26 tahun rupanya aku. Hmm... apa yg aku dah buat sepanjang tahun ni?

Kalau tahun lepas, aku berjaya mencapai misi - nak kawin di usia 25 tahun, pada tarikh yg aku mimpikan 20-08-2008, tahun ni aku bakal mencapai misi seterusnya, untuk menjadi seorang ibu.

Ya... di hari lahirku tahun ini, aku sedang menanti kelahiran puteri sulung kami dengan penuh debaran. Alhamdulillah.... Semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah.

Tetiba Abah cakap nak dtg pulak hari ni. Itu hari cakap nak dtg 25hb. Hmm.. dia kata dia nak sambut besday aku kat Lumut. Beria-ia benar dia nak sambut kali ni. Elok jugak. AKu pun dah lama tak jumpa family. Tengah tunggu diorang sampai la ni. Jumpa kat KFC Setiawan kang. Aku pesan supaya diorang bawakkan barang2 yg aku tinggalkan di kampung hari tu, memandangkan aku akan berpantang di Lumut.

Actually, nak pantang kat mana pun tak sure sebenarnya, tapi hati aku ni kuat sungguh mengatakan yg AKU PATUT PANTANG KAT LUMUT. Aku tatau kenapa, tapi biasanya aku punya gerak hati tu kuat dan aku biasanya folo je apa yg hati aku kata. Well, selalunya tidak mengecewakan....

Cayangku Auni... bila nak keluar ni. Kesian Ibu.... Semoga anakku sihat walafiat. Ni tgh gerak2 nih. Haih...~

2 hari lagi nak posa.
Kepada seluruh umat Islam khasnya pembaca blog aku, SELAMAT BERPUASA. Semoga dapatlah korang posa penuh tahun ni. Yeyeyehh...

Aku? COnfirm la kena ganti posa pasni. Aiyaaa...

13 Aug 2009

Tanda-Tanda Sakit Bersalin

Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa 'panik'.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Pecah air ketuban: Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).

Kisah Pencarian Sotong Kering - ala2 National Treasure. Huhuhuhuh...

aku, kak nad dan enot di dalam toilet eksklusif. aku ketika ini 8 bulan pegnen. Maseh comel.

Ikwan, Fatin, Yana, Nana dan aku. Masa ni - 5 bulan pregnant.

aku, Nana dan Fatin. Masa nih pregnant tatau brape bulan. Tapi perut dah beso.

aku rasa aku kelihatan seperti Norjuma lak.

aku ketika 6 bulan hamil. yg tak beso cume lah taik lalat aku je. yg lain sume beso. Wakkakakaaaa!!


Aku baru je balik check-up. Kandungan dah masuk minggu ke-37. Hari ni ada ultrasound. Berat terkini, 72 kg. Baby sihat. kaki aku bengkak baek punye. Pastu, celah kelengkang pon sakit. Menyukarkan pergerakan aku. Camne nak shuffle nih??

Tengah2 aku dok chatting ngan Fatin berkenaan dgn abg dia, aku teringat satu kisah ni. it happened during my wedding day last December. Citer funny lah jugak...

3 hari sebelum kenduri, aku dan Abah kuar ke Alor Setar, nak borong ikan talang masin dan sotong kering. Banyak abah beli. Aku tak sure brapa, tapi harganya mencecah ratus gak lah utk suma barang tu - ikan masin, ikan bilis dan sotong kering. Sotong kering dibalut dalam kertas surat khabar, dan dimasukkan dalam beg palstik berwarna hitam.

Maka, selepas selesai urusan, kami berdua pun balik ke Sik. Perjalanan dari Alor Setar ke Sik mengambil masa hampir 2 jam lah. Sempat lagi abah belikan aku air nira sbb ntah nape time tu aku teringin sangat nak minum. Abah belik 2 bungkus lagi. HAHAHA....

Suma barang2 kering tu gunanya utk masak makanan bagi org2 gotong-royong memasak masa kenduri. Biasalah, kat kampung, diorg lebih suka masak sendiri. Abah aku pun mmg sgt suka bermasyarakat. Dia lebih suka meriah2 camni. Walaupun kenduri aku jatuh 14 Disember 2008, kawasan umah aku tu dah macam kenduri dah 3 hari sebelum tarikh tersebut. Khemah dah naik seminggu awal. Haha... Meriah beb!

Standard la knuri, mmg sgt stress bagi org2 yg menguruskannya. Aku bersyukur sgt sbb aku ramai adik lelaki. Angah, Alang dan Kimi lah yg berkerja-keras dgn Abah sbg mandurnye. HAHHAAA... gile. Mak aku uruskan makcik2 yg datang buat bunga telur, hadiah dan uruskan makan minum tetamu yg dtg. Dia dibantu adik pompuan aku, Linda. Linda, kijonye BASUH PINGGAN. Aku, mmg tak buat apa sgt. AKu cuma uruskan hal pelamin, baju2 aku dan tempat tinggal kawan2 pengantin lelaki yg nak dtg wat sword bearer nanti. Tu je.

Ikan talang yg dibeli, dipotong kecik2 dan digoreng. Boleh makan ngan nasi goreng, nasik lemak atau nasi putih je. Ikan bilis pun camtu jugak. Walaupun kerja gotong royong ni best, tapi leceh. Sbb kena prepare makanan utk org2 yg membantu. Mana boleh biar je diorg buat kijo tak makan. Nak kena sepak?? Kopi musti ada. Takleh takde. Seryes renyah. Kalo pakai katering, ko lepak je. Takyah nak wat pe. Esok nak knuri pon, ko leh melepak lagi. Siap duit je.

2 hari sebelum majlis, aku digemparkan dgn kehilangan sotong kering yg dalam beg plastik hitam tu. Mak le tanya, kat mana aku letak. Kalu tak silap aku, beg plastik tu aku nampak atas meja makan, petangnye. Ntah sapa keluarkan beg plastik tu. Tu pun aku tak pasti tu beg plastik sotong ke beg plastik menda lain. Tapi, aku ingat lagi bau sotong kering yg menjelma bila beg plastik tu dikeluarkan. Masa Mak tanye pasal sotong tu, dah malam dah. Mak nak keluarkan sbb dia nak rendam utk wat sambal nasik lemak keesokkannye.

"Tah tah depa buang pa sotong kerin tu. Dok dlm pastik hitam plak kan." Mak aku buat andaian.

Habeh la.. kalu buang, rugi la. Banyak siot sotong tuh. Apa lagi, adik2 aku dikerah untuk buat pencarian. Maka bermulalah pencarian sotong kering di sekelilng dan segenap pelosok umah aku. Penat oo.. sbb umah aku dah ramai org. Adik bradik, sedara mara ramai yg dah sampai, dan time tu suma dah ready nak titon. Dah bentang lemek dah, bantal pun dah start ditepuk-tepuk. Suma letih. kembang kempis lubang idung adik2 jantan aku, cuba mengesan bau sotong kering.

Paling mengeruhkan suasana, Abah aku lah. Dia dah tau ttg kehilangan sotong tersebut. Maka, dia pon membebel. Macam2 dia marah adik2 aku, aku tak pasti apa yg Abah kate, tapi adik2 aku sgt terasa ngan kata2 beliau. Alang kata, Abah macam tak hargai kerja keras diorg selama nih, dlm nak menjayakan MISI KENDURI KAWIN KAK LIZA.

"Dia ingat kami ni dok melepak ja ka? Ni nampak dak ni, peluh dok meleleh tak abih gi. Ketiak masam, tak mandi lagi dah malam dah. Tau la penat, tapi tak payah la nak marah org sbb sotong kering ja." Alang mengomel. Jelas terpancar kekesalan kat wajah dia yg banyak jerawat tu. Aku paham. Alang ni dia jarang mengamuk. Tapi, bila dia mula bersuara, walau bunyi dia lawak tapi menikam kalbu jugak. Alang tak suka gaduh2. Bila dia marah, dia frust ttg something, dia akan nangis. Haa.. tu Alang. Aku kakak dia yg jaga dia dari baby2, aku berani kate hati dia sgt lah lembut.

Aku sbg kakak, takkan lah nak bakar lagi adik2 aku supaya marah kat Abah. Walaupun Abah tu mmg sgt lah annoying dan keterlaluan, over acting... tapi dia kan ABAH. Walau Abah slalu jugak bagi aku meleleh ayaq mata, aku takleh biarkan adik2 aku terus marah Abah aku camtuh. Tak elok. So, aku pujuk la.... Bagi semangat sket. Mintak maap kat adik2 aku sbb menyusahkan diorang dek kenduri kawin aku yg ABAH nak wat besar-besaran gitu.. Abah pun penat jugak.

Last skali.... Alang dan Kimi (adik lelaki aku yg nombor 5) buat pencarian terakhir. Cari dalam tong sampah. Bukan tong sampah dapor tau. Tong sampah yg besor tu. tong sampah tu letakknye kat luar Balai. Kimi sampai terjun masuk dlm tong beso tu, hanya kerana nak cari sotong kering yang hilang. Bunyi cam kelakar kan? Tapi, sgt stress bagi adik2 aku yg dua org nih. Didorong rasa takut kat Abah, dan rasa tanggungjawab, adik2 aku buat menda nih utk aku. Tengah2 malam lak tu. Ya Tuhan, kesian sgt.

Malangnya, tak jumpak pon sotong terbabit. Pelik. Kat mana pulak la sotong tu pegi? Kalu jumpa dlm tong sampah tu pun, nak ke masak kan?? HAHAHAA.....

Mak aku dah serender dah. Dia letih. Malas nak pk dah. Alang dan Kimi balik dgn frustnye. Hai ..soton soton.. mana ko pegi?

Abah, bebel la lagi. Muka bengang je. HAHHA.. tatau le bengang sbb soton ke atau sbb lain.

Esoknya, lepas subuh, aku dan Mak bangun nak start masak utk makan pagi. Maksu Jamilah pun dah bangun. Masa Mak dok ikat rambut, Mak ceritalah kat Maksu pasal sotong kering yg hilang tu. Dari mula sampai la habih, sampai ke cerita tong sampah.

Tetiba, Mak Su gelak. Maksu kalu gelak, sgt lah lawak. Dia lak jenis mami2 jarum sket.

"La..... awat yg hampa tak gerak Maksu?? Mak Su yg angkat plastik sotong tu, boh dalam peti ais! HA HA HA HA HA..." Dia gtau sambil gelak.

"peti es mana? Kami cari takda pon?" Ohh.. peti ais kitoang ada 2. Satu peti ais 2 tingkat. Satu lagi peti ais yg beso, buat isi daging. Peti ais 4 segi tu...

"Peti ais yg hampa boh daging tu la. MAk Su boh dlm tu takut satgi org terambik, tauk buang. Naya ja. " Mak Su jawab.

Muka paling bengang skali Kimi la. Alang dah sengih dah. Dia lega kot. Mak aku tengok dlm tong ais tu, ADA! Tak de sapa pun terpikir nak check. ataupun, diorg dah check tapi diorg tak perasaan ada sotong dlm tu sbb terlampau penat. Lagipun, sotong tu dalam beg plastik itam, balut ngan surat kabar lak. Camne nak nampak?

Len kali labelkan. Kan senang!

"Naya apa Maksu? Maksu buat naya kat kami. Kami dah lompat dlm tong sampah besaq kat luaq balai tu dah sbb nak cari sotong ni ja. Apa la MakSu ni...Sesia ja Kimi masuk dlm tu......" Kata Kimi.

Mak Su gelak lagi. Mak aku dah sampai mengalir air mata dah tgk dia gelak.

Tu le kisah yg jadi kenangan aku dan adik2 aku. Memandangkan anniversary aku dah nak dekat, aku abadikan kat sini, supaya aku tak lupa. And I'm sure, adik2 aku pun tak lupa, especially KIMI. aAAKAKAKAAA...

Sayang sungguh depa kat aku sampai sanggup terjun dlm tong sampah. Mana nak dapat adik camni?

Kimi, Angah dan Alang. Yg duduk tu Adik.


Adik2 aku bersama abg ipar mereka yg sgt cute!

11 Aug 2009

GUGUGAGA Makbed..

Pagi tadi aku rasa badan aku sengal2. Celah kangkang pun sakit. Kaki aku membengkak. Emosi aku tak stabil. Aku rasa menyampah. Dan aku rasa hubby pun menyampah kat aku. Tapi.. aku tak peduli. Aku jalan pi ruang tamu. Rasa macam jauh je ruang tamu tu. Berat betul rasa nak melangkah. Pinggang dan perut berdenyut-denyut.

Nak beranak kah?

Tak pun. Tanda2nya takda. Cuma sakit di bahagian kemaluan, but tu pun sbb perut aku dah jatuh dan bagi preasure kat situ. I am in a complete mess. Aku cepat berpeluh skang. Dok kat satu tempat tu, tap..tap.. ayaq peluh keluaq. Mcm pi marathon. Padahal dok umah je. I want to do so many things, yet I can't move swiftly. So, I tend to sit down.

Sometimes, aku rasa aku tak patut duduk je. Aku kena kemas umah. Tapi, aku tak mampu nak tonggeng2 kemas. Segan lak tgk hubby ngemas kat aku, tapi ahhahaa... biar lah dia kemas. Aku cume takut dia komplen... Kang dia cari awek lain lak sbb aku kelihatan sgt pemalas dan huduh!! Yee.. aku sgt huduh la ni. HAHAH... muka dah sembap. Berminyak... Boleh tapis minyak nih buat goreng ikan bilis. Gumok jgn ckp le. Pepaham jelah org ngandung punye body figure. Kan Kan Kan....

ARGHHHHHHHHHHHHHH..... camne nak jadi sexy ni???

Time tido adalah time yg menyeksakan. Mata ngantuk, tapi badan tak mo tido. Tido pun asik merengek je. Ya Tuhan, berat beban seorang ibu hamil, sampai nak tido pun dia takut. Takut baby tercedera ke... HAHAH.. perut beso ni beb. Kalu salah posisi, boleh kena migrain dibuatnya. Untuk membiasakan keadaan mcm ni, aku kena mengandung 3 4 kali kot. kan kan kan... tapi, kata org, mengandung ni, walau dah 10 kali, rasanye berbeza. Takkan sama.

Another thing , aku malas mandi. Suddenly, aku malas. Bukan apa.. even aku mandi, aku tetap berpeluh2. So , letih le. Tadi, lepas hubby gi kijo, aku tido sampai jam 3 petang. Aku dok dlm bilik je. Tak kuar2. Hubby balik masa lunch pun aku tak tau. Aku men sms je... Padahal dua-dua ada dlm umah. Tapak kaki aku pon bengkak. Dlm umah pon aku pakai slipar saiz 7. Slipar hubby. Sedap slipar nih. Lega sket tapak kaki.

Hubby tau aku asik ngan laptop je. Duduk lama kat atas kusi. Dia angkat meja kecik boh bawah meja komputer, soh aku melunjur kat situ sambil berfesbuk. Ahaha... sayang dia kat aku. Kalo aku ngadu sakit, dia picit le kaki ngan minyak yuyi cap limau. Tapi, kalu dia picit, mmg sangat sakit lah. Kalu ko tgh tahan kencing, ko leh kencing kat situ juge. But, after that, kaki yg sakit2 tu dah lega.

Persediaan utama selepas bersalin - cari mak bidan. Di Lumut ni, aku tatau sgt sape mak bidan yg berprestij. Huahuahuahua... Kebetulan, Kak Faz kenal sorang bidan. Dia lah yg call kan bidan tu utk aku. Tak mahal... RM100 je utk 3 hari urut dan ape menda ntah lagi dia nak buat. Hokeh la. Janji ade. Nak harapkan mak mak , kesian diorg ada kijo dan tanggungjawab memasing. Tak molah susahkan diorang. NAsib baik ada Kak Faz. Tak dela aku tersesat. Nak pi mana2 leh ajak dia. Dia kan loyal resident kat Lumut. Sampaikan kat mana nak beli kelapa parut pun aku tanya dia jugak. HAHHAAAA...

Maybe esok aku gi jalan2 ngan dia lagi. Hari ni dia ajak aku makan sesama ngan dia, tapi sbb aku tak OK, aku postpone le. Hee... Kat Lumut ni sgt panas tau. Malam pon panas. Jarang sgt hujan.

7 Aug 2009

Entree yg tak de motif lansung!

Alhamdulillah. Dah selesai ujian tahap kandungan gula pagi tadi. Keputusannya, negatif. Tapi, ada potential untuk kena jugak sbb result aku dapat 7.2. Result yg 'melayakkan' aku dpt penyakit kencing manis ialah 7.9. So... kalu aku tak jaga makan, mmg confirm boleh kena jugak.

huih.. gila kentang minum air manis tu. walaupun rasanye sedap jugak, tapi sbb terlampau manis, pening kepala aku nak ngabihkan nya. Air tu perasa oren.

Hubby keluar pi ambik Bambam Bee (nama manje utk kereta kami.) Dah seminggu dia kat bengkel tu. Kesian dia. Kerosakan yg sgt teruk jugak la. Padan lah dengan khidmat yg dia bagi pada keluarga suami, sampai 11 tahun, tak pernah kena servis sebegitu rupa. Sekarang, dia dpt tuan baru. Aku yg bawak dia ke hulu hilir sepanjang aku hamil. Dan, aku sgt syg keta tu. Tak kisah la buruk ke apa, bagi aku keta tu sgt best. Walaun slalu rosak, tapi... dia rosak sbb tak servis. Bukan sbb selalu servis tapi rosak. JAdi, aku dan suami tak ralat nak spend 'sikit' duit untuk kerosakan dia baru2 ni. Sbb, she deserves this treatment and care. One good thing about Bambam Bee is, dia tak pernah rosak tengah jalan. Selalunya, dia akan make sure tuan dia sampai ke destinasi yg dituju, THEN baru dia rosak.

mujurlah jugak, masa dia rosak ni, aku ada duit sket nak repairkan dia. HAh, pasni, aku cadang nak cat dia plak. I chosed the best for her, my lovely car. Of course, it's gonna be BLACK, but not an ordinary black. Likewise, I don't like being ordinary. So does the car!~l

Ouch! Auni is kicking. Heheh.. tak sabarnye nak melahirkan. Aku tak sabar nak tgk hubby aku jaga anak kami. Hee.... hubby nampak mcm tak de perasaan, kematu, keras tak de emosi (those words coming from his close friends) , but to me... he is soft. And he is damn good in handling kids. Huh, kalu tgk dia jaga baby, aku pon kalah. Maybe sbb dia ada satu sifat, penyabar. Dia lebih sabar dari aku. I respect his value. Cuma, ada time mulut dia tu laser jugak. Kengkadang, kena lak ngan aku yg cepat hangin ni, boleh jadi perang saraf jugak la sekejap. HAHHAA.. anyhow, we blend well. Tak penah gadoh pun. I learnt a lot from him. In fact, he is a good example to follow. He will be a good daddy. Semoga Auni mewarisi sifat sabar yg ada dalam diri ayah dia.


hahaa... dia dah jadi baby sitter Cik Maryam. Baby ni taknak kat aku. Nak kat hubby je.


Speaking about him and our marriage, I just felt like I don't give much. Ada masa aku rasa aku tak buat apa pun as a wife. I am more like his best friend, yg mengandungkan anak dia. HAHAHHAHA..... I want to give more, but it is not because he doesn't let me but hubby's way of life is very simple. Dia tak menyusahkan keadaan. Dia tak demand pun. Sesetengah lelaki bila dah kawin, tetiba je menetapkan syarat2 dan do's and don'ts dalam relationship. Para awek yg dah jadi isteri, suddenly change dari slamber kepada pendiam, duduk umah je, cakap pun lapik2... Completely change.

Yes , jadi isteri tugasnya HANYA taat pada suami dia. Siapkan makan minum pakai dia. Kemas rumah bla bla ... macam2 la.

Lain pulak aku. Sejak kawin, satu apa dia tak cakap pasal rules and regulations. NAk pi mana pun pi la. But I just let him know my whereabouts especially kalo aku kuar time yg bukan sepatutnya aku kuar. Ada sesetengah couple, bellum kawin lagi pun, nak kemana-mana kena buat log book. Kena repot.. Kena mintak izin. Cam aku, aku rasa hubby aku dah bagi izin secara pukal kott? ahhahahaaa.... Aku dah hubby berjauhan. Sepatutnya rasa sangsi, cemburu , syak wasangka akan ada, tapi yg ganjil nya, menda cam tu tak berlaku dalam hubungan kami. Jauh la macam mana pun, kitorang still lagi maintainnnn.....

Di saat berjauhan tu lah aku rasa cam "I am useless. Jadi bini tapi tak menunaikan tanggungjawab yg sepatutnya." Toksah sebut la tangguungjawab zahir, batin la tak bagi. BUkan taknak bagi, tapi dah jauh. Camne?

Bila aku ambik kesempatan cuti awal sebelum bersalin, aku berazam nak jadi bini yg boleh buat semua untuk dia. Tapi, aku gagal. Kua kua kua... Pertamanya, aku sgt lah fobia nak iron baju kerja dia. Sebab, aku tak reti iron baju. Baju aku pun mcm gampang aku iron. HAHAHAHHAAH..... And, he knew that. sebelum kawin lagi dia dah tau I am suck at ironing. Uniform dia tu, dia yg uruskan sendiri bila dia nak pi kijo. Aku slalunya rasa sgt segan bila tgk dia uruskan baju sendiri.HEHEHE....

Aku buleh masak. So, kalau aku takleh iron baju, aku buleh memasak untuk dia. Satu masalah lak, dia bukan jenis makan banyak macam aku. HUuuuuuuuuuuu...... KAlau ikut purata makan dia hanya lah 2 kali sehari, sedangkan aku, 4 kali. Dia cuma makan brunch, pastu dinner. Dah. Sampai bila aku balik, aku masakkan hari2 iku time, ada lunch, ada minum petang, ada dinner bagai, dia jadi pening sampai nak muntah. Sbb aku asik maaaaaaaaaaasak je bagi dia makan.

So, khidmat memasak tidak diperlukan. HAHAHAHA... No wonder perut laki aku leper mcm papan potong ikan. Perut kesukaan aku tu!

Perut aku?

HAHAHA... perut aku buncit. Dia buat!

So, apa je yg kami suami isteri buat ?

HAhaa.. kitorang akan duduk sebelah menyebelah, main game. Main fesbuk ke... Hubby sgt suka main game. Dan aku lak suka blogging. Dia ada pc, aku bawak laptop. Nasib baik bawak balik lappy nih. Kalu tak jenuh berebut nak pakai pc. Hubby slalu donlod movies, so bila ada movie baru di donlod, kami akan duduk tengok sesama. Ada masa dia nak gi tgk drift, dia pi la. Kalu aku tak pegnen, aku nak la ikot. Aku suka gak. Tapi, aku tak koser lak nak berembun memalam / pagi2 buta gitu ehh...

Bosan2, kitorang gi makan. Takpon tido je. Hehehe.. Elok le ada baby bagi memeriahkan suasana.

Haih.. nak wakpe la nih. Hari ni aku tak sapu sampah lagi. Dah tak larat dah nak jalan keliling umah, nak tunduk2 tu. Tapi, kalu ajak gi jalan kat luar, gi shopping kompleks ke, tetiba je jadi larat. HAHA.. DRAMA beb!!

Tengok le gambo2 yg aku load nih.

ni dapur tempat aku bertarung.


ni pun dapur jugak. Agak luas berbanding umah aku kat Kajang sana.

pemandangan luar rumah dari balcony umah aku.


blok depan

baby2 yg cute. Maryan & Faiz

ruang tamu yg semak!


picture taken from the kitchen. the dining hall and living room.


kat living room jugak nih. kat sini le tempat kitorang spend time 'tugeder-geder'. Laptop tu aku punye. PC , dia punya. NAk fesbuk? Nak chatting? Kalu tgk kitorang dedua online tu, haa.. tgh sebelah2 la tu!

6 Aug 2009

Week 36.

Post yg ke 110 ini aku mengabadikan cerita antenatal check-up aku untuk minggu ke 36.

Sesungguhnya, walaupun lambat check-up kat klinik gomen ni, tapi at least diorang check bebetul. (Taktau le Klinik Ibu Mengandung Kerajaan check sama macam ni atau tak.. tapi di HATL, mmg teliti.) Boleh tak aku kena bebelan akak misi sbb aku tak buat test 'air gula'?

Makanya, esok aku kena buat ujian darah dan ujian kencing manis, yg mana memerlukan aku untuk puasa pada malam ini dan 'berbuka' hanya dengan minum ayaq maneh yg disediakan pihak klinik.

"Mula puasa pada jam 10 malam. Jgn makan atau minum. Esok, tepat2 pukul 8am hg kena ada terpacak kat klnik ni. Cakap kat sister nak wat ujian glukos dan ujian darah. Mula2 buat ujian darah dulu. Pastu baru minum air gula. Tunggu 2 jam, amik darah pulak. Lepas amik ujian darah yg kedua tu barulah hang boleh makan. " Kakak misi tu explain panjang lebar.

Aku angguk, tanda paham.

"Betul? Paham?" akak tu tanye.

Aku angguk le, dah paham.

"Cuba explain lagi skali..." Dia soh explain lagi la. Maka aku pun ulang la , macam org nak akad nikah pulak gayanye. Hishh.. nasib baik mood aku dalam keadaan neutral. Kalau aku lapar tak hengat musti aku bebal. HAHAHA.....

Sepatutnya itu ujian kena buat masa minggu ke-25 kehamilan. Tapi, klinik tempat aku check tu tak buat ujian tu. Untuk mengelakkan komplikasi, adalah lebih baik buat je ujian tu walaupun agak lewat. Lebih merisaukan diorg, keluarga aku ada history kencing manis. Aku pulak, positif. Aku mmg bukan jenis minum air manis. Air yg manis aku minum lately, cuma teh ais LUMUT je. HEHE... tu pun aku banyak gogok air masak lepas tu. Walaubagaimanapun, keadaan aku ok.

Berat terkini 71.7 kg , tekanan darah 110/70. Berat aku naik, tapi aku normal. So, kalu dilihat pada rekod, aku diisytiharkan sbg ibu yg sihat walafiat. Aku tidak diberi vitamin pon. Cuma, aku ada EDEMA , kaki bengkak yg sgt obvious. Tu pun, tidak menghalang aku daripada meronda2 mengemas rumah. Seryes umah aku ni sgt besar. Nak kena beli banyak perabot utk menyempitkannya.

Pastu, Kak Barirah (misi yg check aku tu) soh aku baring. Dia picit2 perut aku. Huk aloh. Aku ni lak takleh org picit perut, aku konpius! Lagi plak kalu dia tanya "sakit tak?". Aku konpius antara sakit ngan geli geleman. Aku takleh bezakan menda tu, bila org usik perut aku nih. Pastu, dia amik tali tape, aku tatau apa dia uko. Uko saiz perut aku kot. Takpun dia ukor saiz pinggang aku yg dah tak ramping nih. Takpun, dia nak tolong buat baju raya utk aku tahun ni. Wakkakakakaa..... Lepas tu, dia kasi aku dengar jantung baby aku. Apa nama alat tu ntah. Dia ada gtau, tapi aku lupa. Letak kat perut, pastu dia bunyi la. Kuat pulak tu. Degupan jantung dia normal. Masa letak menda tu kar perut, anak aku sibuk menyiku melutut perut aku. Siap bleh timbul lak lutut dia. Macam tak suka kat misi tu je? HAHAHAAA.... Misi tu kate, anak aku sgt gembira dan riang berada di dalam perut nampaknye.

Hem.. memang pon. Hari ni, lepas balik klnik aku dah prepare bilik untuk dia. Aku dah siapkan laci untuk baju2 dia skali. TERUJA nihhh....!! Macam nak sambut raya. Aku dah tak peduli apa dah jadi kat sekeliling aku. Lantak lah. I just want to enjoy my last pregnancy moment with my husband, nak tenangkan jiwa, nak rilex.... Manalah tau, kalau2 inilah minggu terakhir aku bernyawa kat bumi Allah ni.

Doakan kesejahteraan aku dan anak aku ni. I miss my frens so much. Kak Nor, Kak Nad, Fidot, Kak Rin, Kak Intan, Kak Leny, Kak Noky... Abg Ucop, Shahrul, Jijols, Azrin... Sumenya... nak sebut ramai sgt deh. Tapi, korang2 suma yg menyerikan hidup aku sepanjang aku pregnant, melalui kehidupan berdikari kat KL. Buat kengkawan lain, Fatin, Nana, Yana Blur, Gumok, KEring, Pah dan Hamsiah, thanx a lot. Korang ada sentiasa bila aku perlukan teman.

I am blessed to have friends like all of you.

HOKE. nak blah dah. Jap gi nak gi tgk wayang. GI JOE. WEee wiiitt!!~

2 Aug 2009

Congrats Miza.

TAHNIAH MIZA!!!

Alhamdulillah. Dia selamat melahirkan baby girl... 2.6kg, jam 4.20pm pada tarikh 02-08-2009. Date yg cantik juge. Nombor feveret aku, 2 & 8.

Skang dia kat Hospital Kuantan. Dah jadi mak dah.

tringat lak kat Kak Mus. Ntah hape khabar dia. rasanya dia dh start cuti.

Miza pegnen 2 minggu awal daripada aku. So.. aku pun tak jauh lagi lah. Tunggu .............

Kalau ada gambo Miza antar, sok aku load masuk dalam nih.

1 Aug 2009

HEPI BESDAY ANGAH AND ADIK

Happy Birthday utk kedua-dua adinda ku di kampung - ANGAH dan ADIK FIZUL. Cayalah, pepagi lagi Adik dah call to remind.

"Kak Liza beli apa kat Adik?"

Chaishh... Sori la Dik. Time kamu tipon akak baru je bukak mata. Maklumlah, kakak kamu ni takleh tido malam.

Hm... tak tau le nak bagi apa kat dia. Ada idea x? Umor dia 9 tahun. Apa nak beli untuk budak 9 tahun?

gambo lama nih. masa aku balik kampung, aku ajak adik2 aku makan koteaw goreng kat pekan Sik. Haha... 6 org cukup! From left , Linda, Kimi Angah, Alang and Adik. Oh, masa ni Adk baru masuk jawi. Dah kering dah luka dia. Tapi, masa aku balik baru dia mau pakai seluar. Jenuh pujuk....

Untuk Angah... Hmm. Aku pun tatau. Actually, aku tak wish dia pun. Sengaja nak wat camtuh. Nak bagi hadiah apa pun aku tatau juge. Aku ni kalu bab2 bagi hadiah ni, aku 'kerrrass' sket. Sgt tak kreatif. Sbb tu masa besday aku, aku sikit pun tak port kalo org tak selebret besday atau bagi hadiah kat aku. Aku slalu je bagi hadiah kat diri sniri. Tak yah tunggu besday aku sampai pun, aku beli hadiah.

Bukan kedekut.... cuma tak kreatif je.

Contoh.... aku bagi hadiah kat Kak Nor dengan slambernye aku bubuh hadiah tu dalam paper bag. Mana de balut2 hadiah dah. Walaupun aku rasa hadiah kena balut pakai wrapper yg cantik2, tapi.... aku tak sempat nak buat suma tuh. Apa yg penting, mission accomplish. Dan aku lebey suke bagi hadiah yg org tu nak sgt pakai. Dia leh guna.

Aku bagi kat Kak Nor ponco tu, sebenarnya sebab aku dah tatau nak bagi hadiah apa dah. Aku ada terdengar dia ckp, yg dia suka ponco tapi dia terlupa nak beli masa kat Bandung. Kebetulan, aku lak ada ekstra ponco dalam koleksi. Of course, personal collections are precious. Tapi, kalau nak pakai pun, bleh pakai selai je dalam satu masa. Banyak2 sgt pun, nak wat pe. (DAH NAMA KOLEKSI, MUSTI LA KENA BANYAK, yedak?)

Fungsi hadiah tu sendiri, adalah untuk menggembirakan orang yg menerima. Dan bila aku bagi, aku ikhlas. Maybe dah sifat aku, suka tgk org hepi. Org yg paling pelik bagi aku ialah kak nor - sbb rupa dia nampak mcm hepi, tapi sebenarnya dia tak de la hepi mana pun. Aku kenal dia memula pun sbg rakan sekerja yg nampak hepi tapi tak hepi. Jadi, walaupun aku tak kenal dia sapa luar dan dalam, aku nak kasi dia hepi dan tak rasa keseorangan, tak pepasai je aku bagi dia CD Twilight. Kan aku kata, takyah tunggu besday org pun kalo nak bagi hadiah. Kalu rasa nak bagi, bagi jelah.

Pompuan ni senang nak kasi hadiah. Lelaki nih payah sikit. Haihh... aku lagi lembab kalo nak bagi hadiah kat lelaki. Lelaki yg paling kerap mencetuskan pening bila nak bagi hadiah, ABAH aku. ahahahaha..... Bila besday Abah je, satu family buat meeting nak bagi hadiah apa. Kronik! Kalu Mak aku, bagi hadiah kat dia sangat simple. Beg tangan je sudah. Kalau adik2 yg lain, aku suka tanye diorang nak apa. Then, pastu terus belikan. Takyah balut2 dah aih.

Apa nak bagii kat budak lelaki darjah 3.. dan apa nak bagi kat Angah : male: 25 year-old - teacher.



KAK NOR: ponco tu sgt berguna bila nak breast feeding. Sekian, timasey!

Jumaat yg best.

TADAAA!!!!

If I'm not mistaken, this is the third time I changed my blog template. How's my new one? Greenie Froggie huh?

I found it - CUTE!

Ceh... nama blog je brutal. SIMAWARHITAM - konon! Tapi, skali blog kaler hijau. Gambo katak lak tu. Tu pun, amik masa lama jugak nak replace template Alice Cullen tu. Sayang.... But, everyone needs a little change in their life. Kalau tak, tak meriah. Change to the better - why not?

Blog ni akan menjadi lebih ceria sbb gambonye pun ceria. Lagipun, time aku tukar ni, aku dlm keadaan ceria. Hehehhe... Masa aku pilih2 template yg seswai, hubby ada di sebelah - main game. Kebetulan, Azli dan wifenye dtg umah. Boleh le sambil blogging sambil borak. Tiga empat kali test, last try baru leh tukor. Kalu tak aku nak buat ala-ala pink gitu.. tapi yg hijau nih plak yg lekat.

Hari ni hari Jumaat. Biasa kalu Jumaat aku dah tak sabar nak jumpa hubby. Skang, aku dah hari2 ngan hubby. Berterusan sampai le aku abih pantang nanti. Sonoknye la hai.

Dah lama tak load gambar. Patutnya, balik Lumut ni banyak le gambo leh tangkap. Malangnya, kerata aku rosak. So, aku takleh kuar jalan2. Kalao tak,sure berlambak gambo. Nantilah...

Kaki aku bengkak teruk. Nyamuk pun taknak gigit kaki aku sbb dah tak leh nak gigit gamakye. Keras. Aku pun dah tak kenal kaki sniri. HAHAHHAHAHA... bleh lak camtu ye.

Dah lama sgt aku tak balik umah Lumut. Ada la dekat 2 bulan lebih. Akhirnya, aku berjaya juga kebali ke Lumut, bersama suami tersayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram