Followers

30 Jan 2009

Week 8-9 Journal.

I have to admit, that 'making' a baby is not easy. My nausea is still ongoing, this head ache is so arghhh. Kalaulah ada tilam kat opis ni, dah lama aku golek. This chilling temperature in my office gets me uncorfortable and my head spins. Semuanya serba tak kena beb!

Then, I try to distract myself by reading some articles about pregnancy. Probably i could write something here, instead of writing some unneccessary stuffs yang adakalanya membosankan pembaca.

In 8-9 weeks of pregnancy, the mother will start to experience blocked nose, or sometimes nose bleeds. Yup, to my experience so far, sekarang ni tengah-tengah tido, hidung tersumbat. Gunalah pelekat hidung Eizlan Yusof tu. Tapi, belum pernah hidung berdarah lagi. Hormon changes termendously, I also experieced some fatigue feeling and difficulties to sleep at night - sebab asyik nak terkencing je. At this point, kalau aku bangun tidur terus berdiri, aku akan dengan 'berhemahnya' akan tumbang ke katil semula dan bangun 5 minit kemudian.

Poor me, I have to face this myself. Therefore, I must be prepared. By reading plenty information about pregnancy, I would be ready. Kalau aku rasa pening2 lalat ala-ala nak pitam, aku memang tak keluar rumah, apatah lagi berani start moto pergi kerja. So far so good. I know how far my body can go. and I will not force myself to go over my own limitation. Sapa nak jaga diri aku, if not myself???

My clothes? Hmm.. masih boleh pakai. Anyway, aku dah beli dua pasang maternity pants, satu kaler hitam dan satu brown. Kebetulan, masa aku beli, tengah sale. Tak sampai RM50 pun. Baju, semua boleh pakai lagi. Yang sendat-sendat sejak azali tu, memang aku simpan dalam kotak (untuk kegunaan di masa depan!) Aku banyak pakaian ala Punjabi, jadi tak ada masalah dengan perut aku yang nak besar. Cuma, seluar sahaja yang sudah mula 'mengecik' especially di bahagian paha. FYI, keturunan aku ni memang jenis besar2 dan lebar di bahagian bawah. I knew that, and I have prepared myself towards it - chewah.

One visible change during pregnancy especially when it reaches this point is THE BRA. Don't be suprise (jangan buat2 suprise plak untuk yang lelaki) if you can go up to a cup size or two. Rising of hormones cause breast growth and other tissue changes, all of ot are for lactation. As for myself, my breast becomes sensetive (teramat), bengkak sikit and guess what - jangan ada 'sesapa' la try sentuh-sentuh sebab sakitya amatlah sukar dihuraikan. At first, I was quite worry when I pressed them, it felt strangely hard. Ye lah, bengkak kan. Aku takut juga kot-kot kena breast cancer ke apa. Tapi, alhamdulillah... Tak da apa pun. Just allow a space for yourself to find the correct size when 'investing' for a new bra. Dan, kesabaran itu penting ye anak-anak.(macam mak Mohamad Adib.)

Suggestion: Beli sports bra je. Senang dan selesa.

As for daddys.... Please be more understanding and 'courteous'. Ada sesetengah wife tu kan, pantang disentuh sikit, hangin satu badan. Janganlah ambil hati. Mungkin awak tersalah 'touch'. The first 3 months can be tough for her. You don't know what she's been thru. Nampak je muntah-muntah, sesekali mengaduh-aduh...Tapi hakikatnya, sakit yang betul tu tak nampak. (defend nampak aku nih!)

Sex? Kalau pregnancy tak da masalah, boleh je. But, it is not uncommon for most pregnant women not to be interested in sex in the first 3 months of pregnancy. On the other hand, it is not common also for her to become much more interested in having sex once the tiredness and unconfortable feeling become less. Selalunya, dah masuk trimester 2, dia dah ok dah.

Husbands, be the best partner you can be to pamper your partner! Let her rest more, and allow her to relax by taking her to SHOPPING, DINNER, BREAKFAST or STROLLING tepi pantai. She will appreciate it. Tak banyak pun dia nak..... Dia nak dibelai dan diberi perhatian lebih skeeeeetttttt jerr. KANNNN???

13 Things You Should NEVER say to your PREGNANT WIFE>

"I finished the cookies”

“Retaining water? Sure, like the emergency drain retains water….”

“I’m not implying anything, but I don’t think the baby weighs 20kg!”
“Wow, that rose tattoo on your hip now has the size of a palm tree!”


“You know, looking at her, you would never guess that Angelina Jolie had a baby”

“Why don’t we name the baby after my secretary, Mimi.”

“Got milk?”

“Well, couldn’t the doctor induce labor? The 25th is the F1!”

“Gosh, darling, you’re awfully puffy looking today.”

“Zaini at the office, he peed out a kidney stone today, the size of a pea! My, that’s got to hurt a lot!”

“I’m jalous; why can’t men experience the joy of giving birth?”

“Are your ankles supposed to look like that?”

“Get your own ice cream!”

28 Jan 2009

Finally I see you...

Hari ni aku buat scan di Poliklinik An-Nur, it is near from my house. Dah lama dah niat nak check kat Dr. Asiah. I've met her once, for my treatment. Tak ingat sakit apa. But, all i could remember was her gentleness and her willingness to listen. Situasi biasa bila jumpa doktor, aku takut nak bagitau apa sakit sebenar aku. Walaupun aku mmg pergi klinik sbb sakit, tapi bila sampai depan doktor, aku lupa kat mana sakitnya... HEEHE.

Sebagai seorang isteri hujung minggu, yang mana aku berulang dengan kekerapan 2 kali sebulan, selang 2 minggu, aku dalam dilema nak wat antenatal check-up kat mana. Lumut atau KL. Akhirnya, aku daftar di Hospital Angkatan Tentera Lumut. Bila difikirkan, agak sukar juga nak berulang bila ada appoinment dengan doktor. Bila ada appoinment je, aku nak kena pi Lumut, amik cuti. Penat.

Masa aku buat first check-up, aku kena masuk wad. Gara-gara tersalah tarikh akhir datang bulan. Scan memang le tak nampak. Dah kecik. Tak pasal-pasal aku kena buat vaginal scan. Sadis! Tu la pengalaman pertama yg aku tak akan lupa sampai bila-bila.

Second check-up, masih tak nampak. Aku check di Lumut juga. Doktor set kan appoinment ketiga, 3 minggu kendian untuk scan sahaja.

Untuk scan, aku rasa elok aku buat di klinik sahaja. AKu nak buat dgn Dr. Asiah.. Doktor yg lemah lembut tu. Aku nak tanya dia macam-macam. Ada banyak soalan nak tanya. KAlau doktor kat hospital gomen ni bila ditanya, dia tak berapa mesra alam. Asyik nak emo je. Silap-silap aku plak kena marah sebab terlampau bodoh, tanya soalan-soalan tak sesuai.

Hmm.... scan tadi, terus nampak. Walaupun nampak kecik, tapi nampak ler. Ada jantung, kecik je. Kata Dr. Asiah, baby aku 18mm. Asalnya, aku pergi hari ni just nak fix appoinment hari Sabtu, aku nak pegi scan dgn suami tersayang. Tapi, dah dia nak scan hari ni, aku pun teruja jugak la. Tak kisah, janji ada dalam rahim aku. Bersyukur yang teramat!




Dr. Asiah bagi aku kalsium. With her, I could tell her my dilemma. Dilema Lumut dgn KL. She provided me with a good answer, yg melegakan hati aku. And she even printed the first picture of my baby!!

And before I went out from her room, she asked about my husband's return to KL this weekend. She offered to scan me again, in case my husband wants to see for himself. Entah kenapa, aku rasa happy sangat dgn offer tu. Aku rasa doktor yang scan aku ni pun tumpang seronok dengan kehamilan aku ni. Hahaha....

I will go there again. Tak sesia la bayar mahai sikit pun, tapi aku dapat apa yg aku nak.

14 Jan 2009

Scan

Dasat life aku nih. Aku rasa org normal tak hidup macam aku.

Last Tuesday, I went for check-up. Hussh... aku ni tgh confuse. Aku ni pregnant brapa minggu sebenarnye nih? Doktor pertama aku check (kat klinik) dia kate aku pregnant 8 minggu. Ikut tarikh period aku pada bulan 10. doktor kedua, check-up masa tu kena masuk ward. Scan tak nampak. BUat vaginal-scan, doktpr kata baby aku ni approximately 4 minggu 4 hari. Kena tgu next scan untuk tgk brapa bulan sbenarnya kandungan aku.

FYI, scan pertama buat kat private clinik. Scan kedua, buat kat hospital kerajaan.

OKeh, aku tunggu kira-kira 3 minggu untuk check-up seterusnya. Scan kali ke-3... Doktor lain ni. Dia kata dah 11 minggu. 11 minggu maknanya dekat 3 bulan dah tu. Perut aku ni memang dah ala-ala buncit dek makan banyak sebelum pregnant,. Skang ni aku pun tak dapat bezakan perut aku ni perut versi buncit makan ke, atau versi buncit mengandung.

Aku antar percaya dgn tak je kandungan aku ni berapa usia sebenarnya. kalau last scan tu kata 4 minggu, hari ni aku dah 7 minggu la patutnya. kalau last scan masa tu aku 8 minggu, maknanya skang ni memang le dah masuk 11 minggu.

Masa scan bebaru ni, tak nampak jelas baby nya. Cuma nampak kantung bulat. Kemungkinan besar, disebabkan rahim aku terbalik atau terlipat ke dalam atau definisi omputehnye 'Retroverted Uterus' so, baby aku agak sukar dilihat kalau guna scan yg biasa.

Aku risau. Memang tak ada tumpah darah atau pape yg berwarna merah yg keluar. Kalau keluar mustahil aku tak perasan, kan. Risau betul aku. Sekarang ni, ada masa perut aku rasa perit-perit, mcm kena tarik. Tak de la sakit. Tapi sesekali aku terkejut bila tgh tido. apalah yg berlaku dalam perut aku ni. Nak sgt aku tengok baby aku. Huuu... nampaknya bulan depan aku kena pegi lagi. Doktor minta aku pergi scan aje.


4 weeks...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram