Followers

27 Dec 2009

THE CHOBA JAYA SAGA - Sotong Goreng Tepung

Streamyx masih blom OK! There goes my Sorority Life and Farm Ville in Facebook. I skipped planting seeds after my last harvest because of this. It just giving me headache waiting all sites to load. Takes forever! Damn!

Let's skip the anxiety. Buat sakit hati je citer pasal menda ni~

I've been thinking to create another blog for all those simple recipes I've tried. But, I may not be able to maintain more than one blog. Despite that, I actually have another blog called Al-Qalam, where I put good and serious articles that I collected and some of the articles inside was written by myself. Haih... tu pun jenuh nak update sebab aku lebih suka Kisah Klasik Untuk Masa Depan. log resp

Aku baru cadang nak boh nama blog resepi aku tu camni : KOLEKSI RESEPI UNTUK ORANG BUJANG, ORANG BALOQ DAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA. Hehhe.. ok ? Mostly resepi dalam tu untuk dimakan oleh dua orang je. Pasni, maybe nak boh resepi makanan baby ke.... Makanan kucing ke. Atau makanan untuk lembu kambing kat kampung. HAHAHAHHAA... wat lawak bodoh la pulak.

Hape kate korang ? Dalam blog tu, korang buleh share resepi korang gak. Resepi simple-simple je. Tak yah bahan-bahan berlambak. Suma bahan yang memang dah ada kat dapur.

Aku tau dah. Enot sure banyak resepi untuk orang malas. Pe kata Enot? Dan all reader? Nak ke aku wat blog baru untuk resepi? Atau, aku boh je dalam blog ni - kira selit-selit cam iklan le.

OK...

Alang-alang dah tulis ni, aku nak share la satu lagi resepi choba jaya aku yang seterusnya. Takleh le nak bangga diri sebab dah ramai dah yang masak menda ni pun. HAHAH...

Tajuk resepi ni ialah : SOTONG JADIAN hee...
hehee.... selalu korang dengar harimau jadian je kn... were-wolves = serigala jadian. Ni sotong jadian. Sebab, bila goreng je soton tu 'bertukar'



Bahan:

Cam biasa , ini untuk dua orang makan ye.

  • 4 ekor sotong putih yang besor-beso dan gumok.
  • 5 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • garam
  • lada sulah/black pepper
  • 1 biji telur

Cara-caranya....
  1. Potong sotong kecik-kecik, agak2 sedap nak masuk mulut. Potong bulat2 tau.
  2. Pastu, basuh sampai bersih dan toskan airnya. Biar kering betul2.
  3. Then, gaulkan soton itu dengan garam dan lada sulah/lada hitam. Kalu suka pedas, boh rempah kari secukup rasa. Ketepikan.
  4. Tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung digaul bagi rata. Ketepikan.
  5. Telur yg sebijik tu, kasi pecah dam mangkuk lain. Kacau sikit2 sbb nak bagi kuning telur dan putih telur bercampur.
  6. Celupkan sotong yang dah dilumur garam tu ke dalam telur.
  7. Pastu, angkat sotong yg berlumur telur tu, campakkan dalam tepung pulak. Golek-golekkan bagi tepung meliputi sotong tu.
  8. Dah tu, dalam minyak yang panas, gorenglah sotong yang dah digolekkan dalam tepung tadi. Goreng tenggelam ye. minyak kasi lebeh sikit.
Cube le try. Ad yg letak bikarbonat soda nak bagi garing. Kalu nak letak cukup le setengah sudu kecik je. Tapi, tak boh pun takpe. Tak kena tangkap polih pun~ huahuahuahuahua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram