Followers

9 Dec 2009

The Choba Jaya Saga - Ayam Kunyit New Moon. peeewiittt!

Rasa nak cuba masak resepi lain pulak. Asyik makan kari je bosan gak. Aku lak tak suka nak masak renyah2 sebab yg nak makan cuma aku dan hubby aje. Kang sedap sgt kang aku la yg makan lebih. HEHEH....

JAdi ini la resepi choba jaya aku yg entah ke berapa ni. Aku abadikan kat sini supaya org suma leh 'tiru' resepi ni. Bahan2 suma estimated untuk 2 org. So, org takde anak pun boleh masak. Yg bujang pon buleh try. Senang je....

Bahan 1:
6 ketul isi ayam yang dipotong kecik2. (kalau beso2 kang lambat masak lak)
1 batang serai (ketuk)
2 biji cili hidup dan 2 biji cili api yg diblender dgn sebiji bwg merah yg jenis besar tu.
1-2 sudu kunyit
1 keping asam gelugor

Bahan 2:
blender suma bahan ni
1 biji bawang merah beso
2 ulas bawang putih
1 halia yg dipotong beso ibu jari

Cecaranye....
Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit pastu ketepikan. Panaskan minyak, tumis serai sampai wangi. Pastu masukkan bahan 2 yg telah dikisar. Bila dah garing sikit, masukkan cili merah yang dikisar tu pulak. Kacau bagi rata. Kalau nk kuah banyak, tambah air. Bila dah garing sikit, msukkan ayam. Gaul-gaul sampai rata. kalau kuah kering, tambah air. Biar sampai ayam tu masak. Tambah gula sikit dan kemudian boh garam secukup rasa. Last skali, boh asam gelugor. Biar kejap, pastu tutup api.

Rasanya mmg sedap. Choba jaya menjadi. BUleh masak lagi pasni. Aku namakan nye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram