Followers

14 Dec 2009

Hari Ulangtahun Main Kawin-Kawin .. yeeeeeeeeeeeeehaw!

SELAMAT ULANG TAHUN PERSANDINGAN KAMI YG PERTAMA

ehem ehem... paham-paham jelah kalau nak nikah gantung, pastinya akan sambut banyak anniversary. Jadi, pada tarikh ini iaitu 14 Disember tahun 2008, ada lah hari persandingan aku dan suami dan juga merupakan hari gembira aku. Di hari inilah aku bercantik-cantik dan di hari inilah juga aku jadi PERMAISURI di seluruh kerajaan SIK, Kedah.




Kepada rakan2 yg hadir especially yg tgh beratur dlm gambo di atas JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan kerana bersusah-payah datang walaupun jauh.


Opps... time ni aku dah peknen beberapa minggu. Tapi, aku taktau pun. Esok pas knuri tu aku demam seminggu. Lepas tu, servis bertukar tangan, laki aku lak demam seminggu. Ropanya....

ada isi.............!

Thanks to my family, adik2 ku yg berpenat lelah, my kazens.... Malina, Nabila, Hanim, Anith, Adillah, Tasya.. hmm sape lagi..? OO.. Arif, Aspa, Pidah, Wahid... Makciks, Pakciks, dan semua org kampung yg bergotong royong berebut nak masak lauk kenduri dan lauk pengantin. Seryes, time masak lauk lagi meriah dari kenduri sbenonye.

Nak tulis pepanjang pun takde idea. Belakang lenguh la. Dah petang. Nak mandikan Auni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram