Followers

3 Nov 2009

Oni-chan demam

Malam Hubby tinggalkan kami dan dia pulang ke Lumut, Auni meragam. Dia mula menangis selepas Magrib sehingga jam 9 malam. Dia tak mahu lansung diletak, hanya nak dipangku dan didodoi. Mata mahu tutup tapi ditahan, tak mahu tidur. Lama-lama, dia bebal sebab dah terlalu letih dan mengantuk.

Tangisan Auni tak macam selalu. Pitchingnya yg tinggi dari selalu buat aku tambah risau. Sudahlah aku tidak banyak pengalaman uruskan baby kecik camni, aku berseorangan pulak tu. Aku taktau nak mengadu kat sapa masa tu dan terus-terang, aku mmg panik. Walaupun AUni nangih, tapi dia tetap minum susu. AKu check perut dia, tak kembung pun. Tapi, kalau dia terus-terusan nangih cam ni, kejap lagi musti perut dia masuk angin.

Aku yg bingung, hanya terpandang baju Hubby yg dia tinggalkan. Tatkala Auni masih nangih, aku amik baju tu aku cium. Aku tatau nak wat camna dah. Kalau betul AUni tak sihat, aku akan bawa dia pi klinik. Tapi aku amat bimbang kalau Auni tak sakit, cuma dia 'diganggu' sesuatu memandangkan dia yg masih lemah dan aku pun lemah jugak - tgh period lak kan!

Aku msg HUbby gtau keadaan Auni. Pastu aku msg Enot. AKu pun tatau ngape aku msg dia tapi aku nak msg jugak. Auni di kebanyakkan waktu tidonya dia bersama ayahnya. Ada kemungkinan AUni menanti ayahnya tidurkan dia dan sebab tu la dia meragam. HUbby suruh aku dodoikan seperti dia buat selalu... dan aku buat.

Adeh, tak jalan gak. AUni macam tercari-cari sesuatu di ketiak aku ni. PAstu, dia nangih. Apa yg dia nak sebenonye ntah. Aku amik baju hubby dan hamparkan di atas dada aku, kendian aku tiarapkan Auni atas tu seperti cara kebiasaannya dia tido.

Suara dia makin perlahan. Tak lama pastu dia tido. Haih, nak Ayah jugak tu. Walaupun dia budak kecik, tatau apa-apa, tapi betulkah dia tak tau apa-apa?? Walaupun dia baby, takleh underestimate dia gak kan?

Nasib baik ada baju HUbby. Kalau tak, jenoh le juge. Aku sebenarnya dah nangih sama ngan AUni sbb aku betul2 hilang punca. Sadis.... Masa tu jugaklah aku nekad, aku dah tak moh dok jejauh lagi. TAkde tapi-tapi dah.

Hari ini, di pagi ini sepatutnya aku sudah dalam perjalanan ke tempat kijo, tapi aku duduk depan lappy dan blogging manakala AUni lak tido di sebelah. Auni demam di hari kedua ketiadaan Ayahnya. Cepat2 aku bawak dia ke klinik sebaik saja aku ambil dia kat KAk Ita. Mujurlah AUni tak meragam seperti malam sebelumnya. Dia masih minum susu cuma tak abih je. Dan perut dia kembung. Doc ckp Auni demam biasa. Tiada apa yg dirisaukan. Sesekali AUni batuk. Doc dah bagi ubat demam dan ubat batuk. Dedua ubat ni bagi AUni ngantuk dan rehat tapi aku masih kena kejutkan Auni untuk minum susu.

Semalam, dia tidor sniri tanpa perlu aku dodoikan. Tak yah letak atas dada. Maybe sbb ubat tu kot dia cam lalok sket. Jam 9 dah tido. Ada la dua tiga kali dia menangis di tengah malam, dan badan dia berpeluh-peluh. Meragam juge tapi aku buleh handle la bab tu. Aku selimutkan dia dgn baju ayah dan dia tenang lepas tu.

Sesekali dia nangih tgh malam. Maybe mimpi ke apa. BAdan dia berpeluh-peluh. AKu sapukan air asam jawa kat dahi. Memula aku letak Cool Fever kat dahi, tapi menda tu cam beso sgt dari dahi dia. AUni lak rimas. Bila aku letak, dia gesek-gesekkan dahi dia kat bantal kasi menda tu tanggal. Dah taknak tanggal, dia bebal lak.

Aku tak hantar dia gi baby sitter ari ni sbb aku nak jaga dia sniri. Auni demam sbb rindu kat ayah dia so aku nak temankan dia. Lagipun, kang jangkit lak kat 2 budak yg Kak Ita jaga tuh. Luangkan la masa ngan dia time tgh tak sihat nihh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram