Followers

22 Nov 2009

Auni 3 bulan

Hai bloggers...

Dah lama aku tak conteng-conteng dalam ni. Aku agak sibuk kebelakangan ni. Bayangkan rumah pun tidak berkemas, baju pun sudah seminggu menggunung tidak berbasuh. Semalam aku basuh sedikit demi sedikit dan masalah aku sekarang ialah aku sangatlah malas nak lipat baju yg dah dibasuh tu.

Hari ini Auni sedah genap 3 bulan usianya. Aku agak risau sebab Auni ada kebiasaan buang air besar dengan kekerapan 2 hari sekali. Diulang, 2 HARI SEKALI sahaja! Aku tak rasa hal itu normal tapi bila aku rujuk doktor dia cakap tiada apa yang perlu dirisaukan. Auni tak menangis pun, masih kekal ceria dan minum susu seperti biasa.

Cuma tadi aku di'kejut'kan dengan hasil buangannya yang berwarna kelabu taik hanjing pula. Masa Auni genap 2 bulan dulu, macam tu juga warna najisnya - kelabu kehijauan. Tapi, kali ni kelabu totally kelabu. Kata orang tua, najis bertukar bulan. Haih, macam kelakar pula bunyinya. Sambut besday je, taik tukar kaler? Macam tu ye.....?

Tinggal 2 minggu sahaja lagi tempoh aku akan berada di syarikat. Selepas ini, aku akan tinggal bersama suami. Gembira bercampur sedih. Namun aku yakin ada rezeki aku bekerja di sana nanti. Tiada apa yang tinggal buatku di bumi KL ni. Aku kini dah ada Auni. Tak sanggup rasanya membiarkan Auni membesar tidak terurus. Berjauhan dengan suami ni susah sebenarnya apatah lagi aku tiada siapa di sini yg membantu. Ibu bapa bekerja, sama juga dengan mertuaku. Minggu ni hubby balik menjengok kami berdua. Suka betul Auni bila bersama Ayahnya. Hubby pun tergelak-gelak melihat keletah Auni yang suka membebel tanpa sebab walaupun matanya sudah hampir terpejam.

Auni sudah pandai bermain dengan jari. Jari-jemarinya yang halus tu disumbat dalam mulut seolah-olah jari2 tu sangat sedap. Pantang melihat rambut ibu terurai tidak terurus, dia akan tarik. Suaranya makin nyaring dan Ibu sudah tau bezakan tangisan lapar dengan tangisan mengada-ngadanya. Waktu tidurnya pun lebih teratur dan jarang terjaga. Semoga berterusan begitu sehingga di Lumut nanti.

Apa nak buat bila di Lumut nanti?

Aku tetap dengan perancangan asal, mahu bekerja. Aku tidak memilih kerja sangat. Boleh saja kerja di McDonald Manjung kalau dah tiada sangat jawatan kerani di sana. Takpun, aku boleh bekerja di wayang kat Setiawan tu. Hahah... tu memang dah kepakaran aku kot? Hakikatnya, aku tak kisah sangat. Janji aku boleh mengisi masa aku dengan kerja dalam masa yang sama mengisi poket aku sendiri. Lagipun aku ada loan yang perlu dibayar setiap bulan.

Masa aku hantar hubby pulang, dia sempat pesan. "Nanti bila di sana nanti, kawan lah dengan bini si Bidik. Kesian pula tgk dia sorang2 di blok. HAri2 nampak berjalan kaki ke rumah Wana tengahari panas-panas tu."

Hmm........
Masa aku dalam tempoh berpantang di Lumut, Ida dan Wana kerap juga datang menjenguk. Kak Farz lagi awal datang bila Auni berusia sehari. Maaflah aku kurang arif tentang pangkat suami-suami mereka, tetapi nama-nama yg disebut ni semuanya isteri-isteri navy. Tak lama lagi, aku bakal jadi penghuni tetap Kem TLDM Lumut dan menyertai mereka. Chaiyok!!!

Pengalam baru bakal tiba. It's good though. At least I have new stuff to write in here for you guys to read.

Wana baru 'diisytiharkan' hamil. Epi pun hamil anak kedua. Wah wah.... seronok nya. Siapa pulak nak pregnant lepas ni. Ida Kurau, bila lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram