Followers

16 Oct 2009

Demi Keluargaku...

Lagi seminggu lagi aku nak mula bekerja. Hinss..HInss..HInss... Rasa malas pun ada but aku rindu nak jumpa kawan-kawan. HAri ni, Mak datang rumah. Nak melawat cucu.

Esok, Mak Mentua pulak mai.

Lusa, our match maker, Kak Watie pulak menyusul. Dah setahun tak jumpa dia. Rinduuu....!

Saja aku membelek blog ni. Lama tak da entree baru membuatkan aku sesaja je nak tenyeh2 keyboard ni walaupun hakikatnya aku takda idea. HOnestly, aku tak da mood nak meluahkan apa yg terbuku di hati meskipun banyak yang aku nak jeritkan. Tapi, aku agak musykil dan tak tahu menyusun kata. Mungkin otak aku beku kott?

Tak cukup tidor. Argghh... Selama 9 bulan mengandung, 3 bulan terakhir kehamilan aku mmg dah lansung tak merasa nyenyaknya tidur. Bila dah bersalin, sakit pulak. Walaupun badan letih, ditambah dengan sakit, ada pulak baby kecik asyik nangih ja, mmg tak da chance lansung nak tidur lelap sampai mimpi-mimpi jadi Power Rangers mcm dulu-dulu. Hheheheaaa... Bila dah sihat sikit, anak pulak makin aktif. Time kita nak tidur, dia pulak taknak tidur! Nak kena layan dia la pulak. HAdeehhsss....... Huuu... huu...

Semuanya boleh menguji kewarasan. Tu pun sempat gak buat blog. Sebenarnya aku tunggu 'lauk yg aku masak kat Cafe ni siap. Ada 15 miinit lagi lahhh!!'

Aku dah buat keputusan. Mahu tak mahu, suka tak suka, aku dah tak boleh mengharungi semmuanya berseorangan seperti masa aku mengandung hari tu. Situasi dah berbeza kini. Hidup cuma sekali. Kawin pun sekali je. Jadi, demi rumahtangga dan anak aku yang masih comel-comel dan baru nak kenal dunia, aku rela tinggalkan kerja aku di KL dan tinggal dengan suami di Lumut. Aku tak sanggup bazirkan masa membesar Auni tanpa kasih sayang kedua ibu dan ayahnya. Aku bukannya ibu tunggal! Hakikatnya, aku sudah tak mampu nak tanggung tanggungjawab ini sendirian. Aku letih.

Aku memerlukan org utk menjaga aku. Sakit demam aku. Dan aku mahu suamiku lebih terurus makan pakainya. Aku nak jadi normal. Hubungan jarak jauh macam ni is not working, for me. And , to me, it is not worth a try at all. Gilo mau risikokan harta-harta kesayangan aku yang sememangnya milik aku tanpa perlu kena kongsi dgn sesapa semata-mata kerana kerja aku sekarang?

HU.. aku tau. RUGI. Sbb company aku paling heaven skali akan dirasakan tatkala hujung tahun tiba. Bonos nya banyak. Tapi, aku tak boleh menunggu bonos sahaja. Aku cuma seorang pembantu pejabat. Kerja aku hanya di meja penyambut tetamu. Gaji bulanan aku habis untuk bayar sewa, bil, astro... Padahal, segalanya jadi double kerana kami suami isteri tinggal berasingan. Bagi aku, itu satu pembaziran yang sgt besar apatah lagi kami kini dah ada anak. Macamana nak buat saving kalau hidup macam ni?

Bila dah jauh, nak kena stand-by duit minyak pulak utk berulang-alik setiap minggu. Kalu tak naik kereta, naik bas. Dan masa bertemu cuma 2 hari. Dan belum tentu setiap minggu boleh bertemu. Semuanya kena bajet. Berbaloikah? Berbaloikah buat semua ini?

Ye.. aku sayangkan kerja aku. Gaji aku. Bonos... Warrgghh... Tapi, besok2 bila aku mati, apa pulak aku nak jawab bila di soal Allah ttg perlaksanaan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu? mengingatkan itu saja, sampai terbawa-bawa dalam mimpi dan terpancar jelas kerisauan di wajahku setiap hari.

Solat istikharah telah 3 kali aku tunaikan. PAda mulanya aku tak rasa apa pun. Pada hari kedua, baru aku nampak. Begitu juga pada hari ketiga dan aku mula rasa keputusan ini tidak mungkin salah. Dan aku perlu bersangka baik dengan Penciptaku kerana dia lebih tahu mana yg terbaik. Mungkin rezeki aku di tempat lain.

Esok, aku akan beristikharah lagi.

Oh, by the way.. aku sebenarnya boleh bekerja di sekitar Manjung atau Setiawan. Ada kekosongan di bank-bank sekarang. Hemm... seorang Pakcik aku yg kerja di salah sebuah bank di sana dah janji nak tolong aku dapatkan kerja di sana. Dia suruh aku submit resume saja. Itulah ikhtiar aku.

Semoga dipermudahkan. Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram