Followers

2 Oct 2009

Auni - Pil Perancang

Hari ni ialah HARI LAWATAN KLINIK yg pertama utk Auni selepas 6 minggu dia lahir. Alhamdulillah... Auni membesar seperti anak-anak biasa. TAkda masalah. Berat terkini 4.2 kg, panjang 57cm dan ukuran lilitan kepalanya 36cm. AUni sihat walafiat dan dia nampak sgt cherioooo.... mcm ibu dia. Kan KAn KAn...

Auni suka naik kereta. Asal naik kereta je dia tido. Kalau dia tak tido pun, dia dok melayan perasaan sengsorang sampai la terlelap sendiri. Jarang sgt menangis. Oh, Auni dah boleh pandang tepat ke mata ibunya dan matanya sudah boleh menangkap pergerakan. Cuma tak lah begitu sharp. Dia juga dah boleh senyum (gambar senyumnya masih gagal utk di'snap'. )

Aku plak berat mcm tak turun. Berat terkini - 63kg. Tekanan darah memuaskan. Dan aku ditanya soklan cepumas - samada aku nak merancang atau tak. Memandangkan kehidupan aku dan suami pun masih di peringkat setahun jagung kata org, jadi adalah pekdahnya kalau aku merancang. Tu pun, kalau di hospital kerajaan ni, diorg tanya dulu samada suami izinkan ke tak utk merancang. Kalau suami tak izin, diorg tak kan bagi pil perancang tu.

As far as I know, there are 3 types of contraceptive pills. Pil yg ada hormon campuran iaitu estrogen dan progestogen (eg: Marvelon, Mercilon, Nordette, Microgynon, Gynera), pil yg mengandungi hormon progestogen sahaja (eg: Noriday) pil ni sesuai untuk ibu yg menyusukan bayi dan ketiga pil pencegah kehamilan kecemasan (yg aku tatau nama brand nya) dikhususkan untuk mangsa2 rogol dan yg sama waktu dengannya.

Aku pernah makan pil jenis MArvelon (pada mulanya aku lansung tak tahu itu ialah pil perancang) kerana masalah hormon yg sangat kronik. Aku ada masalah pertumbuhan rambut dan kulit yg sensetif. LAgi plak, aku ada masalah tekanan darah rendah. Tapi, yg paling teruk skali ialah rambut aku la. Beberapa kali aku membotakkan kepala dek masalah aku ni sampaikan aku dah lansung tak minat nak simpan rambut panjang. Pil itu sgt membantu. Hasilnya, tanpa kusedari rambutku yg sekian lama asyik gugur je semakin pulih. Kulit aku jadi tegang dan lebih anjal (mcm dlm iklan la pulak) dan jerawat sgt sukar nak membiak apatah lagi menambah populasi di atas kulit muka aku. Aku tak pernah ada senggugut dan kitaran haid aku normal. Aku tak ada masalah kegemukan. I was in my best shape during those moment. Tapi, make sure jgn lupa makan ubat lah ye.

After half a year consuming the pills, I decided to stop a month before my wedding day. Aku kawin bulan Ogos, aku brenti sebulan sebelumnya iaitu bulan Julai. My friends noticed that I gained a few kilos and then I started to go to gym to shake some of it off. Haiyahhh! I did not 'prasan' at first, but 2 months later my weight went up so spectacularly from 49 kg to 54 kg. See...! Lain org lain kesannya.

It was November when I got the great news - I was pregnant! It was really a suprise as I did not expected it. I may need about a year over to get myself pregnant due to the pills I've taken - that was what I thought would happen. Nampaknya, aku salah. Hubby pun terkejut jugak sbb aku leh pregnant that soon. Aku happy dan sgt bersyukur sbb dikurniakan zuriat secepat itu.

Skang, aku dah pun bersalin. Dah hampir 2 bulan dah dan aku akan memulakan kembali pengambilan pil perancang. Aku dah buat ujian darah , dan aku tak ada masalah untuk ambil pil. Sumpah, aku takut nak pakai implanon. HAHAHHA... Maybe aku akan pakai marvelon atau aku cuba mercilon. Tgk la camana. Hospital ada bagi aku NOriday, tapi aku tau aku sure gemuk bila makan pil jenis tu.

Dan buat masa sekarang, aku masih makan jamu dan aku juga mengamalkan minum Bidadari. Bagus minum Bidadari nih. Terasa seperti bidadari pulak. KAHKAHKAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram