Followers

22 Sep 2009

Ewah-Ewah Raye vs Pantang


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Tahun ni tak de persiapan sgt. Maklum ajelah aku masih dlm tempoh berpantang. Aku dah pun selamat kembali ke Lumut dan tempoh berpntang aku berbaki 13 hari lagi. Walaupun tak dapat menikmati makanan bertemakan hari raya , tapi aku boleh jamah rendang yg mak masak. Kuih raya pun aku makan gak. Sikit2 je... takleh bebanyak.

Berat aku turun 11kilo selepas bersalin. Skang menjadi 59 kilo. Tapi aku masih lagi nak turunkan - nk jadikan 50 kilo je. Bleh kan? Cemana pun, aku masih lagi nampak gumok. Amik masa 3 ke 4 bulan juge la nak fit balik camni. Haiya!

Aku tgh berpikir ni. Boleh dikatakan merenung masa depan gak la. Dengan input2 yg aku terima dari sedara-mara terdekat, walaucamana pun aku kena pikir juga hal ni dan bukan takat pikir je - aku kena come out dgn decision sekali. Hoohh... susah juge camni. Tapi, keputusan yg bakal aku buat kali ni mmg betul2 berserah kepada Allah je. Sebenonya, kalu dipandang secara halus, tak susah pun nak wat keputusan ni. Kalau aku yakin sepenuhnya dgn ajal dan maut, jodoh dan rezeki semuanya atas kehendak Yang Maha Esa, aku sudah tentunya tak terhegeh2 pikir bebanyak cam ni. Tapi, ada bisikan2 halus mewarnai jiwa. Perhitungan aku dikelabui oleh rasa tidak tidak selamat, rasa tamak, sayang (kpd menda yg tak pasti...). Tidak ketinggalan juga 'nasihat' kengkawan dan ahli keluarga aku. Hai.. nasihat ahli keluarga pon ada banyak version sbenornye.

Bio ape pun keputusan yg bakal aku ambil, aku berharap keputusan tu di atas jalan yg diredhai. Aku perlu yakin. (skang ni, tak yakin !)

I can't write about this further. Tunggu je lah kalau ada input2 terkini. Nanti aku akan utarakan juge apa yg merunsingkan haku....Aku blom habih pantang. So, kena la rilek2.

Akhir kata, Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Ha.. tgk gambo terkini aku. Ada cam kurus ke? Aku dah membongkok lak skang. Hishh.... kena berbengkung 24 jam la camni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram